Tuesday, July 15, 2008

Cik Ti & Cik Cen


Masuk hari ni dah 3 hari aku xleh tdo malam....aduh la...dah la nk kena pi keje, pastu xdpt tdo la pulak...sampai 2-3 pagi baru boleh lelap...

tp kelmarin, mmg mengganggu emosi dan kredibiliti aku...berani betul cik Ti tu masuk bilik tdo aku...menyelongkar bakul sampah berisi tisu muka aku tu...at last aku tdo sambil lampu bilik terpasang...

mmg fobia beb...

ni semua gara2 aku membersihkan bilik belakang rmh sewa aku tu...rupa2nya cik Ti n cik Cen dah buat sarang kat bawah almari buruk dalam bilik tu...aku n housemate pun membuat aktiviti pembasmian la...tp cik Ti tu balas dendam la pulak...ganggu tdo aku...wahai cik Ti and cik Cen...kasihani lah aku n housemate aku...kami tak kacau ko...so jgn la kacau kami...

Thursday, July 10, 2008

Hari Jadi or Hari Lahir?



hihi...hari ni umur aku genap 29 tahun. dah semakin tua dah. Hubby nasihatkan aku supaya lebih matang. insyaALLAH...

Kat ofis pulak, kengkawan pakat jerit wish ramai2...terharu beb :D

Tp mcm biasa la...kerja hari2 pun banyak. no exception. Pagi2 lagi KJ dah panggil suruh siapkan keje. I pun mcm biasa SYMP (saya yang menurut perintah)...
Doaku agar aku menjadi hamba ALLAH yang solehah. Serta menjadi isteri dan anak yang taat. Dan janganlah dibolak balikkan iman ku padaMu ya ALLAH. Amin
ok back to work...keje keje keje

Tuesday, July 8, 2008

air mineral 1.5 L dan limau 5 biji (Jilid II)

Sedih wooo...penangan Mak Ngah Nab belum menjadi...punya la aku berharap sangat "menjadi" rupanya ALLAH nak uji lagi..."nippon" flag waving...

x pe la...bersabar je la, usaha yang mampu aku buat setakat ni. Nak buat mcm mana...ALLAH belum nak bagi rezeki yang satu itu. Ayah dan mak, maktuk dan tuk dah start tanya itu ini. x pe la...belum rezeki lagi...

Sayang maaf

Monday, July 7, 2008

Penat

Selamat sejahtera semua...

Hari ni 7 Julai 2008, hari yang sungguh memenatkan. Mana taknya, hari ni hari pendaftaran pelajar baru. Ramai sungguh pelajar baru yg datang mendaftar. Dan yang paling seronok ialah ramai student dari luar Terengganu dan Kelantan....yahoooooooo...dan yang paling syoknya ramai juga student dari Sabah dan Sarawak.

Dalam pada busy membantu dalam pendaftaran pelajar baru ni, kesian tengok ibu bapa yang begitu bersungguh2 membantu mengangkat barang2 anak2 yang nak sambung belajar ni. Harapan agar anak2 ni menghargai jasa ibu bapa ni. Sbb bukan apa, banyak dah kes kat sini or may b kat tempat lain, anak2 bukannya belajar tetapi buat 'kerja lain'. Nauzubillah...

Anyway...good luck semua

Sunday, July 6, 2008

Aku dan Keje

6 Julai 2008 (Ahad), Dungun- Hari ni start dah semester baru. Macam biasa bnyk la amanat2 baru yg disampaikan oleh ketua jabatan aku. Dan macam biasa juga bnyk jugak cerita2 best yang dikongsi oleh kawan2 sekalian.

Aku? Masih bersendu...smlm hubby hntr aku balik sini, tp sampai Kuantan je la sbb xde tiket balik Johor dari Dungun. Aku pulak teruskan perjalanan dari Kuantan ke Dungun seorang diri. waaaaaa......sedihnya...

Azam baru untuk semester ni adalah untuk isi borang tukar tempat keje. Berdoa sangat agar semester baru ni borang berpindah aku disokong oleh pengarah...Amin

Thursday, July 3, 2008

Wayang, Hubby n Me

Sepanjang bercuti selama 14 hari ni, aku dah tgk 3 wayang. The Incredible Hulk, Wanted dan Get Smart.
Ingat nk tgk Hancock hari ni but rasanya xdpt kot sbb nk balik rumah mak sebelum balik Terengganu lagi :( (waaaaaaaaaaaaaaa tak nak balik)

ok berbalik dgn 3 movies yang aku tgk ni, aku nk suggest pergi la tgk crite Get Smart tu... Pecah panggung dgn gelak tawa audience. Gamat giler. Aku pun xpernah gelak kuat2 macam tu selama aku tgk wayang ni. Mmg syok abis dgn gelagat MAX aka agent 86 n agent 99...Tweety Bird (kawan hubby) kata release semua tension keje dia. Sebuah filem yg tak perlu pemikiran...santai abis...

Hulk pulak ok2 je...tp crite Wanted tu mcm ade sesuatu yg x kena je wlwpun dia guna Angelina Jolie as the attraction. Tp sebenarnya bukan movies tu yg penting. Yg paling penting adalah aku menghabiskan masa cuti aku dgn hubby dengan sepenuhnya. Sabtu ni dah nk balik Terengganu, bila lagi la aku nk menghabiskan masa dgn hubby mcm ni lagi...10th July my birthday, movie Hellboy II pulak bakal ditayangkan...tp xdpt la aku tgk crite tu dgn hubby...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers