Friday, December 26, 2008

Aku dan Demam

Selamat petang semua...

hari ni aku nk bercerita pasal aku dan demam...sejak 2-3 menjak ni aku senang sekali kena demam..pastu klu demam tu siap muntah2 yg teruk sekali...makan ubat pun abis kluar...
smlm n hari ni aku demam lg. smlm siap muntah2 sampai pukul 3 am...dan perkara demam2 ni aku kena slalunya klu aku balik dr t'ganu n drv, mmg sure aku kena demam tu. tp klu balik naik bas xde pulak nk kena.

hr ni hubby pegi keje. aku pulak x perasan bila masa hubby pegi keje. sian hubby.
pastu hr ni aku rasa terhutang budi betul pada mak mertua aku. mula2 dia sediakan air ubat liqua health..lps minum air tu, aku sambung tdo.

bangun dr td, mak mertua dh masakkan bubur nasi. dia siap sediakan air panas dalam termos utk mudahkan aku makan ubat lps makan nnt. siap makan bubur n ubat, aku ingat nk sambung tdo. tp tidak...!!! mak mertua aku bw 2 biji telur utk aku...tp bukan utk makan ye..
telur tu mak mertua aku golek2 atas bdn aku...half naked aku dpn mak mertua aku. aku punya la malu..malu...tp mak mertua aku dgn selamba je kata buat ape nk malu..semua org ade...hah...kena sebijik atas batang hidung aku yg comel ni. abis je dia golek telur tu atas bdn aku, dengan berhati2 mak mertua aku pecahkan telur tu (telur tu telur yg masak penuh, masak dgn api kecil selama 30 min). korang nk tau ape ade kat dlm telur tu? jeng jeng jeng.....

dalm telur tu mesti la ade kuning telur..tp kat ats kuning telur tu, ade biji2 kecik yg menggerutu...mak mertua aku kata klu xdemam or sakit, telur tu mcm biasa je, licin. tp klu sakit or demam, mmg kuning telur tu akan menggerutu...hmm xtau nk percaya or tidak...tp lps dia buat mcm tu aku rasa lega...betul la...ubat tradisi ni kadang2 mujarab...bukan hospital or klinik je yg boleh mengubat org...

utk mak mertua...terima kasih banyak2...jasamua ku kenang. sayang mak mertua

Monday, December 15, 2008

Adik2 dan catur bistari

Selamat Tengahari semua...tgh buat ape tu?

Hr ni aku nk kongsi pasal Catur Bistari. Pernah dgr x? Alaaaa....catur tu ade jual kat kfc. Satu set rm89.90.

Ada apa dgn Catur Bistari? Mula2 aku pun xtau ape tu catur bistari, tp bila adik2 dh mintak tlg belikan (lps dorg kongsi2 duit, n mcm biasa portion kena bagi duit lebih jatuh pada aku), aku pun beli la set catur tu kat kfc parit raja. kenapa kfc parit raja? sbb masa aku pi batu pahat mall, hampir setengah jam tgu pekerja kfc tu buka almari yg dorng sorok set ni, tp x jumpa...mls nk tgu lama dan sbb dh nak balik rmh mak (mlm raya haji tu), so hubby dan aku pun singgah la kat kfc parit raja. Selesai je membeli aku pun balik rmh.


Sampai kat rmh, tgh ade ramai org (nk bertakbir, maklumlah dah nama pun malam raya). Lps siap mengemas, adik2 aku dah x sabar2 lg membuka set tu. hmmmm....nmpk mcm monopoli je, tp mmg lain betul. set ni mengajar pemain teknik2 mengurus kewangan dan bisnes. bagus....ade 3 step utk main set ni. Step pertama pemain just main sbg org makan gaji (gaji awl rm5000, pastu bila dah abis satu round setiap pemain akan dapat rm3000). tu pun kalau pemain tu xmasuk petak pecah amanah, kena la pemain tu tgu pemain2 lain abis 3 round..dan seterusnya sampailah pemain tu ade duit rm30k dan ade syarat2 nya la..aku pun xingat...lps je step tu, masuk pulak step tijarah...klu tijarah ni main duit puluh2 ribu n kadang2 juta2, duit gaji pun dah bertambah. adik aku main step ni gaji dia dah jadi 19k lebih(hasil dr gaji +keuntungan bisnes)...lps step tijarah step barakah...yg step ni aku xpasti mcmn sbb adik2 aku main blum sampai tahap tu...cuba korg bayangkan dari pkl 11 mlm sampai hampir 3 pagi adik2 aku main dengan pertolongan banker (hubby kesayangan aku dan aku bini banker)...at last dari 5 players (ulum, upi, aril, k chik dan aqib) tgal 3 players jek (ulum n k chik muflis, ekekekekek)....mmg mencabar la permainan ni. betul x tipu...mmg lain betul dr monopoli. kalau main games ni, mesti korg rasa main monopoli ni mainan kanak2 kecik je. kalau korg xpercaya cuba masuk website kfc, kat situ mesti lg bnyk penerangan dia. (aku ni boleh jadi duta catur bistari ni-promote gila2 nih :D)
Dan yang kelakarnya aqib wlwpun gaji dia tgal 300 je bulan2 (sbb kena bayar duit ansuran kete bapak mertua 3k sebulan, still boleh survive) pastu dalam dia tensen2 sbb dpt gaji kecik dia boleh kata nk cerai je la sbb dia nk dptkan balik duit gaji dia tu. K chik pulak 2 kali kena bayar 15k pada bank sbb kedai kepunyaan dia terbakar ke apa ke...tu yg muflis tu...ulum pulak trus muflis sbb kena bayar cash 22k pada bank, pada hal dia la org pertama yg naik step tijarah...tu la...gara2 catur bistari. tak pandai manage duit mmg boleh bankrupt....


ni nk share ckit gambar hubby n adik2 aku tgh main Catur Bistari.


Banker dah kepenatan. duduk pun dah posing abis dah ni. nmpk x kertas2 dpn banker tu...bnyk tu kertas nk kena review hehehe


Players belenggeng (k chik xde dlm gambar sbb dah muflis). Dari kiri adik, aqib, ulum, aril dan ulum. Utk perhatian...adik tu cuma pemantau je

ni la set Catur Bistari tu...
ok la kawan2...lps ni pakat la beli set ni. cuba sendiri...ok caucincau...kalau dah cuba boleh la kongsi2 cerita

Wednesday, December 10, 2008

Raya Puasa 2008

Assalamualaikum semua...Selamat Menyambut AidilAdha 1429H...

Hari ni aku nk share gambar raya puasa yg baru lps nih...baru dpt gmbr tu dr adik, so nk bg tgk la big family aku tu. Dalam gambar ni cuma family kakak yg sulung je xde sbb dia beraya kat rmh mertua dia.
Gambar ayah bersama2 anak lelaki (campur menantu2 sekali). Dari kiri atas Majeed (suami iting, Hubby kesayangan, Ayah kesayangan, din (suami didi) dan Sina.
Dari bawah kiri Sufi, Naquib, Adik, Qaril dan Ulum

Gambar mak bersama2 anak2 perempuan. Dari kiri atas aku, Mak kesayangan, dan Iting. Dari bawah kiri Aina (isteri Sina), Mai dan Didi.

Friday, December 5, 2008

My Xia Bu Tian...


Selamat malam semua....malam ni aku nak cerita pasal anak sedara cina aku. Hubby aku panggil dia "Xia bu tian" yg bermaksud si kecik. Nama sebenar dia Ling Chun An atau Aan. Dia ni manja sangat. Manja dgn semua ahli keluarga hubby sbb dia cucu sulung keluarga, n masih the only cucu buat masa ni. So all the eyes goes to xia bu tian. Cuma apa yg kurang sikit adalah, mesti ikut cakap dia 100%. Kalau dia nak ma ma (mak mertua aku), maka org tu je la yg boleh handle dia. Kalau dia nak mummy dia, jadi mak dia mesti ade kat sblh dia. Aku kena tempias juga. Panggilan "Mu mu" mesti ade kat bibir comel dia kalau dia nampak aku.
Pernah sekali tu, hubby, aku, family xia bu tian, mak mertua aku dan mei mei (adik ipar aku) pegi shopping2 kat jb. Masa jalan2 tu, dia x nak org lain pegang tangan dia kecuali aku. Aduiiii...so aku pun kena la pegang tangan dia. Sambil pegang tangan tu dia tersenyum2 gembira. Nampak gayanya Mu mu dia ni pun kena ikut cakap dia jugak. Dan yang paling aku suka sbb dia cakap chinese dgn aku, aku pulak xtau nak balas ckp dia mcmn, so aku senyum je la. Dia pulak buat muka confused sbb aku x balas ckp dia. So hubby aku akan back up aku, balas balik apa yg dia berbual dgn aku (kira mcm translator la)
Nasib baik baru sorg je anak sedara cina aku. Aan or xia bu tian- be a good girl.


Berjaya...


Selamat pagi semua...skrg aku kat johor. Sampai sini pukul 9 lebih malam. Penat driving x hilang lagi.Tp tgh bersemangat nk update blog aku ni. Lgpun ptg ni ade kerja sikit nak buat. Hihihi...korang mesti tertanya2 apa hal la gambar kek tu menjadi topik pagi ni.

Sbnrnya inilah kisah yg aku nk post hr tu tp xdpt. Aku berjaya memasak kek yang pertama sekali dalam hidup aku. Kek tu Julia yg ajar. Tp dia pun xtau nk bg kek tu nama ape. So aku bg la nama kat kek tu- Kek Cheese Coklat.


Nmpk dari gmbr tu mcm kek marble kan? hehehe jgn tertipu, sbnrnya yg kaler putih tu cheese dan yg coklat tu kek coklat la. Ni first time aku masak kek dan menjadi (masuk bakul angkat sendiri :D). Bahan nak buat kek tu senang je, tp agak mahal sbb cheese tu. Pastu cara nk buat tu agak payah la. Nasib baik ade Julia sebagai sifu dan Mala dan Fini sbg pembantu chef (aku la chef sebenar, wakakakakaka).

Pastu ade cerita di sebalik kek ni. Peristiwa2 ni pasti akan aku kenang bila aku masak kek lg lain kali (lol guling2).

  1. Peristiwa pertama, aku simpan cheese n butter utk kek ni kat dalam freezer...so masa nk start masak tu, cheese n butter tu masih keras kekong. Julia punya la marah kat aku. Dia kata inilah penyebab kek slalu x jadi sbb ade air dlm adunan. (Aku buat muka kesian la sbb mana aku tau xboleh letak cheese n butter kat tmpt paling sejuk tu). So kena la kitorng tunggu lama supaya cheese n butter tu ikut suhu bilik. Dan yg paling penting x keras kekong mcm batu bata.


  2. Peristiwa kedua, ni pasal cheese lg. Masa nk mix cheese dgn telur n gula, mixer yg aku guna boleh patah pulak. Adui...puas kitorg suma gelak guling3 sbb xpernah t'jadi mixer patah masa nk mix bahan. Dah la tu mixer Mala, hadiah kawin dia dlu. Tp Mala cool je...dia kata xpe- alaaaaa mixer cap ayam je. hehehe...at last aku pukul adunan tu guna alat yg aku pun xtau ape namanya ntah. penat weh nak mengacau adunan tu. Ok abis satu part.


  3. Peristiwa ketiga, oleh kerana aku dh patahkan mixer Mala, so aku kena pukul adunan bahagian B guna alat yg aku xtau nama tu sekali lagi. Dan ni mmg kes naya. Ye la nk pukul telur n gula sampai kembang. Tumbuh muscle lengan aku. Nasib baik Julia sekali lg membantu aku dlm hal ni. Dan akhirnya sekali lg adunan ni berjaya kembang dengan bantuan Julia.


  4. Peristiwa keempat, lepas aku combined semua adunan td, n dh masukkan dalam loyang (nak bakar kek tu la), oven yg diguna senget sebelah pulak api dia (lol guling5). Mana taknya, letak oven atas mesin basuh yg dh x boleh guna tu. Tu yg senget oven tu. Risau jugak kek masak sebelah je kang...tp xpe tawakal je la. Dengan suhu 140 darjah dan 1 jam masak (api bwh saje, Julia kata), kek tu pun dibiar masak.


Sejam tunggu dengan aroma kek yg kuat...alhamdulillah kek aku berjaya masak dengan sempurna sekali. Lepas siap masak n mengemas dapur Mala( peristiwa ini berlaku di rumah Mala sbb dia empunya semua peralatan memasak dan aku menyediakan bahan2 memasak), kek dibiar sejuk dulu. Keesokan harinya, aku bawa kek tu ke opis untuk santapan pagi. Alhamdulliah kek tu sedap. Kwn2 aku pun puji kek tu sedap. hehehe kembang semangkuk jugak la aku bila dipuji mcm tu.

Julia kata jgn pulak lps ni x masak dah kek tu. Resepi dah ade so aku kena masak lg biar expert betul2. Lps ni nk cuba masak kek yg lain pulak. Aku kena belajar masak kek sbb hubby kesayangan aku suka makan kek. Aku akan berusaha, ciayo q(^0^)p....buat Julia, Mala dan Fini thanks sbb membantu merealisasikan impian aku utk belajar masak kek *winks

p/s: Sayang, i akan cuba belajar masak makanan kegemaran u.









Thursday, December 4, 2008

"Tag : Ngam! Belaga Angin!"


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....apa kabar?
i've been tagged by Qim...siap ko Qim sbb bagi aku homework yg paling payah utk aku buat...persoalan ni pernah aku tanya diri aku recently...sape sebenarnya kawan baik aku skrg ni? aku fikir punya fikir punya fikir but have no answer....blank otak aku fikir sapelah org itu.....
Sape kwn ngam or belaga angin or dlm bahasa kelantan "kacip molek" pd aku yek? mcm Qim kata suami dia, aku pun nk cakap suami aku adalah kawan yg paling rapat dgn aku. Yang faham diri aku dan dia jugak kawan sepergaduhan aku :D. Tp spouse xleh masuk dalam entry ni. Aduiiii...sape yek? Rasa2nya xde la, sbb aku kawan je dgn semua org. Masa belajar dlu aku ade juga kwn rapat, pastu bila aku sambung belajar aku dh jd xrapat dgn kawan aku tu. Then aku ade kawan rapat yg lain. Dan mcm td jugak bila aku sambung belajar dan seterusnya aku bekerja aku hilang balik kawan rapat aku tu. Dah jadi kawan biasa je...or may b dia anggap aku kawan tempias2 je skrg ni...sape tau?
Sbb ape aku ckp mcm tu? Bg aku kalau aku assign kawan tu kawan rapat aku, mesti org tu angkat setiap panggilan telefon yg aku buat. or at least bg message kat aku bertanya kabar. Tp bg kawan2 yg pernah jadi rapat dgn aku dlu, bila aku call or message, they never return my calls or messages. So boleh ke aku anggap tu kawan rapat aku? Tp boleh ke aku buat andaian kwn2 yg buat mcm tu kat aku sbnrnya malas or mmg dh lupa aku? Tu semua andaian yg tidak wajar tp bila perkara yg sama berlaku, so aku mmg KENA buat andaian kawan rapat aku dlu tu x mahu aku kacau hidup dia lg....x ape la...Manusia mudah lupa, terutamanya aku la. Tp x adil jugak aku buat andaian mcm tu. Ntah la :(
Cuma skrg ni, aku rapat dgn sorg kawan. Nak kata "kacip" sangat tu xde la, tp boleh la aku anggap kawan yg agak rapat di ofis. Maklumlah kluar makan sama2, ngumpat2 sama, luahan rasa sama2, bodek bos sama2 dan macam2 lagi la :D. Nama dia Normala Ahmad, tp kitorg panggil dia nor mama sbb anak dia ckp nama mama dia nor mama, abah dia nor papa :D
Mala ni sore dia halus je, manja. Tp dia bukan manja. Suara je halus but dia sorg yg tegas. Ibu 2 org anak ni suka tlg aku n aku pun suka tlg dia sbb:
  1. Dia ddk dpn aku je kat opis ni. So kitorg slalu buat perkara "evil" sama2.
  2. Dia jiran sblh rumah sewa aku. So kalau aku nk minta tlg dia tgk2 kan baju yg aku jemur (kalau aku blk jhr) senang :D
  3. Kalau aku malas drv kete aku tumpang dia je..dia pun sama, kalau husband dia kena buat kerja luar, aku la yg jadi drvr dia dan tlg hntr anak2 dia kat taska
  4. Dia tu rakan sepemakanan aku. kalau aku lapar, dia mesti teman aku beli makanan dan makan sekali dgn aku (wlwpun dia dah kenyang).
  5. Dia slalu dgr ape yg aku bebel bila aku x puas hati. Biar la aku bebel lama mana pun dia tetap dgr.
  6. Baik hati orgnya. Bila aku x balik jhr, dia mesti hulur makanan yg dia masak or beli kat aku. Dan dia x berkira pasal duit pun.

Sebab2 yg lain tu ade lg tp aku xtau nk terjemahkan macam mana. Cuma mcm aku cakap td, aku xtau nk declare dia sbg ngam or belaga angin or "kacip" dengan aku sbb aku rasa lps ni, kalau aku pindah or bertukar tmpt kerja dia akan jadi mcm kawan2 rapat aku dulu atau x. hmmm susah jugak nk dpt org yg phm kita dan kita phm org tu kan? Cuma buat kawan2 yg pernah rapat dgn aku dulu, aku x pernah lupa dgn korng. Dan maaf sbb slalu kacau korg dgn calls or messages yg slalu aku buat kat korg (wlwpun calls n messages aku tu x berbalas- aku assumed korng sibuk sangat). Aku nk minta maaf kalau aku ade buat salah kat korg.

Buat Maslina(kwn sekolah rendah aku), Qim, Mai, Ogy, Sam, Mar dan Mas (kwn kat SMKABP), Sara (kwn masa Matrikulasi), Kak Fir (kwn masa degree), Julia (kwn masa masters) - aku x pernah lupa korg...aku rindu masa kita berkawan dulu. tp aku tau masing2 sibuk dgn dunia masing2 skrg ni. Samalah mcm aku, aku pun sibuk dgn dunia aku dan aku tetap akan cari masa utk cuba call or message korng wlwpun aku tau aku ni penyibuk je hehehehe...


Wednesday, December 3, 2008

Macam mana nih..?


Salam sejahtera semua...selamat petang....cuaca pd hari ini agak cerah...dah banyak hari hujan lebat. Doa2 moga cuaca cerah hingga esok sbb esok nak balik johor...cuti raya haji 5 hari tu...maklumlah kena drv sorg2...so mmg mengharap sgt cuaca cerah...Amin...


ok, motif sebenar aku menulis log hr ni sbb aku mempunyai masalah nk upload gmbr. Sbnrnya ade cerita utk dikongsi bersama anda2 semua, tp disebabkan xdpt nk upload gmbr dr camera ni, so aku tangguhkan dlu la...ni semua gara2 aku tambah ram notebook aka laptop comel aku ni. pastu aku suruh kawan aku upgrade mana2 yg kurang. Maka kawan aku yg pro ni (lps kebenaran aku) dia pun format la notebook aku nih(lps aku pilih mana2 fail yg aku perlu)....so dengan rasminya notebook aku ni berubah wajah n menjadi laju wakakakakaka...


tp tu la...bila dh laju tp xdpt nk upload gmbr dr cerita yg aku nk tulis dlm blog ni, mmmmmmm mcm hampeh jugak...xpe la...balik jrh ni aku cari installer camera tu. pastu aku update lg yek...


tgu tau kemunculan cerita terbaru aku....hihihi...ok caucincau