Tuesday, November 25, 2008

Happy 1st Anniversary to ME n HUBBY




25/11/2008...genap setahun usia perkahwinan aku dgn suami aku yg tercinta Danial Hafiz Ling b. Abdullah. Alhamdulillah...pejam celik pejam celik, gaduh baik gaduh baik akhirnya sampai juga tarikh setahun ni. Tp sedih la jugak sbb xdpt celebrate sama2 yg tersayang. Nasib baik mgu lps aku balik. Pastu jalan2 sama2 dgn hubby, makan kenny rogers n dpt hadiah baju dr hubby...tp still sedih gak....waaaa

Rindunya nk jumpa. Rasa mcm nk suruh hubby dtg je mgu ni. Tp 2 mgu berturut2 hubby dtg cni. Kesian pulak kat dia. Lgpun hujung2 bulan ni dia bz nk siapkan report keje dia. Aduiii...tahan je la sampai raya haji nnt. Alhamdulillah dpt cuti dr hr jumaat-selasa. 5 hari tu...yeayea...

Buat sayang....moga cinta kita berkekalan selamanya.
"Ya ALLAH, terima kasih di atas segala nikmat yg Engkau berikan padaku dan suamiku. Perkukuhkanlah ikatan cinta kami dan perdalamkanlah cinta kami terhadapMu. Hanya kepadaMu aku memohon pertolongan." Amin

hmmm xde gmbr baru la nk upload...ni nk bg gmbr hubby aku masa shopping2 dlu. Tgk mcmn dia bw troli tu...cute kan?






Monday, November 10, 2008

Rajuk Hati...? Dah tak dah...


Assalamualaikum semua...hari ini dalam sejarah...xpernah lagi aku update blog aku waktu mlm...ni kat opis ni. teman kawan dia buat kelas malam so dr aku boring sorg2 kat rumah tu baik aku update blog or buat keje2 lain ni...


Xtau nak cerita apa...cuma nk bgtau aku dh x merajuk dgn hubby kesayangan aku lagi :D

bukan apa...xbaik klu bergaduh lama2 dgn suami, berdosa...xdpt cium syurga nnt...betul kata kawan aku...baik berterus terang je klu ade rasa x puas di dalam hati...lagipun dh nak masuk setahun dah usia perkahwinan aku dan dia...adatlah kalau bergaduh tu...tp dalam org kata adat or what so ever tu...kita kenalah perbaiki lagi kekurangan diri kita ni, dan juga kena lebih bersyukur sbb dgn 'perkara kecik' ni kita lebih rasa bersedia untuk lebih mengenali diri si dia...
usia bercouple dalam 7-8 tahun tu belum menjamin kita kenal betul dgn si dia...dulu masa bercinta, kena control ayu...si dia kontrol hensem....nk kentut pun sampai tertahan2 sampai merah muka...tp la ni bila dah kahwin klu nk kentut pun pakai lps je...hihihi...maksudnya makin kita kena tabah...kena tahan semuanya. perkahwinan ni bukan utk sehari, bukan utk setahun ttp kalau boleh sehingga akhir hayat kita. InsyaALLAH
kagum dgn maktuk n atuk aku...aku xingat la dh berapa lama dorg kahwin, tp yg pasti hampir 60 tahun(sbb maklong aku dah retired dlm 2 tahun..so betul la hampir 60tahun)...eh melalut pulak...nk cerita aku kagum dgn maktuk n atuk aku nih...ye la...lama dah usia perkahwinan mereka...tp mereka ttp nmpk romantis (ceeewah). aku tgk atuk aku tu ringan tulang tlg maktuk aku buat kerja rmh...maktuk aku pulak klu masak mesti ingat kari kegemaran atuk aku tu...peristiwa yg paling xdpt aku lupa...atuk aku belikan maktuk aku bunga utk hias kat rmh dorg...bunga bulat2 siap belikan pasu lagi...atuk aku pilih sndr tau...hihi...suka tgk mereka ni...
aku harap hubungan aku dgn hubby yg tersayang akan berkekalan sampai akhir hayat aku. Amin..
hmmm...skrg ni tgh fikir nk beli apa utk hadiah hubby tersayang utk 1st annivesary kitorg...tp sedih sikit la sbb 25hb nov tu jatuh hari selasa. aku keje, hubby pun keje.nmpk gayanya xdpt celebrate la...xpe la, insyaALLAH kitorg tetap akan cari hari utk celebrate sama2...
"Sayang, i dah x merajuk lagi dah. Sayang u sangat. Ingat ALLAH dan i selalu"

Tuesday, November 4, 2008

Rajuk Hati...

Hari ni dah masuk hari ke berapa dah aku rasa rajuk hati dengan suami aku...salah ke utk aku rasa begini...? berdosa mmg berdosa...

Semuanya sbb aku rasa suami semakin jauh dr aku. Alasannya kecil saja, aku rasa suami lebih mengutamakan keluarganya berbanding diri aku. Bercakap di telefon pun jarang2, kalau bercakap pun sekadar bertanya perkara yg biasa2 sahaja...U sihat? Buat apa hari ni? Ada kat mana?...Berbual pun sekejap sahaja...tiada yg menarik. Akhirnya aku senyap dia senyap dan mulalah aku rasa sedih...Aku pula bila dh start sedih mesti mengalir air mata. Dan padah yg aku bakal terima kalau menangis bila bercakap dgn suami ialah suami makin marah pada aku kerana bg masyarakat Cina menangis membawa 'suwey'...Sedangkan bg aku yg cengeng ni, menangis bagi sedikit kelegaan. Memanglah menangis x boleh mengubah apa2 tp yg penting aku rasa lega.

Dan hujung minggu ni, hari Sabtu 8/11/08, company suami akan membuat trip ke Bali. Satu lagi kerunsingan bg aku. Makan minum dia kat sana. Sembahyang dia lg. Bagi aku tiada kompromi dalam hal begini. Aku berharap sangat sayang aku tu ingat tntg semua ni. Bukan aku x percaya pada dia, tp rasa sangsi dan runcing pd tindakan dia tu x bertepi. Terus terang aku TIDAK PERCAYA DENGAN KAWAN2 SUAMI AKU. Bagi aku mereka manusia kejam, suka menangguk di air keruh. Mereka tahu suami aku Muslim tapi mereka semakin suka menarik suami aku mengikut cara mereka. Bukan aku x tahu kat mana suami aku makan selama ini (wlw pun bila aku bertanya pd suami, dia kata dia x makan 'daging' tu, tp rasionalnya mereka menggunakan periuk dan bekas makanan yg sama).

Untuk bercakap sendiri dgn suami, aku rasa x mampu. Aku x mahu sayang aku rasa aku terlalu mengongkong dia, sedangkan niat aku hanya satu. Aku mahu hidup bahagia di samping suami. Aku mahu suami yg dapat membimbing aku dan dalam masa yg sama aku membimbing suami dalam hal2 yg dia tidak tau. Aku mahu suami menjadi imam dalam keluarga. Aku tahu impian aku ni tinggi tapi aku yakin aku akan dapat mengecapinya satu hari nanti. Kerana aku percaya, ujian yg ALLAH turunkan pada aku ini semata2 untuk menguji keimanan aku dan suami, dan juga menguji kecintaan aku pada-Nya dan pada suami aku.


"Sayang..jika sayang baca coretan hati ini, ingatlah saya x pernah lupa pada sayang. Saya mahu yang terbaik untuk diri sayang dan saya. Ingatlah semua pengorbanan yg kita berdua lalui untuk capai semua ini. Jangan hampakan saya"
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers