Sunday, November 15, 2009

Kisah 3

Alhamdulillah syukur pada-Mu Allah, dah masuk 12 minggu atau dalam kata lain dah 3 bulan....Syukur pada-Mu Allah...

Dalam Kisah 3 ni aku nak bercerita pasal scan baby. Semalam dah 3 kali aku scan baby. Huh...dalam 3 bulan dah 3 kali scan...macam beria sangat kan...hehhehe..sebenarnya bukan beria pun tapi sebab ade masalah. Kali pertama aku scan masa baby tu kecik lagi, dalam 7 minggu ke 8 minggu la lebih kurang. Aku kena small bleeding. Ala tak banyak pon cuma aku ni gabra semacam je. Pergi jumpa doktor. Then doktor pun scan la. Masa tu tak nampak apa3 lagi. Ke aku sendiri tak tau nak tengok rupa baby tu. Tapi masa tu doktor ade cakap perkara yang menyusahkan hati aku. Huhu...masa tu Tuhan saja yang tahu perasaaan aku. Lepas je dari tu, aku mula betul3 concious dengan pemakanan dan juga segala pergerakan aku. Kena jaga diri baik3 beb. Sapa tak sayang zuriat yang baru nak berkembang dalam rahim sendiri ni. Dah la lama menunggu.

Kali ke-2 aku scan masa regular check-up kat klinik kesihatan. Alhamdulillah tak ade masalah. Masa tu umur baby baru 8 minggu 4/7 hari. Hehehe...tiada kencing kotor, darah pon ok. Tekanan darah ok. Alhamdulillah semua ok. Tapi mak aiii nak tunggu turn untuk diperiksa tu punya la lama. Aku sampai kat klinik tu dalm pukul 7.45 pg. Tapi di check dalam pukul 9lebih dekat pkl 10.

Kali ke-3 aku scan adalah semalam. Aku demam. Makan pun tak lalu. Muntah yang kerap. Pergi klinik, doktor scan. Masa scan tu aku dah boleh nampak bentuk baby tu. Alhamdulillah syukur nampak tangan ada 2, kaki ada 2. Hubby pulak dia kata dia x nampak pon apa yang aku nampak. Hmmmm harus lepas ni kena pi scan lagi. Tapi lama lagi la. May b masa kandungan 5-6 or 7 bulan. So sekarang ni aku kena consume ubat. Alamak jenuh betul. Doktor kata usus aku kena jangkitan virus. Ni dah lapar tapi kena tgu 30 minit sbb baru lps makan ubat. Lps ni baru boleh makan. Hubby cakap tapak tangan aku pucat tak ada darah. Macamana nak buat. Aku memang tak ada selera langsung.

Oklah sampai sini dulu. ada lagi 6 minit untuk aku makan. Ada masa aku sambung kisah seterusnya....

Kata orang nak tambah darah kena makan hati ayam or lembu. Tapi aku ada terbaca pasal organ dalaman ni. Hmmm kalau boleh aku nak avoid langsung tentang organ dalaman ni. So dari hasil pembacaan aku, untuk tambah darah, makanlah buah delima atau epal hijau. Tapi aku dah pi pasar cari buah delima tapi tak jumpa lagi. Nanti Hubby nak pegi cari pulak...

Monday, November 9, 2009

Kisah 2

Kisah 1 menceritakan kisah aku xleh tido malam kan, Kisah 2 ni lebih kepada nafsu makan aku. Banyak yang aku 'crave' skrg ni. Aku nak makan pasembur macam yg aku makan masa kecik dlu. Kat Johor ni takde yang jual macam kat KL. Aku nak pasembur macam yg dijual kat jalan pekeliling atau paling tidak mcam yg dijual pd hari jumaat kat masjid dkt rmh maktuk n atuk aku. Kalau kat Johor rojaknya lebih kepada rojak yang ade mi kuning atau Rojak asma. Aku taknak yang tu. Hmm nanti kalau tak ada aral aku nak ajak Hubby pi rmh maktuk n atuk la. Nak cari jugak pasembur tu.

Kisah makan aku yang ke-2 adalah, aku tak boleh langsung makan ayam. Bau ayam je dah meloyakan aku. Kalaupun aku teringin nak makan ayam, ayam tu mesti goreng garing sampai keras. Adakah ini penangan dari Qim....Qim apa ko dah mandrem aku? Baik ko ngaku....Yang aku paling suka skrg adalah buah, dan buah dan buah...heheh...sayur suka yg sup tapi kalau ade ayam terus aku tak lalu.

Lain aku nak makan yong tau fu. Dah dapat makan dah pun. Mr. Hubby beli kat Angsana. Rasanya sedap tp aku tak makan banyak. Hehehe...macam biasa dah nama pun nafsu, dapat makan sikit je dah buat aku kenyang. Dan akhirnya Mr. Hubby la yang kena habiskan. Macam makanan3 yang lain. Semuanya aku makan sedikit je, dan Hubby yang tolong habiskan. Nampak gayanya aku tak boleh la tahan Hubby pi main badminton utk turunkan berat badan dia.

Nafsu makan yang lain tu takde la. Eh tak...aku suka makan nasi lemak. Sampai ke malam klu Hubby tanya nak makan apa, aku cakap aku nak nasi lemak telur goreng takmo ayam. Tapi selalu dapat nasi lemak yang tak sedap. Istilah tak sedap kat sini adalah sambal dan nasinya tak sedap. Tapi semalam, Hubby singgah beli nasi lemak yang dijual kat Pontian (dekat dgn rumah in law aku je). Sambal nasi lemak tu memang awesome. Hehehe...separuh bungkus nasi lemak tu aku habiskan. So skrg aku tak mau makan nasi lemak lg buat masa ni.

Mesti korang kata aku ni mentekedarah je kan. Tapi percayalah aku makan x banyak pon. Nak makan macam3 tapi aku makan sikit je. Dan sampai sekarang dah nak masuk 3 bulan ni, berat badan aku turun 1/2 kg. Moga3 tak ada apa3 dgn kandungan aku ni. Aminn...

Untuk dikongsi bersama, aku ada baca dari artikel yang ais tak mendatangkan masalah pada kandungan cuma kalau nak consume ais tu berpada3 la. Tapi aku masih lagi dalam masa berpantang ais yang ditetapkan oleh Hubby. Cuma yang pasti jgn makan telur yang x masak/separuh masak/atau putih telur masak, tp kuning telur tak masak tu. Sushi pun tak digalakkan. Begitu juga daging ke ape benda yang dipanggang separuh masak tu jgn la dimakan sbb dalam makan yang tak dimasak tu mengandungi bakteria yang boleh membahayakan otak baby. Nauzubillah...

Monday, November 2, 2009

Kisah 1

Aku rasa sekarang aku agak teruja untuk bercerita kisah baby. Heheh al-maklumlah pengalaman baru. Maka kisah ini aku namakan Kisah 1, Kisah 2, Kisah 3 sammmmpaiiiilah aku sendiri muak untuk meneruskan kisah-kisah ini. Dalam Kisah 1 ini, aku ingin berkongsi pengalaman aku sebelum aku mengandung dan juga keadaan terkini. Kisah ini lebih kepada kisah tidur aku.

Aku selalu mengeluh, kerana walau hampir 2 tahun berkahwin, aku dan Hubby masih belum dikurniakan zuriat. Sebelum ini (sebelum aku mengandung) kawan-kawan aku selalu cakap " Maity baik ko enjoy dulu waktu ko. Masa inilah ko nak tidur lebih. Tak ade suara anak nangis nak susu or salin diapers tengah malam. Masa inilah ko boleh bangun lewat. Tak ade sapa nak marah or ganggu ko". Ada lagi yang menyambung "Allah nak bagi ko rehat cukup2 dan Allah lebih tau kemampuan ko". Banyak lagilah pesanan, nasihat dan kata-kata semangat dari kawan-kawan aku. Tapi macam biasa aku ni kan jenis kurang penyabar. Tengok adik-adik aku mula mendapat zuriat masing-masing, buat aku sedih. Namun begitu, aku tak adalah tunjuk muka sedih aku depan mereka. Masih kontrol ayu beb...

Namun kini, setelah aku mula mengandung, aku rasa nikmat untuk aku tidur mula kurang. Dalam sehari cuma 3-4 jam sahaja aku lena, masa yang lain penuh dengan aku sakit belakang, mual2 (aku tak kena morning sickness, tp kena night sickness), keperluan ke tandas yang lebih kerap dan macam-macam lagi. Hmmm, nampaknya Allah mula memberi aku sedikit tugasan agar aku tidak terlalu mendahulukan masa tidur dan masa rehat aku yang panjang itu. Hubby pun begitu. Aku lihat lenanya pun akan terganggu sekiranya aku terjaga di tengah malam. Kesian Hubby.

Agaknya begini rasanya jika tidur terganggu kerana keperluan anak. Jadi Allah bagi sedikit amali bagi diri aku dan Hubby agar kami tidaklah culture-shock bila situasi sebenar berlaku. Namun aku ni, masih juga kurang syukurnya. Mana tidaknya, hari-hari aku mengeluh kepenatan kerana tidak cukup tidur, kepenatan travel ulang-alik ke pejabat, mengeluh untuk tidak memasak dengan alasan kurang sihat dan malas. Hmm nampak gayanya banyak lagi "amali" yang perlu aku hadapi sehingga masa sebenar sampai. Terbit rasa kagum dengan adik aku Mardiah @ Didi, dengan anak kecil (baru 4 bulan), dia masih memasak untuk suaminya setiap malam, menguruskan rumahtangga walaupun bekerja. Aku lihat dia begitu gembira. Setiap hari aku bertanya anak dia tak kacau ke waktu tidur malam. Dia kata bangun jugak untuk minum susu, tapi dah biasa. Huuuuuu~

Moga dalam masa lebih kurang 7-8 bulan ini, sebelum aku bersalin aku dapat menyediakan diri aku supaya dapat menjadi supermommy dan superwife buat Hubby dan anak yang bakal aku lahirkan. Aminn. Ya Allah, ampunilah dosaku kerana masih kerap mengeluh walau Kau telah menghadiahkan aku anugerah terindah ini. Buat Hubby, lepas ini kita belajar azan dan iqamat supaya bila anak kita lahir nanti, u dapat melaungkan kalimah suci itu kepada anak kita. Biar kalimah itu menjadi kalimah pertama yang didengar oleh anak kita tanda cinta kita berdua. Aminn.


Semalam aku sempat membaca beberapa artikel mengenai nausea @ loya3. Rupanya nausea ni bagus kepada perkembangan kandungan kerana ianya menandakan proses perkembangan kehamilan yang normal dan perkembangan bayi yang positif. Doaku agar kandungan ini sihat. Aminn.

Wednesday, October 28, 2009

Double Joyness

Lama sangat aku tak update blog. Since Qim pun dah mulakan rentak dia menulis semula, aku pon kenalah start memikirkan apa yg aku nk kongsi bersama (wlwpun aku x pasti korang eager nak share sekali x cerita aku ni heheh...)

Syukur kepada Allah kerana aku dan Hubby telah menetap di rumah kami secara rasmi pada 13 September 2009. Dan pada raya yang lepas aku dan Hubby dh buat rumah terbuka cum house warming pada raya ke-3. Alhamdulillah, tetamu yang datang sangat ramai (teruk betul tak ada gambar. Aku dan Hubby cuma perasan kami tak snap sekeping pun gambar masa proses mengemas dan mengelap rumah selepas jamuan). Untuk jamuan tu, kami jamu rendang daging, kari ayam, ketupat segera, ketupat palas (maktuk dan mak buat), serunding beli, kuah kacang, laksa sarawak (MIL buat), roti jala (mak yang bancuh, tp dijala oleh adik aku) dan juga sate (kerjasama aku dan adik3). { Ehem ehem, yang lain tu aku masak sendiri tau...jangan tak percaya}. Sebelum jamuan kami (aku dan Hubby la) ada buat bacaan yasin dan doa selamat yang dihadiri oleh ahli keluarga aku je. Itulah kegembiraan pertama buat kami berdua.

Kegembiraan kedua yang aku nak kongsi bersama kawan2 sekalian (wlwpun aku tahu ramai yang dah tahu, saja je nak bagitahu lagi...), aku dan Hubby bakal dikurniakan baby pertama kami. Syukur pada-Mu ya Allah di atas kurniaanMu yang tidak ternilai ini. Dua kegembiraan dalam masa yang sama. Tapi sebenarnya kandungan aku ni masih awal lagi. Baru dlm 2 bulan lebih. Tapi aku dah scan gara3 masalah kecil yang aku hadapi. Tapi alhamdulillah, doktor kata jantung baby dah start berdegup. Maha suci Allah. So, sekarang ni, aku kena lebih berhati dalam melakukan semua tugasan. Dah tak boleh jalan laju3, tak boleh melompat or berlari3 dan tak boleh buat kerja rumah (yang ni aku saje tambah :D). Tapi aku masih perlu memandu 1/2 jam pergi dan 1/2 jam balik ke rumah dan pejabat setiap hari. Tugasan mengajar masih berlangsung seperti biasa. Cuma aku cepat letih dan bila balik rumah memang terus lembik (sbnrnya saja nak bermanja dgn Hubby).

Itulah 2 kegembiraan yang aku dan Hubby dapat sempena berpindah ke rumah baru dan juga menyambut raya baru-baru ini. Sungguh besar kekuasaan Allah. Hampir 2 tahun menunggu. Sesungguhnya aku dan Hubby amat bersyukur.....

Thursday, October 1, 2009

Darah naik kepala...

Hari pertama masuk ke kelas *****, aku begitu bersemangat sekali. Maklumlah lepas raya. Semangat untuk berjumpa pelajar membuak-buak. Kertas kuiz siap bertanda. Kertas ujian siap disediakan. Salinan untuk simpanan markah pelajar siap dibuat. Memang teruja nak masuk ke kelas tersebut. Sebabnya, pelajar dalam kelas tu jenis kelakar, dan nakal. Ada yang nakal tapi masih boleh diterima lagi kenakalan mereka.

Namun apa yang aku harapkan sebelum masuk ke kelas ***** tak menjadi kenyataan. Masuk je kelas, aku tengok kelas bersepah. Sampah bawah meja dan kerusi berlambak. Mereka boleh buat derkkk je. Kemudian, kerusi pensyarah pun tak ada. Aku tanya ada kerusi lebih atau tak...semua buat don't know je. Hati aku dah mula membuku. Tapi aku cuba usir perasaan marah ini. Aku keluar dan mengambil sendiri kerusi untuk aku dari kelas lain.

Selepas aku duduk dan mengambil nafas, semak kehadiran, aku memulangkan semula kertas kuiz yang siap bertanda dan jugak kertas salinan simpanan markah mereka, aku pun terus menyuruh mereka duduk seperti dalam keadaan dalam ujian. Mereka terus cakap "Puan tak cakap pun nak buat ujian." Ada yang cakap "Puan kata nak buat esok". Dan bermacam-macam lagi alasan. Marah aku yang dah mula reda timbul semula. Mereka ingat aku ni budak kecil yang boleh dipermainkan...? Ada seorang pelaar tu siap cakap " Ala Puan, kita buat minggu depanlah. Puan kan jenis lembut hati..." Bila pelajar tersebut cakap macam tu saja, marah aku makin bertambah. Dalam nada lembut tapi menyindir aku jawab "Sebab saya lembut hati lah awak semua pijak kepala saya". Mula dari situ, kelas yang hingar tadi mulai senyap. Aku terus membebel.

Aku paling tak suka membebel, apa lagi depan pelajar. Tapi bila dah jadi macam ni, aku mula membebel dan terus cakap apa yang terbuku dari hati aku. Tapi aku tak sebutlah pasal kerusi atau sampah dalam kelas, cuma aku sebut tentang attitude mereka. Dalam nada tegas aku cakap esok petang aku nak buat ujian. Siapa lambat dari aku, aku akan terus bagi markah kosong (sebab memang ada pelajar yang suka datang lebih lewat dari aku walaupun aku dah bagi peringatan banyak kali). Dan aku cakap kalau aku dapat tangkap sesiapa yang membawa toyol, atau menjeling atau meniru jawapan kawan-kawan mereka, aku akan terus bagi markah kosong.
Selesai saje masalah, aku terus keluar kelas. Hati sangat sakit.

Tapi belum sempat aku mengemas meja aku (konon-konon nak sambung menanda tugasan yang lain), wakil pelajar kelas tu datang minta maaf bagi kelas mereka. Aku cuma suruh mereka balik dan belajar untuk ujian esok. Dalam hati aku dah maafkan wakil kelas yang berjumpa aku, tapi untuk kawan-kawannya, aku kena ambil masa mungkin lagi 10 minit kot. Heheh...

**teringat masa belajar dulu, aku paling takut untuk masuk lewat dari pensyarah. Dan aku paling takut untuk mohon pindaan tarikh untuk kuiz atau ujian. Terima saja apa yang pensyarah aku arahkan.

Thursday, September 17, 2009

....

Semalam tidur tak berapa lena. Nak kata fikir macam-macam tak ada la pulak. Hal rumah alhamdulillah hampir selesai. Cuma nak kena lap debu-debu yang degil je. Rumah pun tak bersepah lagi. Peti ais dan tv pun dah beli. Jadi rasanya tak ada ape yang perlu difikirkan sangat, tp mata masih tak mahu terlelap.

Cuma...yang pasti 2-3 hari ini asyik memikirkan, masihkah aku dapat bertemu dengan Ramadhan tahun depan. Amal ibadatku cuma senipis kulit bawang. Sempatkah aku bertaubat memohon keampunan padaMu. Adakah aku mampu membawa diriku dan Hubby dalam kehidupan yang diredhai olehMu. Adakah aku mampu membawa diriku dan Hubby hidup dalam ketenangan rahmatMu. Adakah aku mampu membawa diriku dan Hubby hidup dalam rasa cinta yang amat sangat kepadaMu. Diri ini berdosa tapi diri ini masih ego untuk tunduk kepadaNya. Diri ini berdosa tapi diri ini masih liat untuk bersyukur kepadaNya...

Hubby selalu bertanya sejak akhir-akhir ini, kenapa aku selalu nampak letih dan kadang-kadang berangan jauh. " Apa yang u termenungkan tu sayang?" Lidah sebenarnya kelu untuk memberitahu apa yang aku rasa ini. Takut ada rasa sangsi di hatinya. Tapi inilah sebenarnya yang aku fikirkan. Moga Allah mengampuni diriku dan Hubby. Moga Allah terus memberi pelindungan dan kasih sayangNya kepada diriku dan Hubby. Moga Allah terus kukuhkan rasa cinta dan kasih sayang antara aku dan Hubby. Dan moga aku dan Hubby terus mencintai dan terus mencintai Allah. Aminn...

Monday, September 14, 2009

Pindah

Semalam secara rasminya aku dan Hubby berpindah masuk ke rumah baru kami. Syukur alhamdulillah. Walau rumah ini belum lengkap (dapur belum siap dan meja makan masih terbarai) tapi kami tetap bersyukur dan lega. Penat mengemas rumah dengan debu dan habuk tidak hilang lagi. 2 hari diperuntukkan untuk memasang langsir. Hubby menebuk lubang dan memasang rail langsir. Aku sebagai assistant tidak bertauliah, membantu menghulur skru, hammer dan sebagainya. Sebelum menggantung langsir, kerja-kerja mengelap tingkap yang debunya tebal macam tepung gomak dilakukan. Usai memasang langsir, kerja-kerja mengelap lantai dilakukan. Perihal lantai ini, hampir setiap kali kami ke rumah kami, sehinggalah menetap secara rasmi semalam, debu dan pasir masih ada lagi. Tapak kaki memang terasa tebal sentiasa. Tak tahu nak buat macam mana lagi. Harap-harap sebelum raya ini (dah tak lama lagi...huhu), semuanya selesai. Untuk makluman semua, rumah ini memang masih kosong lg. Bilik 4, tapi yang berisi hanya satu iaitu bilik tidur aku dan Hubby. Baju-baju masih di dalam beg lagi (Almari takde lagi, huhu. Tak tahu bila nak beli almari sebab duit dah takde. Tunggu kena kumpul duit dlu la nampak gayanya). Alhamdulillah ruang tamu dah penuh. Sofa, coffee table dan tv cabinet dah ada (tapi tv xde waaaaaaaa....). Dapur masih dalam pembikinan. Hubby kata paling lambat hari rabu orang tu install kabinet dapur. Yay...alhamdulillah, ni tengah sabar menantilah. Tapi seperti tv juga, peti ais dan mesin basuh belum beli lagi. heheh....ada sesiapa nak sponsor? Memang dialu-alukan. Lain-lain kisah rumah ini, proses mengecat rumah ada lebih kurang 10% sahaja lagi. InsyaAllah sempat siap sebelum raya. Proses mengetuk dinding lebih (pagar konkrit luar rumah), masih tergendala. Hmm harap-harap dapat siap sebelum raya jugak. Rumput mutiara telah ditanam. Masih nampak layu-layu lagi. Tapi nanti kena beli baja daun dan akar agar rumput-rumput ini menjadi gemuk macam tuan rumahnya *wink*
Gambar rumah tak sempat nak ambil. Nantilah lepas selesai semuanya, aku akan update lagi.

Sunday, August 30, 2009

Sahur...

Salam Ramadhan yang ke-9. Sekejap sahaja dah masuk hari yang ke-9 seluruh umat Islam berpuasa. Alhamdulillah...

Bercerita pasal ramadhan ni, memang tak lepas kisah sahur. Sahur saya dan Hubby amat mudah sekali. Cukup sekadar air susu dan biskut atau roti. Hubby kata dia tak mahu makan berat masa sahur. Dari hari pertama hingga hari ke-8 aku mengejutkan Hubby untuk bangun sahur. Dan syukur, Hubby jenis mudah terjaga bila aku kejutkan untuk sahur.

Tapi hari ini, 30hb Ogos 2009, dalam sejarah Hubby kejut aku bangun sahur. Hehehehe...aku pun tak tahu kenapa aku tak sedar bunyi alarm. Lembut sahaja suara Hubby mengejut aku bangun sahur. Aku tengok, Hubby dah sediakan susu dan biskut untuk aku dan dia bersahur. Alhamdulillah....

Saturday, August 22, 2009

Hampir terkena...

Salam Ramadhan semua...Semalam merupakan hari yg penuh bersejarah utk diri aku. Memang satu pengajaran supaya aku lebih berhati-hati. Cerita bermula masa aku selesai shopping barang rumah kat Tesco Tebrau. Sebenarnya semalam aku agak 'blurr' tak tahu kenapa. Balik dari kursus 5 hari membuatkan diri aku semacam kepenatan. Otak lambat berfikir.

Semasa menolak troley ke arah kereta comel aku, ada seorang bdk berumur dalam lingkungan 20-an memanggil aku. "Kak mari cabut cabutan bertuah. Kalau akak bertuah, mungkin akak dapat shopping kat tesco dgn diskaun yg lebih best sepanjang tahun ni". Aku yang dalam kebingungan (bengap ke????) pun mengambil kad yang dihulur oleh budak tadi. Tapi masih dalam keadaan berhati-hati, aku was-was untuk membuka kad tu. Budak tu cuba untuk meyakinkan aku tak perlu rasa takut. Dia siap menunjukkan kad-kad yang telah dibuka oleh pelanggan lain. "Kakak tak perlu takut la. Ni bukan peraduan gores dan menang la. Kakak tak pernah tengok/dengar ke peraduan 'Pulang ke kampung bersama Proton Persona'...dalam tv3 dalam hot fm semua dah cerita pasal ni". Masih dalam keadaan was-was aku buka jugak kad tu. Bila buka je kad tu, tertera di situ aku menang 'special gift'. Debaran yang kecil tadi makin membuak-buak. Aku jadi takut. Budak tadi macam tak percaya aku dapat kad tu. Dia kata "Kakak dapat hadiah utama ni". Dia terus kontek bos dia, kemudian dia kata untuk mengambil barang tu, kakak kena pergi ofis dia kat Taman Mount Austin. "Lima minit je dari sini. Saya tunjukkan jalan".

Aku masih ragu-ragu dengan semua ni. Budak tadi siap kata "Kakak jangan takut, ni semua bukan tipu. Kalau kakak tak percaya, ni ic saya. Kalau kakak rasa kena tipu, kakak bawa kad ni kat balai polis". Dari kesungguhan budak tadi, aku mula percaya. Walau bukan 100%, tp kepercayaan sebanyak 20% tu telah membawa aku ke ofis budak tadi; Starr Healthcare Sdn.Bhd. Di sana aku berjumpa dengan bos budak tadi. Dia menerangkan pelbagai cerita serta menunjukkan gambar pemenang (termasuk pelakon ezzany (betul ke ejaan macam ni), keratan akhbar tentang cabutan bertuah ni dan macam-macam lagi. Mereka turut menunjukkan lesen syarikat (yang mana tertera tulisan syarikat jualan langsung!!!!!). Dari situ rasa ragu-ragu dan was-was mula memuncak. Aku cakap dengan mereka aku nak call Hubby dulu. Mereka kata tak perlu dulu "Buat surprise la kakak". (kepala hotak hang buat surprise!!!!)

Allah Maha Besar lagi Maha Mendengar. Tak lama lepas tu, Hubby call aku, tanya aku kat mana. Aku pun cerita la pasal ni, dan mintak dia datang kat tempat tu. Tak sampai 10 minit, Hubby sampai. Mereka jemput Hubby masuk dan turut menerangkan maklumat yang sama kepada Hubby. Tapi cara mereka terangkan maklumat kepada Hubby agak berlainan. Selesai sahaja penerangan mereka, Hubby terus cakap "Kalau betul menang hadiah, bagi sahaja hadiah tu, kenapa perlu bayar-bayar lagi?" Mereka diam. Hubby terus pegang tangan aku dan mengajak aku balik. Tak banyak bicara, 2 minit sahaja Hubby dalam ofis tu semua selesai. Dalam kereta Hubby cakap ni semua tipu. Aku sendiri macam tak percaya aku boleh terkena macam ni. Alhamdulillah aku belum memberi duit sebagai "bayaran cukai kerajaan" sebagaimana kata mereka sebelum aku boleh mengambil 'hadiah' aku. Syukur padamu Allah.

Modus operandi mereka:
  1. Kita buka kad, kalau dapat perkataan " Terima kasih"- tak ada apa-apa hadiah. Kalau dapat perkataan "Special Gift"- mereka akan bawa kita ke head office.
  2. Mereka akan menunjukkan pelbagai info tentang peraduan ini. Contoh surat khabar (yang aku sempat baca BH, Utusan dan surat khabar cina). Tapi masa aku tengok keratan suratkhabar ni, aku pun dah macam was-was sebab tulisan dalam keratan tu tak macam tulisan biasa dalam suratkhabar. Gambar-gambar pemenang pun ada. Lesen syarikat pun ditunjukkan. Mereka kata hanya 117 pemenang sahaja seluruh malaysia, dan tarikh tutup untuk cabutan ini adalah akhir bulan ni. (What a coincidence!!!)
  3. Kita diminta untuk sign satu kertas tanda persetujuan untuk menjadi duta kepada produk mereka. Mereka kata dalam masa sebulan wartawan akan call untuk bertanya tentang produk ni.
  4. Kemudian kad yang tertulis special gift ni akan di'scan' untuk mengetahui hadiah apa yang kita menang. Contohnya kereta persona. Paling rendah nilai hadiah adalah rm6000. Tetapi semasa kita dapat hadiah tu, kita perlu bayar rm3798 sebagai "cukai kerajaan". Kalau dapat kereta atau hadiah-hadiah lain (home theatere set, set dapur masak dll), pemenang KENA BAYAR rm3798. Bagi yang dapat hadiah melancong ke Turkey atau Australia, nilai hadiah pelancongan akan ditukar ke wang tunai kerana kata mereka berikutan wabak H1N1 ni. Syarikat tak nak tanggung insurans. So nilainya sama ada rm12000, rm8000 atau rm6000. Nilai ni akan ditolak rm3798 sebagai tolak "cukai kerajaan". So kalau dapat barang kena bayar guna duit kita rm3798 semasa dapat barang. Kalau dapat duit, nilainya akan ditolak rm3798, hanya bakinya yang kita dapat.
  5. Oppss sebelum terlupa, mereka cakap hadiah ni adalah tajaan daripada syarikat Pioneer Aliance Enterprise. Kononnya syarikat ini di'rebrand' atas nama Kenko, Shinkawa dan apa lagi aku dah lupa. Dan syarikat yang aku pergi semalam adalah Star Healthcare Sdn. Bhd. wakil kepada syarikat Pioneer Aliance Enterprise bagi mengendalikan cabutan bertuah tu.

Aku turut mencari maklumat tentang syarikat ini. Dan ini yang aku dapat http://welleywatch.heritage-tech.net/17/glotron-marketing-latest-scam-subsidiary-of-welley-corporation/

So beringat-ingatlah kawan-kawan sekalian. Lepas ni kalau ada orang suruh buka kad apa-apa untuk menang cabutan bertuah jangan percaya. Dunia ni mana ada benda free. Semuanya berbayar. So orang guna taktik ni untuk mengaburi diri kita yang selalunya cuai dan leka. Untuk diri aku, syukur kerana tiada apa-apa yang terjadi. Aku benar-benar bersyukur. Dan untuk Hubby You Are My Superhero...

Monday, August 10, 2009

Tahniah Sina dan Aina



Entry ni sepatutnya dibuat lebih awal tetapi banyak sangat kekangan. Ok dengan rasminya aku nk bgtau, aku telah menjadi mak ngah comel buat kali ke-5 pada 1 Ogos 2009 yang lepas. Anak sulung adik lelaki sulung aku. Hehehhe..alhamdulillah syukur, bertambah besar keluarga Tok Ayah dan Maktuk. Izzatul Arissa binti Mohd. Sina Zaki. Manakala mamanya bernama Siti Nurul Aina. Comel betul anak mereka ni. Moga Arissa menjadi anak yang solehah. Tahun ni Muhammad jadi ketua, Siti Khadijah dan Arissa jadi pembantu :D
Sila klik Arissa untuk tahu kisah selanjutnya tentang baby comel ini.

Monday, August 3, 2009

Saringan



Hari ni pelajar lama mendaftar. Lama tak dengar hiruk-pikuk suara pelajar. Pertama sekali pelajar-pelajar yang disyaki mengalami demam kena buat ujian saringan H1N1 kat dewan. Ramai juga pelajar kulihat beratur sambil memakai topeng hidung (topeng hidung or muka?). Kemudian pukul 10.30 pagi, aku bertugas untuk kerja-kerja pendaftaran pelajar. Uishhh...kat dalam dewan besar tu dah umpama hospital. Para petugas (pensyarah, dan staf) dan pelajar-pelajar semuanya memakai mask. Aku rasa diri macam doktor dan pelajar umpama pesakit. Lemas rupanya pakai mask ni.

Saturday, August 1, 2009

Mimpi


Malam tadi aku mimpi yang menakutkan. Pukul 3 lebih pagi aku terjaga, dalam keadaan berdebar-debar. Betul-betul macam kena kejar hantu. Mimpi pelik ni bercampur pula dengan mimpi ayah dan adik aku Qaril. Memang pelik betul cerita mimpi ni. Hubby pula tertanya-tanya kenapa aku terjaga, takut aku sakit/demam. Maklumlah aku ni mana la pernah tidur x nyenyak kecuali yang nyenyak-nyenyak saja. So at last aku tidur dengan pegang tangan Hubby. Takut punya pasal.

Minggu lepas aku mimpi perkara yg menyedihkan. Aku mimpi atuk kesayangan aku meninggal dunia. Sebak aku bila bangun dari tidur. Rupanya pada malam aku mimpi tu, atuk aku di KL jatuh kerusi, dan berdarah di kepala. Hmmm memang sedih bila dengar maktuk aku cerita pasal atuk. Alhamdulillah tiada perkara buruk berlaku.

Mimpi lain yang pernah aku alami adalah mimpi ular. Hahahahaha...mimpi ni berlaku sebelum aku nak kawin. Hahahahaha gelak besar lg. Ular besar warna hitam. Eiiii memang menakutkan. Yang peliknya, lepas kawin tak ada pulak aku mimpi ular lagi hahahhahaha....

Mimpi lain, aku rasa aku pernah cerita dalam entri yang lepas (tak ingat bila) tentang aku ni hanyalah anak angkat dalam keluarga aku. Ibu bapa sebenar aku adalah orang cina. Mimpi ini berulang sebanyak 3 kali seingat aku. Mimpi yang sama, tiada tertinggal satu babak pun dari mimpi pertama dan mimpi kali ke-3. Rupa-rupanya aku berkahwin dengan orang cina. Dan semestinya MIL dan FIL aku adalah cina. Besar sungguh kekuasaan Allah. Petunjuk yang diberikan secara tidak langsung melalui mimpi ini. Tetapi masa aku mimpi ini, aku memang takut la kalau benar aku ni bukan anak mak ayah aku. Merepek pulak aku ni.

Pernah juga aku bermimpi (macam-macam mimpi) tetapi kadang-kadang perkara yang dimimpikan ni seakan menjadi kenyataan. Kadang-kadang bila berlaku sesuatu perkara aku seakan pernah mengalaminya. Dan bila diingat kembali, rupanya aku pernah mimpi keadaan/situasi tertentu. Ntah la, mimpi ni hanyalah mainan tidur saja. Agaknya aku terlupa membaca doa tidur dan membasuh kaki. Dan mungkin juga dari cerita yang aku tonton di tv langsung membawa ke alam mimpi. Dan mungkin juga aku ni memang kuat bermimpi. Heeee...

Friday, July 31, 2009

Award dr Rehan



Untuk Rehan, sori lambat tepek award ni dalam blog aku. Moga persahabatan kita kekal selamanya..

Monday, July 27, 2009

Hari yang memenatkan

Mulai semalam bermulalah hari yang memenatkan dalam hidup aku dan Hubby sebelum datang hari yang membahagiakan (Aminn). Alhamdulillah Mak, Ayah dan MIL dah datang menjenguk rumah kami yang comel tu. Untuk pengetahuan aku dan Hubby masih belum berpindah ke rumah baru, tetapi sesi mencuci dan meng"check" rumah sedang giat dilakasanakan. Semalam sahaja, aku dan Hubby bertungkus-lumus mengelap lantai dan mencuci tandas. Tujuannya untuk mencari defect sebelum sebarang renovation dilakukan. Dan hasilnya amat memberangsangkan. Kami dapati hampir kesemua mozek dipasang tidak sekata. Ada tinggi ada rendah. Kami dah mark mozek-mozek berkenaan. Tandas pula, alhamdulillah setelah hampir seminggu aku takungkan air dalam tandas tu, tidak ada tanda-tanda bocor ke tingkat bawah. Cuma penutup mangkuk tandas itu senget (ke memang direka untuk senget..?). Hubby telah mengambil gambar semua kecacatan yang telah berjaya dikesan untuk dimajukan kepada developer.

Ironhide di hadapan rumah =)

Perbincangan dengan tokei untuk buat renovation rumah pun telah dilakukan. Rumput tebal yang hidup subur di kawasan rumah telah dibersihkan oleh pekerja Hubby. Lawatan ke kedai-kedai perabot juga telah dilakukan. Begitu juga lawatan ke kedai peralatan elektrik dan kedai lampu. Hmmm payah juga rupanya. Penelitian harga giat dilakukan agar tidak tertipu dengan harga dan kualiti barang. Penat betul. Tapi kami berpuas hati kerana usaha ini kami lakukan bersama-sama. Moga usaha kami ini diberkati Allah. Dan moga selepas kami berpindah ke rumah baru nanti (bila tarikhnya tidak dapat dipastikan lagi), kami dikurniakan zuriat pula. Allah lebih mengetahui. Syukur dengan kurniaanMu Ya Allah.

Bilik tidur kami. Suka dengan tingkap ni.

Boleh nampak taman permainan dari tingkap bilik tidur kami. Taman permainan ini betul-betul depan rumah.


Rumput tebal ini dah tidak ada lagi :D

Dapur yang comel. Di sinilah aku akan masak untuk keluarga aku nanti.

Friday, July 24, 2009

Bertuahkah kita? Syukur tak kita?

Semalam aku dan Hubby pegi makan malam kat kedai mamak. Makan lewat malam. Semuanya gara-gara aku kata lama tak makan maggi (memang terlalu lama tak makan maggi). Pukul 11 lebih malam, dalam perjalanan balik ke PG, Hubby kata nak singgah makan kat kedai mamak kat Seri Alam. Nak makan maggi goreng.

Sampai saja di sana, aku order horlick panas sahaja, Hubby pun order minuman yang sama dan juga maggi goreng ayam. Semasa menanti maggi goreng sampai, ada budak (aku gelar A)menghantar otak-otak atas meja. Hubby tanya nak makan tak. Tapi aku yang masih kekenyangan cuma menggelengkan kepala. Tak lama selepas makanan sampai, aku dan Hubby melayan makanan dan minuman masing-masing sambil mata melihat TV besar. Tayangan bola sepak (tak ingat pasukan apa).

Kemudian lalu seorang budak lelaki (aku gelar B), aku kira berumur dalam lingkungan 10-12 tahun membawa beg balik kampung yang digalas belakang. Di tangannya ada beberapa kotak permainan. Dia pergi dari satu meja ke satu meja cuba untuk menjual permainan tersebut. Sampai pada satu meja sekelompok remaja baru lepas bermain futsal (dalam lingkungan 20-an aku pasti), B tersebut masih mencuba nasib. Tetapi agak sedih kerana ada seorang remaja yang agak "kurang ajar" percakapannya menjerit dan mengatakan "semalamkan aku dah beli!"...B terus berlalu dari meja remaja-remaja tadi. Mungkin malu tetapi kuatnya semangat untuk mencari duit, B pergi pula ke meja kelompok veteran (3 orang semuanya). Aku tak pasti butir bicara pakcik-pakcik tadi, tetapi setiap seorang aku lihat membeli permainan yang dijual oleh B.

Aku tak membeli? Memang aku tidak membeli kerana B tidak singgah ke meja aku. Mungkin kerana meja aku bersebelahan dengan meja remaja-remaja tadi. Tetapi dalam kelompok remaja itu, aku lihat ada seorang di antara mereka yang menegur rakannya yang menempelak B. "Ko ni tak baik buat budak tu macam tu"...Dalam hati aku hendak tengok juga kotak bersinar yang B itu jual...

Berbalik pada otak-otak yang tidak disentuh oleh aku dan suami. A datang ke meja kami. Bertanya sama ada aku hendak makan atau tidak otak-otak itu. Aku hanya menggeleng kepala. A senyum mengucapkan terima kasih dan mengambil kembali bekas otak-otak itu. Tiada masam muka, tetapi senyuman yang diberi.

Teringat aku pada adik-adik aku kat rumah. Musim buah ini, adik-adik aku membantu Ayah menjual buah-buahan. Duit hasil jualan akan diagih-agihkan di antara mereka. Begitu juga kalau ada orang yang datang makan buah di rumah, duit yang tetamu hulur itu Ayah akan beri kepada adik-adik aku yang menolong memetik buah-buahan utk santapan tetamu. Rezeki mereka. Mak pula menggunakan sistem point bagi adik-adik yang mempunyai niat untuk membeli barang mereka. Contohnya Opi, hendak membeli kasut kuliah yang harganya pasti ratusan ringgit (adik-adik aku memang high taste walau masih belajar). Tetapi Mak bukan mudah untuk menghulur duit begitu sahaja. Ada tugas yang perlu dilakukan bagi mendapatkannya. Setiap kerja rumah yang dilakukan oleh Opi diberi markah 1 bagi tugas mudah dan mungkin besar lagi markah sekiranya tugasnya agak berat (contohnya mengecat dapur). Dan akhirnya Opi berjaya membeli kasut yang diidamkan. Namun adik-adik aku dikira beruntung/bertuah kerana tidak perlu mengeluarkan modal sendiri untuk mencari duit berbanding A dan B. Namun apa yang penting di sini bukan tuah atau untung yang kita dapat, tetapi bersyukur tak kita atas segalanya yang kita perolehi daripada-Nya.

Aku kira diriku dan adik-adik cukup bertuah dalam serba serbi. Tetapi bagi diri aku ini, masih kurang syukur kepada-Nya. Ya Allah! Aku bersyukur atas segala rahmatMu. Syukur pada-Mu Ya Allah. Ampunilah diriku, kedua ibu bapaku, keluargaku, suamiku. Syukur padaMu Ya Allah.

Sunday, July 5, 2009

Khadijah dan Muhammad




Apa la yang dibualkan oleh dua sepupu ini...

Kursus Masak

Jumaat (3 hb Julai 2009) aku dgn bangganya berjaya mengikuti kursus membuat pizza, donut n muffin pisang. Kursus satu hari suntuk (9.00 pg - 5.00 ptg) ini mmg memenatkan tapi mmg seronok. Ada tips dan teknik tertentu dalam membuat 3 jenis masakan ni. Dan yang lebih best sebab dari satu doh yang sama boleh buat donut n piza. Cikgu cakap lagi, doh ini juga boleh buat burger malaysia (ala pau sambal tu) atau charkoi, atau roti inti kacang merah tu. Yuran rm30 itu mmg berbaloi sungguh. Dapat ilmu, dapat resepi, dapat "tapau" segala yang dimasak bersama-sama ahli kumpulan (3 orang sekumpulan) dan dapat sijil lagi. Jangan tak percaya. hehehehe

InsyaAllah nanti kalau ada masa aku akan cuba lagi apa yang telah pelajari dari kursus ini. Masak untuk Hubby kesayangan. Gambar yang sempat aku ambil hanyalah donut saje sebab muffin dan piza telah selamat ditapau...




Thursday, June 25, 2009

Tahniah Didi










Tanggal 21hb Jun 2009, aku sekali lagi menjadi mak ngah buat kali ke-4. Alhamdulillah. Bertambah lagi keluarga Tok Ayah dan Maktuk. Ini adalah anak pertama bagi adik aku Mardiah aka Didi dan suaminya Din. Muhammad Al-Fateh seberat 3.2 kg semasa dilahirkan. Lahir secara normal. Alhamdulillah dan syukur sekali lagi kerana adik aku dan anaknya sihat. Tiada komplikasi pada baby ini cuma Didi kena tahan selama 3 hari di wad. Ada sedikit masalah pada Didi. Tapi syukur, Didi dah pulih cuma perlu berjumpa doktor lagi 2 minggu untuk tujuan pemeriksaan.

Ok baby Muhammad ini (ibu dia kata panggil Muhammad), merupakan cucu lelaki ke-3 dalam Keluarga M ini. Jadi lepas ini Umar dan Mush'ab dah boleh mula build up team bola sebab keluarga Tok Ayah dan Maktuk akan bertambah lagi. heheheh...dan pengurusnya adalah mak ngah kekekeke... Buat Didi dan Din, tahniah sekali lagi. Dan buat Muhammad, moga menjadi anak yang soleh.

Sebelum terlupa, ada satu lagi gambar untuk dikongsi bersama. Siti Khadijah bt. Abdul Majeed ( 9hb Jun 2009) dan juga Muhammad Al-Fateh bin Asharuddin (21hb Jun 2009). Sepupu yang lahir di bulan yang sama.




Posted by Picasa

Monday, June 22, 2009

33



19 Jun 2009 genap 33 tahun usia Hubby aku. Tiada hadiah yang dapat aku hadiahkan kepada Hubby kecuali sebiji kek. Tapi kek itu pun Hubby yang tolong tempah. Aku cuma hulur duit je. Namun begitu sambutan hari jadi Hubby kali ni aku rasa lebih bermakna buat Hubby kerana mak dia aka MIL aku ada di sini. Sebenarnya hadiah hari jadi Hubby aku dah bagi lama. Seingat aku pada bulan Mac tahun ini. Hadiahnya berupa GPS, yang dah lama Hubby idamkan. Tapi hadiah itu pun bukan aku yang pilih sebab Hubby pesan pada kawan dia.Dan tugas penting aku adalah menghulur duit juga.

Jadi di kesempatan ini aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Jadi ke-33 buat Hubby. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Moga kasih sayang kita makin erat dan rapat". Sayang Hubby


p/s: Sayang, i ada beli satu buku untuk u. I harap u dapat baca buku tu. Buku tu ada dalam susunan buku-buku yang kita beli bersama tempoh hari. Sayang u....
Posted by Picasa

Friday, June 12, 2009

Tanya Sama Hati..

Sementara menanti Hubby balik dari bermain badminton, aku sempat mencari lagu kesukaan aku masa kecil dahulu.

Aku mahu jadi baik

Salam semua...Aku mahu jadi baik. Tak mahu nakal-nakal lagi...

Tuesday, June 9, 2009

Tahniah Iting..



Hari ini aku mendapat anak sedara baru. Anak sedara perempuan pertama bg keluarga Tok Ayah dan Maktuk. Baby ni belum ada nama. Di sini aku masukkan sekali gambar ibu dia Marlia dan abang sulung Mush'ab Umayr. Hehehe...Tak tau apa reaksi Mush'ab bila tgk adik dia ni. Gambar baby berbalut kain pink tu adalah Mush'ab masa dia baru lahir. Gambar baby berbalut kain putih comel tu adalah baby baru tu. Hmmm tak sabar nak balik rmh tgk anak-anak sedara comel ini. Moga kalian menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Maaf la, gambar Abi adik-beradik ni takde pulak dalam simpanan. Nanti ada aku update lagi.
Buat anak sedara mak ngah yang bermata bulat berambut kerinting comel ini, Mush'ab jangan nakal tau. Mush'ab dah besar, kena jaga ibu, abi dan adik elok-elok. Jangan jeles dengan adik tau. Sayang adik tau...



Free Signature Generator


Monday, June 8, 2009

Bekerja tapi tidak bekerja

Hari ini hari pertama bekerja selepas cuti seminggu. Sampai opis, perkara pertama yang dilakukan adalah mencari surat-surat atau memo atau apa-apa pesanan penting. Hmmm ada 1 surat panggilan untuk kursus awal Julai nanti dan juga slip gaji. Kemudian pegi breakfast. Usai breakfast..toleh kiri toleh kanan, tak ramai orang kat opis sebab ramai yang kena pegi kursus. Opis kosong. Student takde. KJ meeting. Aku? Hmmmm kebosanan betul. Ha! hari tu aku ada bercerita pasal kena mengajar semester pendekkan? Aku tak jadi mengajar. Bukan kehendak aku. Jumaat 2 minggu lepas, KJ maklumkan pensyarah jabatan lain take over kelas aku tu. So secara official aku tak mengajarlah. Baru hari pertama aku dah kebosanan, nak start cari isi mengajar untuk sem depan takde silibus pulak. Huuu jadinya aku bekerja sambil melahu...Opis dilanda geruda




Free Signature Generator

Friday, June 5, 2009

Hubby Busy :(

Hubby makin busy dengan blog dia. Dia busy menceriakan blog dia. Dari pagi sampai ke malam dengan blog dia. Selagi tak dapat apa yang diidamkan, maka selagi itu dia akan mengadap blog dia. Dia kata dia nak 'launching' blog dia pada hari lahir dia nanti. Hmmm...aku harap apa yang diidamkan Hubby untuk blog kesayangan dia tu dapat diselesaikan dengan cepat. Sebab aku nak Hubby aku semula....

Thursday, May 28, 2009

Berkira-kira...Aku Pasti

Semalam ketika kaki baru mula melangkah ronggeng ke Kompleks Pasir Gudang, tiba-tiba aku mendapat panggilan daripada KJ. "Marriatyi awak kat mana? Jumpa saya sekarang." Aku pulak laju je menjawab "Saya tengah makan Puan." Dalam hati aku berdoa agar KJ aku tak mendengar ngauman bunyi lagu-lagu di komplek tu. "Lama lagi ke awak makan?" Laju lagi aku jawab " Tak lama Puan". "Rasanya dalam berapa minit lagi awak boleh sampai?" Hah...lagi laju aku menjawab "10 minit Puan." Berdesup aku dan 2 lagi kawan aku masuk semula ke dalam kereta. Dan tepat 10 minit aku sudah tercongok kat depan KJ.

Aku sangkakan KJ hendak membincangkan mengenai MQA, rupanya dia punya hasrat lain. Dia bertanya sama ada aku sanggup atau tidak untuk mengajar semester pendek (bermula minggu hadapan selama 7 minggu). Dan subjek yang aku kena ajar adalah subjek matematik. Hati aku sebenarnya teragak-agak untuk menerima hasrat KJ aku ni. Tapi aku tidak punya alasan untuk menolak. Lagi pun dalam pemikiran aku, apa salahnya aku mengajar semester pendek ini. 7 jam seminggu selama 7 minggu. Jika semester biasa aku boleh mengajar sehingga 16 jam kredit, jadi apa salahnya aku mengajar 7 jam sahaja. Bukan tidak ada kerja lain yang menunggu aku sepanjang cuti semester ini, tapi aku rasa tidak salah untuk aku terus berbakti selagi aku mampu. Tiada imbuhan tambahan diberikan cuma aku rasakan itu tanggungjawab aku untuk terus cuba memberi yang terbaik. Maka penutup pada perjumpaan TERGEMPAR dengan KJ itu adalah aku menerima sahaja permintaan KJ aku tu.

Petang selepas perjumpaan dengan KJ, aku dipanggil oleh kakak-kakak senior (macam buat salah besar je). Mereka tanya kenapa aku terima untuk mengajar semester pendek tu. Dan macam-macam lagi. Pendirian aku hampir goyah juga bila mendengar macam-macam cerita daripada mereka, tetapi aku betulkan semula niat. Niat aku bekerja ini adalah untuk mendidik. Itu saja. Dan lagi aku rasa tidak salah untuk aku menerima untuk mengajar. Dan tidak terlintas langsung di hati aku untuk membodek KJ aku tu. Nauzubillah...biarlah apa orang nak kata. Yang penting aku tahu diri aku.

Pagi tadi, semasa sampai di pejabat, aku bersaing dengan seorang lagi rakan sekerja. Sekali lagi dia bertanya kenapa aku tidak menolak sahaja hasrat KJ tu. Dan macam-macam cerita lagi. "Nanti k maity tak busy ke cuti sem ni?" Sambil senyum aku menjawab kat kawan aku ni "Ntahlah, kita pun tak tahu lagi masa depan (masa semester pendek itu) kita." Terus kawan aku ni senyap. Aku malas hendak melayan lagi. Biarlah mulut-mulut itu terus berkata-kata.

Lebih menarik lagi, aku terserempak dengan KJ selepas makan pagi. KJ tanya sama ada kakak tuttttt (nama dirahsiakan) ada bercerita apa-apa tak. Aku secara jujur mengatakan "Ya ada." Tidak mahu menipu. Lantas KJ terus cakap "Maity jangan salah sangka. Saya hanya fikir tentang students jabatan saya." Saya menjawab "Puan, saya tidak ada masalah dan saya tidak fikir pun mengenai apa yang mereka cakap." Benar aku ikhlas.

Menurut Abu Yaala; “Apabila pemerintah telah melaksanakan tanggungjawabnya terhadap umat, maka wajiblah ke atas umat terhadap pemerintah dua perkara; taat dan menolong pemerintah dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
“Taatilah kepada pemerintah kamu bagaimanapun keadaannya sekiranya mereka memerintahkan kamu dengan perintah yang sesuai dengan ajaranKu, maka mereka akan diberi pahala dan kamu juga akan diberi pahala kerana mentaati mereka; sekiranya mereka memerintah kamu dengan perintah yang tidak sesuai dengan ajaranKu, maka dosanya ditanggung oleh mereka dan kamu terselamat dari dosa”. (Riwayat Al-Tabari).

Tuesday, May 26, 2009

Jemput masuk...

Kawan-kawan, saya ingin menjemput kawan-kawan menjenguk ke blog Ayah kesayangan saya... http://dindingkacamorsin.blogspot.com/

Dalam blog ini, Ayah saya menceritakan kisah hidup dia, dan juga sedikit ilmu (sedikit?...) yang saya rasa sangat berguna. Dan terus terang saya nyatakan di sini, Ayah selalu menceritakan kisah hidup dia kepada kami adik-beradik, tetapi tidak selengkap ini. Dan saya sendiri malu pada diri kerana banyak nama cikgu sekolah saya yang sudah lupa (buat-buat lupa, atau memang tidak ambil pusing).

Moga dengan kehadiran kawan-kawan sekalian akan menggembirakan Ayah. Dan percayalah komen kawan-kawan sekalian amat Ayah hargai. Ini kerana pernah Ayah menelefon saya setelah membaca komen saya dari blog Ayah. Ayah amat gembira dan terharu. Dan lagi Ayah akan menelefon saya mengatakan bilangan pengunjung blog Ayah sudah bertambah. Gembira Ayah gembiralah saya. Dan lagi, setiap kali saya balik ke kampung Ayah seakan ceria menceritakan idea-idea dan cerita-cerita yang Ayah akan tulis di dalam blog Ayah. Ini kerana, dalam keluarga hanya saya seorang mempunyai blog (dan juga Hubby kesayangan.. :D ). Mungkin ini salah satu daripada cara untuk aku menggembirakan hati Ayah dengan menwar-warkan blog kesayangan dia. Saya tidak pandai menunjukkan kasih sayang kepada Ayah, tapi saya mahu kawan-kawan berkongsi segala kasih sayang Ayah kepada saya.

Buat Ayah, terima kasih banyak-banyak. Maity sayang Ayah...

Monday, May 25, 2009

Berubah...

Hati sebenarnya hendak menulis banyak perkara. Tapi tak tahu nak mula menulis dari mana. Bila dah tak tahu hendak menulis dari mana, mulalah rasa malas bermaharajalela.

Ada peristiwa menarik berlaku. Semuanya berkaitan dengan blog aku.....heheheh...Malam tu kat rumah mak. Tengah malam, aku dah lena nyenyak. Bila aku terjaga, hubby masih di depan pc dia. Kemudian dia terus cakap "Sayang i dah tambah column visitors dalam blog u". Aku dalam mengantuk, bertukar jadi ceria. Kemudian Hubby tanya password blog ayah sebab lama ayah menyuruh aku menambah column visitors tu. Ye la, ayah hendak tengok berapa ramai yang telah menjengah blog dia. Tapi aku cakap tak tahu...dia kata "tak pe la, nanti kita buat esok". Lepas tu aku sambung tidur.

Keesokan paginya, awal lagi Hubby minta maaf. Aku tanya kenapa. Hubby kata dia dah ubah blog aku. Aku tanya dia ubah apa? Dia kata u tengoklah sendiri. Aku tak la rasa apa-apa yang pelik. Tapi petang tu, bila aku berkesempatan untuk membuka blog aku, waaaaaaaa, blog aku dah berubah warna, dan kedudukan gadget aku semua telah dialihkan dari kiri ke kanan. waaaaaa...hubby kat sebelah siap cakap sori banyak kali. Rupanya Hubby tengah cuba untuk mencipta blog dia sendiri. Dan blog aku dijadikan bahan ujikaji dia. Hahahahaha...sempat jugak Hubby cakap "Rupanya senang je ye nak buat blog. Nanti u add i tau dalam blog u"

Setakat semalam blog Hubby belum ada isi penulisan. Dia sibuk memenuhkan blog dia dengan pelbagai gadget. Hubby siap cakap " Lepas ni u boleh refer kat blog i kalau nak tahu harga minyak naik ke tak (Hubby letak gadget oil crude)". Hehehe...suka pulak aku tengok Hubby beria-ia mencantikkan blog dia itu. Dan sempat jugak aku menasihati Hubby, " U jangan letak banyak sangat gadget nanti lambat nk load blog u tu". Dan aku cuba ubah blog aku untuk kembali ke rupa asal, tapi tidak berjaya. Tak pe la...bertukar pun bertukar la...

Thursday, May 21, 2009

Tag dari Rehan..(lagi...)

Lama dh blog aku ni sunyi sepi tanpa berita. So nak bagi meriah sikit, inilah hasilnya. Pengumpulan tag dari Rehan yang rajin mengetag aku...

1) 3 name in your inbox cellphone
i. K Jah bekas tuan rumah sewa aku dulu
ii. Sherin (eh macam mana sherin boleh bertuah pulak masuk dlm list ni? )
iii. Kakak tuuttttt...(nama dirahsiakan), bagi yang mengikuti hal ehwal semasa aku, mesti korang dapat teka siapa dia nih...

2)Your main ringtone?
Nebulosa - Sony Ericsson ring tone

3)What u did at 12 last night?
Tido la apa lagi

4)Who was the last person you went out with?Where?
My Darling la...Hubby kesayangan. Where? JJ Tebrau tgk wayang

5) The color of the t-shirt you're wearing? Now?
Baju batik la, mana ada t-shirt time keje ni oiii...hari ini khamis so pakai la baju batik kaler purple

6) The last thing u did?
Korek blog kawan-kawan dan tengok mana yang boleh digunakan untuk updet blog ni. So ini lah hasilnya...Tag dari Rehan (lagi...)

7) 3 of your everyday favorite items
i.handphone
ii. Laptop dan maxis broadband
iii. Pen Hitam

8) The color of your bedroom?
cream

9) How much money in your wallet now?
rm46.70 heheheh...

10) How's life?
Alhamdulilah..

11) Your favorite song?
Tak ade

12) What will you do next weekend?
Balik kampung ooooo balik kampung

13) When was the last time you saw your mom?
2 minggu lepas

14) Where is she now?
Kat rumah kot baru balik sekolah

15) When was the last time you talked to your parents?
2 hari lepas...

16) Who is the last person that texted you?
K Jah x-tuan rumah sewa

17) Where did you have dinner last night?
kat rumah la. I dah start masak tau.

18) The last surprise you got?
Jap nak fikir...ha..headphone dari Hubby

19) Last thing you borrowed from your friend?
Ni pun kena fikir lagi...oo stapler, dan dah pulangkan pun

20) Who is your BF/GF or Husband/wife?
My Hubby la..My Darling Laling----> En. Danial Hafiz Ling b. Abdullah

21) What do you feel now?
Lapar la pulak...

22) Wanna share with who?
Korang-korang yang tengah baca blog ni

23) Who knows your secret?
My Hubby la of course

24) They keep your secret?
Of course

25) Are you angry with someone?
Ada. Tengah menyampah dengan seseorang

27) The last time you felt so sad?
Tak ingat la..

28) Mahu tag?-
Tak mahu la..sebab geng yang aku nak tag ni semua telah menjalankan tanggungjawab dia...

-----------------------
1) Nama timangan
Maity, Mar, Mity...Sayang (ehem...)
2) Anda seorang yang...c
Kelakar, mudah menangis, sensitif dan kadang-kadang blur
3) Insan istimewa dan kenapa dia teramat istimewa...
Hubby la siapa lagi..
4) Lagu kesukaan sekarang...?
Permata yang dicari-Dehearty
5) Warna kegemaran...
Biru Hijau dan Putih..
6) Benda wajib dalam handbag...?
Purse dan kunci kete serta henpon
7) Kali terakhir nangis...?
Minggu lepas
8) Tag ramai2 rakan anda...
Tak mahu la..sebab geng yang aku nak tag ni semua telah menjalankan tanggungjawab dia...
---------------------
...10 Facts About Me...
1. Manja
2. Moody
3. Pemalas
4.Sensitif
5. Good Listener
6. Suka tidur
7. Mudah lembut hati
8.Tak suka bagi orang menangis
9. Takut jumpa doktor
10.Kedekut untuk beli barang untuk diri sendiri tetapi tak pada Hubby..

--------------------

1. Apakah perkataan pertama sekali anda ucapkan kepada si dia dan kemudian menjadi suami anda.
Tak ingat la...tp sekarang memang cakap Assalamualaikum dulu

2. Sila berikan dua contoh alat-alat atau sumber yang anda gunakan atau lakukan untuk memudahkan kerja anda. Tak kisahlah apa alat atau sumber sekali pun asal boleh diaplikasikan.
a) Membuka pintu rumah atau kereta –
Kunci rumah, kad atm (kisah benar ni) dan penyangkut baju (juga kisah benar)
b) Mencucuk plug soket –
Penutup pen atau kunci kereta
c) Simpan air minuman –
Tumbler jenama tupperware ahaks...
d) Ketika blackout –
Lilin / torchlight dan lampu pada henpon
e) Meluahkan rasa hati –
luah pada Hubby dan kawan tetingkap
f) Siang ikan –
pisau / gunting
g) Susah hendak buang air besar –
Minum air, makan buah atau minum vitagen
h) Di mana anda simpankan dokumen penting –
dalam fail pastu letak dalam kotak. senang nak angkut kalau ade kecemasan
i) Katakan ribut melanda dan pakaian anda melayang sama, apa yang patut anda tutup bagi mengelak rasa malu
Tutup muka, alamak nk tutup tut jugak, che me pan?
j) Apa yang anda guna untuk potong kuku –
pengetip kuku /gunting dan kadang-kadang gigit je la kuku tu
k) Melihat waktu –
jam hp/ jam tangan
l) Kalau badan terasa panas –
mandi / minum
m) Ternampak pencuri –
Lari selamatkan diri pastu baru la call polis
n) Kalau terjumpa duit RM50.00 dalam longkang yang dalam, bagaimana anda ingin mengambilnya –
Suruh Hubby masuk longkang tolong ambil ok x? hehehe
o) Soalan akhir masa tidur apa yang anda suka peluk?
Hubby la sape lagi

Trima kasih kerana anda seorang yang penyabar dalam memberi keterangan anda. Sila tag soalan ini kepada rakan-rakan anda apa mereka kata.Nak tag siapa, ya?
Tak mahu la..sebab geng yang aku nak tag ni semua telah menjalankan tanggungjawab dia...

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat mak yang tersayang, pada adik saya yg telah dan akan bergelar ibu, pada kawan-kawan kesayangan. Moga kalian dilimpahi rahmat oleh Allah s.w.t.

Buat mak (kalau mak berkesempatan membaca bingkisan maity ni), mak adalah mak yang terbaik buat diri maity. Membesarkan maity dan adik-beradik lain. Halalkan masa 9 bulan 10 hari mak mengandungkan maity, halalkan waktu mak berjaga malam dan siang untuk menjaga maity. Halalkan air susu mak untuk mengenyangkan maity. Halalkan peluh dan keringat serta air mata mak untuk membesarkan maity. Tak terbalas segala jerit perih mak membesarkan maity. Halalkan senyum dan tawa mak untuk maity. Halalkan segalanya ya mak. Sayang mak. Sayang mak sangat.

Buat MIL, wo ai ni. Tak tau nk terjemahkan kebaikan ma pada saya, terutama semasa saya sakit dulu.

Buat Kak Jaja, Iting, Didi dan Aina, tahniah kerana anda terpilih untuk menjadi ibu/ bakal ibu. Besar pahala membesarkan anak-anak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang.

Buat kawan-kawan yang telah bergelar ibu (Qim, Mai, Sam, Rehan, Teja, Sherin, Asmah, Ida dan rakan-rakan lain [maaf jika saya tidak menyebut nama anda]). Sayang kalian. Moga kalian menjadi ibu yang solehah.

Buat Ogy, Awa, Lily, Tj, Da Sao dan diri saya sendiri, Selamat Hari Ibu juga diucapkan. Kalian dan aku adalah Ibu sedara. Jadi ucapan ini masih relevan untuk kita semua.

Di sini saya nak kongsi satu klip video yang dipaparkan pada kuliah Jumaat yang baru lepas. Moga kita semua tidak melupakan jasa mak dan ayah kita. Dan moga kita semua beroleh rahmat dari-Nya. Amin..

Monday, April 27, 2009

Tak malu...

Dalam perjalanan pulang ke PG semalam, aku sempat berfikir. Berfikir? Muhasabah diri?
Hubby di sebelah tekun memandu. Aku di sebelah tekun berangan. Dalam pada berangan-angan, terselinap satu perasaan. Bersyukurkah aku? Semuanya bermula dari sembang-sembang aku dan mak serta adik-adik aku pada hujung minggu lepas. Antara perbualan yang aku masih ingat:


Ulum: Mak, tahun ni kak jaja balik raya dengan kita kan?
Mak: Aa...tahun ni iting, didi dan sina beraya rumah mertua. Tinggal maity n kak jaja je ade.
Aku: Tahun ni aku n kak jaja je ada. Tahun depan aku, iting, didi dan sina je ada. Tahun lagi satu, aku dan kak jaja je ada. So setiap tahun aku adalah penunggu tetap rumah mak. (dengan nada bangga...)

Mak: (senyum je..)

Sepanjang perjalanan ke PG, rangkap perbualan itu yang bermain di dalam minda. Syukur aku dapat meraikan hari raya bersama keluarga. Tak perlu berebut atau bermasam muka dalam menentukan di mana tempat hendak beraya. Sedari kecil lagi, aku memasang angan-angan dan berdoa agar bila aku besar nanti setiap kali raya aku hendak balik ke rumah mak dan ayah. Menyambut raya bersama mereka. Sedari kecil lagi aku berangan-angan untuk mempunyai suami berbangsa cina (kecil lagi sudah pandai menggatal). Sedari kecil lagi aku berangan-angan untuk mempunyai rumah yang besar. Dan insyaAllah aku akan punya rumah besar (besar -dalam konteks aku) tidak lama lagi. Sedari kecil lagi aku berangan-angan untuk punya kereta sendiri, supaya aku boleh bebas ke sana ke mari. Sedari kecil lagi aku berangan-angan untuk menjadi seorang pensyarah. Walaupun ia pilihan ke-2 selepas doktor, tapi aku berjaya mencapai cita-cita tersebut. Dan berbagai-bagai angan-angan lagi...

Jika dihitung segala angan-angan aku itu, alhamdulillah aku memperolehi hampir kesemuanya. Cuma lambat atau cepat sahaja. Tapi jika aku hitung amal ibadat aku kepada-Nya, sungguh aku malu. Aku tak malu meminta segala macam angan-angan kepada-Nya. Tapi aku dengan tak malunya masih mengabaikan segala suruhanNya. Allah...
Saat telinga mendengar azan, mata pula masih tercantap di depan tv. Saat tangan mengangkat takbir, otak mula ligat memikirkan apa yang hendak dibuat selepas itu. Saat hati rasa gelisah dengan masalah, pandai pula aku mengadah tangan memohon pertolongan dari-Nya. Tak malu sungguh aku...

"Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah al-Rahman, ayat 36)

Wednesday, April 22, 2009

Daun Kari Seposen (kisah seterusnya..)

Sambungan kisah daun kari seposen...

Hubby: Ni daun ape? (sambil mulut mengunyah daging dan kuis daun kari tu)
Aku: Daun kari la...
Hubby: Betul ke daun kari? Macam mana u tau? (sambil celup roti dalam kuah kari..)
Aku: I tau la. Kan kat rumah mak ada daun kari.
Hubby: ooo. (makin selera makan...)

Ok aku nak tanya kawan-kawan sekalian. Perlu ke tak kita letak daun kari tu? Apa kesan pada kari kalau kita tak letak daun tu...? Hmmm still wonder. Nak cuba sendiri takut tak sedap pulak kari aku.

Tuesday, April 21, 2009

Daun Kari Seposen

Daging...Pagi-pagi lagi aku tanya kawan aku kat mana nak beli daging segar. Hubby nak makan kari/gulai. Tak kisah la daging or ayam. Yang penting kari. Hmmm...lepas bertanya kawan-kawan termasuklah Teja, so tempat pilihan adalah di Kipmart. Berkobar nak membeli daging. Tepat 5 ptg, aku punch card dan terus ke Kipmart.

Sampai saja di sana, perkara pertama yang aku beli semestinya daging la. Ada 2 jenis daging, satu daging beku dan satu lagi daging segar. Dah niat aku dari pagi lagi hendakkan daging segar, maka setengah kilo daging segar bernilai rm7 berjaya aku beli. Alhamdulillah. Misi pertama telah lengkap. Misi seterusnya adalah membeli santan dan juga rempah kari daging. Letak kedai tidak jauh dari tempat daging tadi. Dan lebih memudahkan kedua-dua barang ini dijual di kedai yang sama. Ok, masalah timbul. Nak beli santan yang telah siap diperah atau kelapa mesin? Hmmm...ikut akal pendek aku, aku beli kelapa mesin. So rempah kari 2 peket dan kelapa mesin semua rm2.30. Alhamdulillah misi ke-2 selesai. Misi ke-3 nak cari daun kari. Daun kari ini aku beli dekat kedai sayur. Tokei kedai menunjukkan serumpun daun kari, aku kata nak sikit je. (Sebenarnya dalam hati aku cuma nak minta setangkai daun kari je, tapi malu). Maka, aku pun belilah seranting daun kari. Banyak. Aku tanya berapa harga. Tokei kedai dengan senyum-senyum cakap "Seposen. Seposen tu harga plastik". Nak ketawa aku dengar. Tapi aku bayar jugak la harga seposen daun kari tu. Alhamdulillah lega. Barang-barang yang diperlukan siap dibeli.

Daun kari seposen.

Balik rumah selesai solat Asar aku pun memulakan perjuangan. NAK MASAK KARI DAGING BUAT HUBBY. Berkobar-kobar. Siap potong daging, tumbuk segala bawang-bawang dan rempah. Tiba saat nak perah kelapa mesin. Tiba-tiba aku rasa pelik, kenapa aku tak beli santan yang siap diperah? Betullah aku pendek akal masa menimbang membeli antara santan siap perah dan kelapa mesin tadi. Hmmm...tapi untuk cover pertimbangan akal pendek tadi, aku pun cakap pada diri " YANG PENTING AIR TANGAN ISTERI". Bersungguh aku memerah santan. Tapi sedih santan yang diperah tidak pekat. Teringat Hubby pernah cakap "Kalau masak kari kuah kena pekat, baru sedap". Nasib baik ada stok kentang. Jadi aku pun kupaslah kentang yang gemuk. Sebiji saja. Tak sampai setengah jam, kari daging aku siap dimasak. Alhamdulillah lega. Sekarang tinggal tunggu Hubby balik kerja untuk makan bersama.
Komen Hubby " SEDAPPPP!! GOOD. Boleh buka kedai lepas ni". Senyum lebar aku mendengarnya. Dan lebih puas bila tengok Hubby hirup kuah kari macam hirup kuah sup. Makan roti cicah kuah kari memang menambat selera. Lega hubby suka. Alhamdulillah....

Monday, April 20, 2009

Hadiah dr Teja dan Kosni

Hari Khamis lepas aku pergi rumah Teja. Ambil muffin, buku Iqra' dan co-go yang aku tempah. Pergi waktu tengahari. Panas. Sampai di rumah Teja, dia dah tunggu di bawah dengan Aleeya. Sian pulak dia. Perjumpaan yang singkat tapi buat hati aku tersentuh. Teja belikan buku Iqra' dan hadiahkan al-Quran untuk Hubby tersayang. Ingat lagi kata-kata Teja "Kosni harap Danial dapat baca al-Quran ni, bila-bila masa". Terima kasih Teja dan Kosni. Moga Allah membalas segala budi yang diberikan dengan rahmat ke atas Teja dan Kosni sekeluarga.

Buat Hubby kesayangan, saya akan cuba mengajar Sayang membaca Iqra' dan al-Quran. Biar lama pun masa diambil saya akan cuba. Kata maktuk jangan dipaksa, ajar perlahan-lahan. Kata kawan-kawan juga jangan dipaksa-paksa, ajar perlahan-lahan. Saya tak paksa sayang untuk terus pandai mengaji al-Quran. Kita cuba perlahan-lahan ye Sayang. Kita kenal huruf al-Quran satu persatu dulu yek. Kemudian bila Sayang sudah kenal huruf kita belajar membaca ye Sayang. Impian saya agar Sayang dapat menghadiahkan sedikit surah buat saya andai saya tiada di bumi ini. Impian saya agar kubur saya sejuk dengan doa Sayang. Impian saya agar Sayang dapat mengajar anak-anak kita (sekiranya ada) dengan bacaan al-Quran agar mereka tidak sesat nanti. Impian saya agar kita punya bekalan di akhirat kelak. Impian saya agar Sayang dan saya kita dapat jumpa di dalam Syurga.

Friday, April 17, 2009

Malu....

Memalukan betul la...hari ni aku telah melakukan perkara yang memalukan diri aku. 17 April 2009, hari ini jabatan aku menjadi penganjur bagi Program Perhimpunan Bulanan Staf. Bagi program ini aku ditugaskan untuk menyediakan "goodie bag" bagi VIP (Pengarah, Timb. Pengarah dan semua Ketua Jabatan). Maklumlah, aku pemegang amanah bagi duit jabatan. Masa diberi untuk menyediakan semua ini hanya 2 hari sahaja. Ketua jabatan aku mahukan mug sebagai salah satu barang di dalam beg comel itu nanti, selain daripada air mineral dan muffin.

Kisah bermula dengan pencarian mug. Kebetulan aku dan hubby pergi ke JJ Tebrau, maka aku pun membeli mug di sana. Pilih punya pilih, dari harga yang murah hingga harga yang mahal. Macam-macam bentuk mug ada. Tapi akhirnya aku memilih mug berharga rm1.50. Murah. Tapi aku suka dengan kaler mug tu. Simple. Selesai bab mug. Muffin pula aku tempah dari Teja. Sebiji rm1.50 (sama dengan harga mug). Air mineral aku beli di Kipmart. Rm 1 sebotol, bag kertas rm0.40 satu, bekas muffin rm0.35 satu. Hmmm lega selesai membeli semua barang.

Sebelum balik dari ofis, aku berjanji dengan seorang kawan aku untuk datang awal kerana belum menggantung tag pada mug. 7.30pagi seperti dijanjikan aku dah sampai di ofis. Aku call kawan aku tu, rupanya dia belum keluar rumah lg. Tengah bersiap. Dah sudah, maka aku perlu cepat membawa turun semua barang di ofis dan membuat kerja-kerja penggantungan tag di dalam kereta. Menggeletar tangan aku sebab acara bermula pukul 8 pagi. Selesai aku gantung tag pada mug, dan memasukkan semua barang dalam beg kertas, kawan aku baru sampai. 7.50pagi bertolak ke dewan. Ramai orang dah sampai. Ketua Jabatan aku dah tercongok depan dewan bersama-sama TP. Hmmm...cepat-cepat aku masuk dan letakkan "goodie bag" di meja VIP.
Huh...lega, semua selesai. Aku boleh rileks...

Selesai majlis, aku pergi sarapan. Pulang ke ofis dengan rasa lapang, tiba-tiba pengerusi Kelab jabatan aku panggil. Tanpa rasa bersalah aku pergi ke tempat dia. Dengan senyuman dia berkata, "Dalam 'goodie bag" tu semua ok kecuali 1". Aku tanya balik "Apa dia?" Dia jawab sambil tersenyum, "Harga mug tak dibuang". Hah......malunya aku. Nak buat macam mana. Perkara dah berlaku. Aku berdoa agar Tuan Pengarah tersenyum bila nampak tanda harga mug yang murah ini.

Ini lah mug tu. Comel tak? RM1.50

Harga dia aku tak buang!!!! ( Dapat tahu pun dari lebihan "goodie bag" yang dibawa balik oleh Pengerusi Kelab Jabatan.

Wednesday, April 15, 2009

Terusik

Hari ini aku ada kelas seperti biasa. Kelas pukul 10.15-12.15. Kelas budak sem 2, diploma. Pelajar dalam kelas 40 orang. Semua pelajar melayu. Dalam 40 orang pelajar ini, ada terselit seorang pelajar OKU. Aku sendiri tidak tahu boleh atau tak aku kategorikan pelajar ini pelajar OKU. Sebabnya pelajar ini cacat bahagian lengan kirinya. Lengan kiri membengkak. Bengkak sangat macam orang ke untut. Tapi untut di kaki. Pelajar ini kena di lengan. Kesian sangat bila melihat pelajar ini menulis. Dia tulis perlahan-lahan. Tulisan dia sangat cantik. Kemas dan teratur. Pelajar lelaki ini kecil saja tubuhnya. Pernah aku tanya dia, bila dia kena sakit tu. Dia kata sejak kecil. Doktor kata sakit saraf lengan. Aku tanya lagi, "tak sakit ke tangan awak tu?"
Dia jawab kadang-kadang sakit. Berdenyut-denyut. Payah sangat aku tengok dia "papah/kendong" lengan dia yang besar tu. Kadang-kadang aku lihat dia tutup lengannya yang membengkak itu dengan tuala kecil. Mungkin masa itu tangan dia sakit sangat. Kasihan sangat.

Tapi apa yang mampu aku lakukan? Untuk membantu memberi markah "kasihan" itu amatlah tidak wajar. Jadi yang mampu aku lakukan ialah aku mengajar "slow" untuk kelas ini. Dan sebolehnya aku cuba untuk memberi latihan tambahan untuk menambah markah pelajar ini. Itu sahaja yang mampu aku lakukan. Pernah juga aku bertanya pada kawan-kawan aku yang lain yang turut mengajar kelas yang sama. Mereka kata pelajar ini tak ada masalah. Cuma bila tiba untuk melakukan "wiring" memang pelajar ini tak mampu untuk melakukannya. Tetapi dalam kelas biasa seboleh-bolehnya pelajar ini cuba untuk melakukan sendiri. Kagum aku dengan pelajar ini.

Namun bukan itu cerita yang aku mahu kongsikan di sini. Apa yang mahu aku kongsikan adalah rakan-rakan yang berada di sekeliling pelajar ini. Aku lihat ada 3 orang pelajar yang rapat dengan pelajar ini. 3 orang pelajar ini sangat prihatin dengan kekurangan rakan mereka ini. Aku lihat rakan-rakannya akan membantu mengemas barang-barang pelajar ini dan memasukkan dalam beg dia. Dalam kelas, mesti ada seorang di antara rakan ber-3 itu menemani pelajar OKU tersebut. Dan hari ini sekali lagi hati aku terusik melihat gelagat mereka.

Hari ini hujan lebat, angin bertiup kencang. Suasana di dalam kelas agak suram sama seperti cuaca di luar. Sedang aku sibuk mengajar, kertas pelajar OKU jatuh ditiup angin. Dia tertunduk-tunduk untuk mengambil kertasnya semula. Rakannya di sebelah cuba mencapai kertas tersebut tapi tidak berjaya. Maka yang mampu dilakukan oleh rakan tersebut hanyalah menekan kerusi pelajar OKU tersebut agar pelajar itu tidak jatuh tersungkur. Rakan tersebut melakukan aksi tersebut sehingga pelajar OKU itu berjaya mengambil kertasnya semula. Peristiwa yang berlaku dalam 2 minit itu betul-betul membuatkan hati aku begitu terusik. Memang benar perbuatan rakannya sungguh mudah, cuma menekan kerusi yang terjungkit itu daripada terbalik. Tapi sekiranya rakannya itu tidak melakukan perbuatan berkenaan, aku sendiri seriau untuk membayangkan apa yang bakal berlaku. Dalam keadaa dhaif, pelajar OKU cuba untuk tidak menyusahkan rakannya, cuba untuk berdikari. Tetapi benar Allah telah hadiahkan dia rakan-rakan yang amat memahami. Kagum aku dengan keakraban mereka. Kalau aku di tempat rakan-rakan pelajar OKU ini, belum tentu aku mampu melakukan semua ini. Dan kalau aku di tempat pelajar OKU ini, belum tentu aku punya semangat yang kental untuk belajar.

Sekali lagi aku menyoal diri sendiri, apa yang mampu aku lakukan untuk pelajar OKU ini. Untuk memberi markah "free' atau meluluskan pelajar ini dengan sewenangnya, itu bukan aku. Dan aku rasa tidak adil untuk aku melakukan perkara sedemikian kepada pelajar tersebut dan rakan-rakan sekelas yang lain. Yang mampu aku lakukan hanyalah aku berdoa agar pelajar ini berjaya. Walau terselit rasa risau melihatkan kemampuan pelajar OKU ini yang agak lemah. Tuhan berilah aku kekuatan dalam mencari rezeki yang halal ini.

Saturday, April 4, 2009

Tag dari Rehan

1)Apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu?
Hidup Ini Indah, kadang-kadang lidah kelu berbicara. Sengaja memilih tajuk ni untuk mencoret segala macam luahan rasa, pendapat, pengalaman, ilmu dan bermacam-macam lagi.

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://www.hidupiniindahmaity.blogspot.com
Memang memilih menamakannya begitu sebab ia coretan dari diri sendiri.

3) Apakah method dalam penulisan blog anda?
Method tu ape? Kaedah macam mana? Contoh ada tak? Tak paham soalan la. Cuma yang pasti tiada kaedah tertentu. Rasa ada sesuatu untuk ditulis dan mungkin dikongsi bersama rakan-rakan maka terhasillah satu entri ke satu entri baru. Yang pasti pelbagai. Tapi masih mengekalkan apa yang berlaku dalam hidup di sepanjang hari perjalanan menuju ke sana.

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?
Tidak. Sebab banyak coretan di sini adalah pengalaman yang paling berharga terutama mengenai orang yang paling disayangi. Kenangan ini kenangan abadi. Perkongsian kenangan paling indah.


5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
Soalan ini ditujukan kepada siapa pemilik blog yang saya akan tag kan? Dari pemahaman saya la..soalan ini agak berbelit. So saya jawab ikut pemahaman saya. Blog kawan-kawan saya ini best kerana banyak ilmu dan panduan secara langsung dan tidak langsung yang saya dapat daripada mereka.

6) Senaraikan calon yang akan di tag: Nak tag brp org?
biasalah tuk geng tetingkap...
1) Qim
2) Teja
3) Sam
4) Awa
dan yang lain-lain la klu anda teringin menjawab...

Thursday, April 2, 2009

Kawan menangis sukar dicari...?




Untuk ke sekian kalinya aku bercerita tentang kawan. Banyak dah entri dalam blog ni aku selitkan tentang kawan-kawan aku. Tapi kali ni aku hendak lebih bercerita kawan-kawan aku dari aku sekolah tadika sampai sekarang. Mungkin entri kali ini panjang dan mungkin juga pendek. Aku cuba ringkaskan yek...

Tadika Kemas Taman Bunga Raya, Setapak, Kuala Lumpur. Dulu aku macam tomboy. Kawan aku adalah sepupu aku yang muda setahun. Lelaki . Aku suka buli dia. Dalam masa yang sama aku rapat dengan ketua kelas. Masih juga lelaki. Nama dia Fuad. Tapi hubungan kawan sampai situ je la sebab habis tadika aku berpindah ke Johor.

Sekolah rendah pertama, aku Sekolah di Sekolah Sri Skudai. Tak lama di sana. Cuma setakat darjah 2 , kemudian aku berpindah di Sekolah Kebangsaan Senai. Semasa di Skudai kawan aku cuma satu je, kawan dari Korea. Nama dia Chiew Song Suk. Berkawan sekejap sebelum di pulang di Korea. Masa tu bapa dia bekerja di UTM. Dia baik orangnya, mak dia dan adik dia pun baik. Tapi sayang aku tak ambil atau simpan sebarang alamat untuk berhubung dengan dia. Di Sekolah Kebanggsaan Senai, aku ramai kawan. Aku paling rapat dengan Maslina Ismail. Memang rapat. Ke mana saja bersama. Habis darjah 6, aku dan Maslina berpisah. Dia sekolah lain aku sekolah lain. Putus hubungan namun tahun lepas aku dapat nombor handphone dia. Aku kontek dia, berbual mesra tapi macam tak selesa. Macam ade blok penghalang. Tak sama line. Isyarat berbeza.

Sekolah menengah, aku bersekolah di Kolej Tunku Ampuan Mariam. Dari tingkatan satu sampai 3. Sekolah ini mengajar aku hidup berdikari (dan jadi lebih manja). Di sana aku rapat dengan insan bernama Rinna Emelia Balqish. Qish tinggi, hitam manis orangnya tapi sangat pandai. Pemurah dan sangat baik hati. Kenangan yang tak boleh aku lupa tentang Qish adalah, masa aku kena darah istihadah. Masa tu aku tingkatan 3, hampir 2 bulan aku kena sakit itu. Nak jadi cerita, sedang aku study bersama-sama Qish, aku 'tembus'. Darah aku bertakung di kerusi di dewan makan. Baju aku jangan cakaplah. Qish menyuruh aku bersihkan diri. Selesai aku bersihkan diri, aku nak bersihkan kerusi tadi. Tapi rupa-rupanya dia dah tolong bersihkan kerusi tadi dan turut mengemop lantai di sepanjang titisan darah yang ada. Kalau diri aku di tempat Qish, belum tentu aku mampu buat apa yang dia buat untuk diri aku.

Seterusnya aku sekolah di Sek.Men.Keb.(A) Bandar Penawar. Di sini aku ramai kawan rapat. Aku anggap rapat tapi tak tahulah mereka. Klik sini untuk tahu siapa mereka. Tapi aku paling ingat dengan Qim sebab aku dan dia selalu bangun lebih awal dari pelajar lain. Bangun pukul 5 pagi, mandi dan solat di dalam dorm. Masa budak-budak lain sibuk pergi solat subuh di surau, aku dan Qim berlenggang pergi ke dewan makan untuk sarapan. Begitulah setiap hari. Budak laki sound kami buat tak layan. Dan paling manis kisah aku, Qim, Aunty Marry (mak Qim) dan pengsan dalam dorm. Kisah paling unik dan paling indah. Setiap kali aku kenang semula kisah tu, pasti aku tersenyum sendiri. Nakal.

Selepas SPM, aku masuk matrikulasi UKM tapi tempat belajar di Kolej Unitek, PJ. Di sini aku rapat dengan budak rumah aku. Sara, Sab, Dina, Ihan, Ida dan Awa. Aku masih berhubung dengan mereka. Terutama Sara. Sara anak tunggal, hitam manis dan punya senyuman paling menawan.

Habis matriks, aku tidak menyambung pengajian di UKM tetapi di ITTHO aka KUiTTHO aka UTHM. Di sini yang menjadi kawan baik aku adalah suami aku sendiri. Selain nama-nama seperti Kak Fir, Ida, Ewa, Ju dan ramai lagi (sekadar menyebut beberapa nama). Di sini juga aku kenal apa itu kawan dan apa itu lawan. Aku pernah dipulau oleh kawan hanya kerana aku punya 'kekasih hati'. Kisah yang satu ini juga menarik. Kerana dipulau, aku hanya duduk di rumah sewa tanpa kawan untuk berbual bicara. Namun Tuhan Maha Adil. Ada satu ketika, mereka tidur lambat. Mungkin study kerana keesokan harinya mereka ada Final Exam. Pagi-pagi setelah aku solat subuh aku bersiap. Aku tak menduduki exam tersebut. Hanya bersiap seperti biasa. Aku tunggu kawan-kawan bangun tapi sampai pukul 7.30 mereka tak bangun lagi. Exam pukul 8.30 pagi. Hati setan memujuk supaya membiarkan mereka nyenyak tidur. Terlepas exam dan gagal kertas pagi itu. Tapi hati kasihan seorang kakak (aku tua setahun dari mereka), dan juga memikirkan kasihan mereka, aku kejutkan juga mereka. Lambat. 7.45 pagi. Sengaja aku hendak tengok mereka kelam-kabut. Dan alhamdulillah mereka sempat menduduki exam tersebut. Bertitik-tolak dari hari itu, mereka mula mendekati aku seorang demi seorang. Benar; jika orang memberi kita tuba, jangan kita balas dengan racun berbisa. Tapi hadiahkan mereka halwa agar mereka tersipu sendiri.

Selesai ijazah pertama, aku meneruskan pengajian sarjana. Kawan yang rapat Julia. Dia baik, sangat comel dan putih. Badannya bulat tapi sangat suka ketawa. Bila dia penat, pipi dia yang tembam memerah macam buah tomato. Comel dan sangat comel. Kami berkawan rapat tidak tetapi sangat mesra. Persahabatan terus terjalin sehingga di tempat kerja. Bekerja di tempat yang sama. Anak rantau. Maka kami makin rapat. Di tambah pula dengan Mala. Kami 3 serangkai ke mana sahaja bersama. Mala kawin awal, anak sudah 2. Baik, suara comel, dan sangat tegas. Pemurah dan sangat toleran. Dialah jiran sebelah rumah aku, di pejabat dia duduk di hadapan aku. Kami gelar diri kami rakan sepemakanan. Tapi semua itu aku dah tinggalkan. Pindah ke JB mengikut suami. Namun kami tetap berhubungan.
Sekarang di tempat baru, aku punya ramai kawan baru. Di pejabat, aku rapat dengan Kak Afzan. Tapi yang paling aku tunggu ialah untuk berbual dengan rakan-rakan tetingkap. Qim, Teja, Awa, Rehan, Sherin, Mai, Lily, dan Sam. Ada saja cerita. Ada saja gosip dikongsi bersama. Ada saja borak nakal penceria suasana. Tidak seperti hari-hari lain, hari ini aku menjadi tidak stabil. Emosi tidak menentu dan rasa rajuk hati dengan kawan aku Qim. Bodoh benar aku. Perangai seperti budak-budak. Tidak sedar diri sudah tua. Mahu merajuk, menangis dan minta dipujuk. Betul ke kawan menangis sukar dicari? Tidak kerana aku sudah menemui siapa mereka.

Wednesday, April 1, 2009

Lipas


Kisah bermula.... Hubby di sebelah leka menonton cerita 'Heroes'. Cerita kegemaran Hubby. Hubby download banyak siri. Jadi tidak menjadi kesalahan bg diri aku sekiranya aku leka 'menggodeh jaringan maya' kerana Hubby turut sibuk dengan ceritanya. 10.30 malam aku baru siap mengambil wudhu'. Hendak solat isya'. Usai mengambil wudhu' aku masuk bilik. Menjengah ke bilik, aku ternampak kelibat lipas. "Sayang 'kawan baik' u dah datang." Hubby memang pantang dengan segala macam serangga merayap ni. Tak kira la lipas, semut, kumbang, namakan apa sahaja serangga merayap. Semua adalah musuh Hubby. Shieldtox memang tersedia di dalam bilik. Jadi bila aku beritahu saja Hubby pasal lipas, segara Hubby bertindak. Mati seekor. Aku suruh Hubby flush saja lipas dalam tandas. Hubby keluar ke tandas tetiba dia masuk semula. "Sayang ade 4 ekor lipas lagi kat luar." Maka peperangan lipas dan Hubby bermula. Solat aku tergendala. Sedang aku cuba betulkan niat semula, ada 2 ekor lipas muncul di tingkap bilik. Pelik. Malam ini ada perjumpaan lipas ke? Banyak betul. Terlompat-lompat dan terjerit-jerit aku panggil Hubby. Lipas ni saja menguji aku. Mereka tahu aku takut gamaknya. 3 kali takbiratul ihram aku terbatal. Semua gara-gara lipas terbang mendekati aku. Seram bulu roma. Hubby berlagak seperti hero menyelamatkan puteri. Habis semua lipas yang muncul dibunuhnya. Akhir sekali tak ada lipas lagi. Aku meneruskan solat aku. Hubby pula terus mengadap pc dia. Hiro Nakamura dan Sylar menunggu. Mata Hubby terus terpaku depan pc. Selepas aku mencium tangan Hubby sesudah solat Hubby cakap " Sayang lepas ni kita kena beli Shieldtox untuk lipas. Khas untuk lipas..."


Doa dalam hati: Minta-minta Hubby tak jadi tidur di Pontian esok. Kalau Hubby tidur di Pontian siapa nak tolong aku kalau tiba-tiba lipas tu muncul macam tadi? Harus aku tidak tidur nyenyak macam hari-hari lain Hubby tidur di Pontian.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers