Monday, February 23, 2009

Tag from Qim...again...

5 Romance movie i like..
1. You have to point out 5 romantic movies that you would love to share with your loved ones.
2. It doesn't have to be in order.. as long as you love the movies, it will be fine.
3. You have to tag another 5 person to answer this tag.



Movie 1: Aku suka Stained Glass




Actually ni bukan movie tapi drama bersiri. Dan aku sebenarnya suka hero dia je. Tapi disebabkan hero ni berlakon so aku tengok la drama ni sampai habis. Sedih oooo. Aku rasa macam nak offer diri aku jadi gelpren dia je. Dah pompuan yang dia suka tu suka sampai 2 orang laki. Hmmm nanti nak tengok balik la cerita ni. Lee Dong Gun wo ai ni...eh orang korea tau mandarin ke? Hero yang aku minat tu yg ade kat sebelah kiri tu..




Movie 2: Aku suka LOTR



Yang ni bukan romantik movie pon, tapi aku mmg suka la cerita ni. Aku suka Legolas je. Tapi movie ni memang best la. Best pictures ever. Bagi aku la.



Movie 3: Aku suka 10 things I Hate About You







Cerita ni aku tengok masa zaman belajar kat U dulu. Hehehhe...kenkonon aku la yg jadi si Julia Stiles tu. Perasan sungguh. Tapi mamat tu tak hensem pon. Tapi aku suka la.



Movie 4: Aku suka My Best Friend's Wedding




Cerita paling kelakar yang aku suka tengok. Kesian aku tengok si Julia Roberts tu nk pikat laki tu. Dan tu la first time aku tengok Cameron Diaz berlakon. Part paling best masa dorang semua nyanyi ramai-ramai lagu I say a little prayer for u...mmg ngetop.



Movie 5: Aku suka Titanic



Aku suka si mamat hensem leonardo n si jelita kate winslet ni. Siap nangis-nangis lagi tengok cerita ni. "U jump, i jump". Aku memang harap sangat di L dan K ni betul-betul couple. Tp tu la, dah nama pun movie. Sedih la cerita ni. Paling tak boleh ingat yang ibu tidurkan anak dia sedangkan masa tu kapal dah nk tenggelam..aduiiiii...sedih yang amat.

Ok habis dah duty aku.

Nak tag orang ke? 5 orang je kan..so macam biasa la: Teja, Sam, Awa, Rehan dan sape lagi sorang? Ok la Asmah...to Asmah, buat masa awak free je la yek...

Aku, Teja dan Cheese Tart + Roti Jala + Mee Siput

Selamat malam semua. Memandangkan Hubby kesayangan aku takde malam ni dan aku pulak keseorangan kat dlm rumah ni, daripada aku bosan tak tau nk buat ape, baik aku update blog aku ni. Hari ni aku berjumpa Teja. Dah lama janji nak jumpa dia, alhamdulillah hari ni aku berjaya jumpa dia walaupun aku jumpa kejap je, tak sampai 5 minit. Tp masa yang diberikan oleh-Nya tu amat berharga. Bukan aku tak nak jumpa lama-lama, tp masa memang tak mengizinkan. Aku nak pergi ke hospital sbb adik ipar aku masuk ward. Sakit ape? Aku pun tak tau cuma yang pasti bibir dia macam kena gigit serangga tapi makan ubat ape pun tak jalan. At last sampai bibir tu jadi hitam dan start bernanah. Sbb tu dia kena tahan kat Hospital Sultan Ismail.

Ok, on the way ke hospital, aku singgah dulu ke rumah Teja. Actually bukan jumpa kat rumah pon, tp jumpa kat tepi jalan je. Teja mengirimkan banyak makanan untuk aku antaranya cheese tart yang dia tempah, cheese tart dan choc cupcake dari Sam, roti jala, kari dan sambal tumis udang dan juga mee siput. Terima kasih banyak-banyak Teja. Makanan tu aku kongsi bersama-sama ahli keluarga yang lain. Komen dari mak dan ayah aku~ Sedap. Terima kasih sekali lagi Teja. Akan aku cari masa untuk jumpa dengan dia lagi. Rumah dia pun aku dah tau, lagi la senang. Sam, thank u untuk cupcake yang sedap tu jugak. Tp maaf la tak dapat nak kongsi gambar-gambar makanan tu sebab dah selamat berada dalam perut aku dan keluarga. Hehhee

Untuk kawan-kawan semua, aku tak sabar nk jumpa korang ramai-ramai. Sayang korang

Thursday, February 19, 2009

Words of the day

Selamat petang semua...tengah bosan-bosan ni baik aku share pengalaman mengenai hubby kesayangan aku tu...
** "Sayang jangan marah yek, mintak maaf. Sayang u, muah muahhhh"**

Situasi 1
Kat Opis;
Maity: Sayang hari ni i sayu la...(aku bagi sms kat hubby)
Hubby: Sayu tu ape? (Hubby reply sms)
Maity: Sayu tu sedih la...(Maity call hubby)
Hubby: Ooooo...(Hubby jawab...)

Kesannya: Aku tak jadi sayu/sedih...kelakar la pulak :D

Situasi 2
Dalam kereta;
Maity: Sayang tadi kan kawan i kantoi...bla bla bla (dgn penuh semangat aku bercerita)
Hubby: ok3...lagi...
Maity: bla bla bla...(sambung cerita, panjang la aku bercerita)
Hubby: Kantoi tu ape? (Lps aku habis bercerita)
Maity: Kantoi tu hmmmmm......kantoi tu kantoi la...(aku xdpt cari perkataan seerti dgn kantoi, sape boleh tolong...?)

Kesannya: Aku hutang 1 perkataan dengan Hubby.

Situasi 3
Perkara biasa selepas Hubby balik kerja, dia mesti kiss pipi aku. Sambil-sambil tu Hubby tembab muka berminyak dia kat muka aku :p
Maity: Sayang muka u berminyak. Tadi ade bunyi macam benda melekat kat pipi i.
Hubby: Aa la muka i berminyak. Berpeluh, melekit-melekat.
Maity: Aa muka u melekit-melekat...ade ke perkataan melekit-melekat?
Hubby: Ye la melekit lepas tu melekat. Melekit-melekat.

Kesannya: Sampai sekarang perkataan melekit-melekat tu digunakan oleh Hubby dan aku.

Situasi 4
Masa bersiap-siap nak keluar makan.
Hubby: Sayang tolong buang ni dlm plastik sampah
Maity: Saya demam, mana boleh buat kerja. (tapi tetap buang sampah tu)
Hubby: Kalau macam tu tak perlu makan la.
Maity: Mana boleh macam tu. I demam kena la makan sbb nanti nk makan ubat. Orang demam mana boleh buat kerja. (nada merajuk)
Hubby: Makan tu pun kerja jugak. Kerja makan.
Maity: Gulps....(betul gak tp terus bersiap-siap utk keluar makan)

Kesannya: Jangan cari alasan untuk tidak buat kerja sbb semua yang kita lakukan adalah kerja. Kerja kena ikhlas
**Padan muka aku

Situasi 5
Hubby baru on laptop nak buat kerja dia. Pastu dia keluar pergi toilet jap. Aku cepat-cepat guna laptop dia.hehhehe
Hubby: Sayang buat ape tu? I nak buat kerja la.
Maity: Jap, jap. I nak balas post kat fb ni. Jap je.
Hubby: Ok. I bagi u peluang. U guna dulu i nak baca newspaper.
30 min kemudian...
Hubby: Sayang dah siap belum? I banyak kerja ni..
Maity: Jap jap...
Hubby: Hmmmm..i bagi masa 10 min lagi...
Maity: Ok thank u.
Siap semua baru aku bagi Hubby buat kerja. Lepas tu aku terus ZZZzzzzzz...

Kesannya: Aku pun tak tau la ape kesannya. Tapi yang pasti masa aku terjaga masa tido tu aku tgk Hubby masih buat kerja dia lagi. Kesian Hubby.


Itulah Hubby kesayangan aku. Menceriakan hidup aku. Bersyukur aku dapat Hubby seperti dia.
Sayang Hubby...

Monday, February 16, 2009

Tuhan Lebih Tahu...

Selamat malam semua...



Hari ini aku dapat tahu satu cerita yang mana cerita ini lebih menarik dari cerita2 yang aku tahu minggu lepas. Cerita ini aku dapat tahu bila aku buka laman friendster aku yg dah start bersawang tu. Petang tadi semasa menunggu masa untuk pulang ke rumah aku terkesima sebentar. Usai membelek dan tengok2 mana yang patut, ada satu nama yang menarik perhatian aku. Aku lihat nama tu dah lama ada dalam senarai pemerhati tapi aku buat endah tak endah sahaja. Benar Tuhan Lebih Tahu apa yang telah dirancang olehnya. Dalam hati kecil aku benar2 bersyukur dengan nikmat-Mu ini.



Benar Tuhan lebih tahu segalanya...Syukur pada-Mu

Wednesday, February 11, 2009

Indah...


Selamat petang semua...

Since dh lama aku tak update blog ni, so aku nk share sedikit perasaan indah yg aku rasa dgn korang semua. Perasaan ni selalu aku alami. Perasaan yang tak boleh aku gambarkan. Betapa indah dengan nikmat yang ALLAH hadiahkan pada aku. Perasaan indah ini adalah perasaan bila mana aku melihat hubby kesayangan aku mendirikan solat tanpa perlu bantuan buku panduan solat lagi. Indah sungguh perasaan tu sampai aku rasa betapa besarnya kekuasaan ALLAH dan betapa kerdilnya aku disisi-Nya.

Dengan berkain pelikat hubby mendirikan solat, aku lihat kusyu' sekali solatnya. Kadang-kadang aku lihat berkerut-kerut dahinya, mungkin cuba mengingati bacaan-bacaan dalam solat. Dan aku lihat hubby makin selesa berkain pelikat waima sesudah solat. Masih aku ingat dulu aku pernah menjadi 'cikgu' untuk memeriksa bacaan dalam solat hubby. Satu yang bagus tentang hubby ialah dia mudah menghafal. Dalam pelat-pelat cina hubby menghafal bacaan solat tu. Kagum aku dengan kesungguhan hubby sayang. Sesudah solat bersungguh aku mendengar hubby menyebut kalimah Astaghfirullah al-Azim, tenang jiwa aku mendengarnya. Hubby pernah bertanya kepada aku apakah maksud astaghfirullah itu, aku terkedu, masya-ALLAH selama ini aku menyebut perkataan suci itu tapi aku sendiri terlupa dengan maksud kalimah itu. Tapi dengan pertanyaan itu membuatkan aku makin cuba untuk mendalami ilmu Tuhan ini.
Astaghfirullah bermaksud aku memohon ampun padamu ALLAH...

Indah sungguh perasaan ini bila mana melihat hubby solat subuh dengan membuka buku panduan solat. Kata hubby bacaan qunut agak payah untuk dihafal. Tanya hubby boleh tak dia nak skip saja bacaan qunut tu. Untuk pertanyaan di atas aku memberitahu hubby bacaan qunut tak boleh ditinggalkan kerana kalau ditinggalkan kena ganti dengan sujud sahwi. Aku terangkan dengan perkataan paling mudah "macam orang berhutang kita kena bayar balik hutang tersebut, macam tu jugak dalam solat. Kalau tertinggal perkara rukun maka perlu digantikan dengan sujud sahwi". Hubby cakap "oooo..." tak tahu la aku oooo tu bermaksud faham atau sekadar oooo...Cuma dalam hati aku berdoa agar hubby faham dengan solat ini.

Mungkin bagi kawan-kawan di luar sana ini cuma satu pemandangan biasa, rutin harian dalam kehidupan seorang makhluk ALLAH yang digelar manusia. Tapi bagi aku ini adalah satu nikmat yang ALLAH berikan pada aku dan juga segelintir umat manusia yang lain. Banyak yang perlu aku korbankan tapi lebih banyak ALLAH berikan nikmat dan ganjaran yang dalam tak sedar aku mendapatnya. Aku tahu tanggungjawabku amat besar tapi aku sedar ALLAH hanya akan memberi dugaan ini kepada makhluknya yang benar-benar layak sahaja. Dan aku terpilih untuk dugaan dan tanggungjawab ini. Dan aku berdoa agar aku terus bersabar melayan karenah hubby aku.

"Untuk hubby tersayang, kita usaha sama2 ye menuju alam di sana. Aku tahu aku bukan seorang guru yang baik. Kita belajar sama-sama ye. Saya belajar dan sayang pun belajar. Sayang adalah harta terbaik buat saya yang mengajar erti kesabaran dalam diri. Saya tidak akan memaksa kerana saya tak mahu sayang merasa terpaksa dan akhirnya merasa bosan. Cuma saya mahu sayang terus belajar dan mendalami Islam ini. Kerana Islam itu indah".

Thursday, February 5, 2009

Hari Berdarah...



Slmt ptg semua...hr ni aku takde mood sgt nk buat ape2 keje kat opis. Kelas pagi td pun batal mcm tu je (tp bukan aku yg bg arahan, dh stdnt yg dtg xsampai setgh kelas, nk buat amali mcmn? nnt kena buat balik amali pd stdnt yg tak hadir. Rakan setugas aku la yg ckp kelas ditangguhkan buat mgu dpn. Lgpun dia lebih senior dr aku, so aku ikut je la).

Ok berbalik semula pada tajuk di atas. Aku agak berdukacita sikit hr ni disebabkan satu peristiwa yg berlaku mlm smlm. Kisahnya bermula begini....smlm lps balik dating dgn hubby sambil tgk wayang cerita InkHeart, kami pun balik la rumah. Selesai solat isya' je aku terus tido, penat beb sbb dh lewat sgt. Lgpun nk kena pi keje kan...Hubby pulak sambung main internet sampai pkl brape pun aku tak tau...

Tgh2 tdo tu tetiba aku tersedar, aku ingat aku mimpi tp ini realiti. Aku sakit perut sgt2. Lama dh aku x kena sakit perut mcm tu...aku kena senggugut...waaaaaa....Aku kejut hubby. Dalam terpejam2 mata tu, dia tlg jugak urut aku wlwpun tak la membantu sangat. Tp at least dia tlg la jugak...

Pagi bila dh segar, masa dia bersiap2 nk pi kerja dia tny aku "kawan" baik aku dh dtg ke? Sedih pulak tgk muka dia. Maaf sayang i blum dpt bg u zuriat lg....mmg hari berdarah la. Sian hubby aku. Kawan2 dia kat opis dh start perli2 lagi. Mesti dia tension. Aku? Aku pun tension jugak, tp aku tak mahu la ckp kat dia sbb aku tak mau dia rasa lg tension. ALLAH belum mahu beri kami rezeki yg satu tu lagi. Kena sabar...

Ya ALLAH kuatkanlah ikatan suci antara aku dan suami...Amin

Monday, February 2, 2009

Tag from Awa...hmmm

Selamat malam semua. Hr ni aku kena lunaskan hasrat kawan aku AWA. Dalam kepayahan aku cuba siapkan jugak tag ni sebaik mungkin. Ok Awa, aku harap ko puas hati :D

Rules: The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people.

I am...Aku ni isteri pada suami aku Danial Hafiz Ling b. Abdullah. Pastu aku rasa aku ni ala2 innocent gitu (ececeh, puji diri sndr la pulak...)


I really want to go to...

Kota Suci Mekah bersama2 suami aku jugak. Smlm pun aku dok berbincang pasal ni dgn Hubby aku...


My fav place is...bilik aku...


Bilik aku. Wlwpun bilik aku idak le secantik n semarvelous bilik ni, tp mmg pun tmpt yg paling aku suka adalah bilik aku. Selain tmpt aku bermesra, inilah jugak setor aku merangkap opis, bilik rehat, bilik makan dan sebagainya...


My fav colour...of course la blue n always blue plus white as the flower floated in the blue water..cantik tak?

My fav food is

burger jalanan or burger kampung...sedap oooo, wlwpun aku tau mmg x elok sgt mkn makanan ni, tp aku tetap suka...suka suka suka :p


My fav drink is...




Cuma baru2 ni aku suka sangat makan aiskrim strawberi atau minuman yg sejuk2 perisa strawberi. Aci x jawapan tu?


I attended...





U mana la lagi, UTHM la. Masa mula2 masuk utk 1st degree tu namanya Ittho, pastu tukar pulak KUiTTHO, la ni tukar pulak UTHM. Tp dh jadi nama UTHM Johor ntah betul ntah x...dlu kecik je U ni. Kiranya boleh kenal la bdk2 lain course tu...tp la ni dh besar, dh ade kampus bandar la, kampus dalam la...ntah la...tp kat sini aku tepek gambar building lama (zaman aku blajar dlu) tak tau la ade lg ke x susur gajah tu...nostalgia sungguh. Lagipun kat cni la tempat aku start kenal hubby kesayangan aku tu...


My fav story is



Lord of the Rings. Mmg minat betul la. Sampaikan hubby aku ade beli immate ring ni n bagi kat aku zaman bercinta dlu. Tp kat mana aku simpan cincin ni a? Kena cari semula ni...


I was born at


Kuala Lumpur. Lebih tepat lagi Hospital Besar Kuala Lumpur

My hobby is


Window shopping. Dan yes just window shopping without shopping...tp idak le mcm kakak kat atas ni...heh....

I live in



Bukit Batu, Kulai. Ni rumah parents aku sebenarnya. Aku just menumpang barang2 aku yg berlonggok tu je. Lgpun kat cni la tempat paling aku suka iaitu bilik aku berada.

I wish for




Doa aku agar aku dikurniakan zuriat yg soleh atau solehah...tgh bersabar ni..hehehe...ye la, pengikat kasih sayang aku dan hubby..muah muahhh...

Berpeluh aku nk siapkan tag ni, akhirnya siap jugak. Alhamdulillah.

So next person:

1. Asmah



2. Abuya

3.sape2 la yg baca tag ni...

Semoga berjaya...heheh...





Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers