Monday, January 18, 2010

Kisah 4


Salam semua...lama tak update kisah seterusnya. Hehehe...Inilah baby aku. Scan masa umur kandungan 3 bulan lebih. Tapi jangan terkejut. Ini bukan twin baby. Seorang je, tp doktor tu buat 2 gambar dr angle yang berbeza. Alhamdulillah syukur, buat masa ni semua sihat belaka especially mak baby. Makin sihat.
Sekarang kandungan dah makin besar. Maklumlah dah 5 bulan. Selera makan makin bertambah. Selera tidur pun makin bertambah (waktu siang), tp waktu malam payah nak tidur. Dah yang penting dah boleh makan ayam. Yay...dan aku dah mula memasak semula selepas bercuti panjang dr memasak. Kesian Hubby, terpaksa makan makanan luar (termasuklah aku).
Oppss sebelum terlupa, aku nak bercerita kisah kandungan aku masa 3 bulan. Macam biasa aku buat regular check-up dengan klinik ibu. Tapi masa check tu, Misi kata dia x rasa kandungan aku. Dia siap tanya dah scan ke belum. Bila last datang period. Betul ke masa scan tu doktor kata ada baby???? Pastu dia cakap rahim aku mcm jatuh. Baby may b kat bawah sangat. Kalau korang semua kat tmpt aku, cuak x? weiii aku rasa nak menangis masa tu. Misi ni biar betul.....!!!
So, lepas je aku jumpa Misi tu, Hubby ajak aku pi jumpa doktor pakar. Dan hasilnya, gambar scan kat atas tu lah. Masa doktor tu scan, aku dapat tengok baby tu gerak3kan kaki dia. Maha Suci Tuhan atas nikmatnya. Kalau sebelum ni, doktor scan Hubby kata tak nampak pun rupa baby, tapi hari tu, Hubby kata nampak dah baby tu. Tapi macam biasalah, Hubby ni dia tak tunjuk pun reaksi excited dia tu. Tapi aku tahu dia excited. Hehehhe...So sejak dari kes Misi yang tak dapat rasa baby aku tu, sekarang ni aku buat double check-up. 1 dari klinik ibu (gomen) dan 1 dari klinik swasta.
Masuk 4 bulan, masa check-up dengan klinik ibu, aku tunjuk gambar scan tu kat Misi tu. Dia terus stappler gambar scan tu kat buku pink aku. Hmmm tapi Misi tu tetap cakap, rahim aku x naik sangat. Bahaya. Tak boleh buat kerja berat3. Yang lain, berat badan aku naik la. Tapi gula dalam darah masih ok.
Now dah masuk 5 bulan, 21hb ni ade check-up kat klinik ibu. Tertunggu3 juga dengan result utk hari tu nanti. Nervous...Ha lagi 1, aku dah start pakai uniform. Tapi belum sepenuhnya lah. Baju kurung aku tu masih muat lg. Maklumlah bajunya semuanya gedoboh3. Cuma yang ketat kain part kat pinggang tu. Jari3 pon dah start mengembang. Tak boleh pakai cincin lagi :(
Kaki masih steady lagi. Kasut keje aku tu masih muat utk disarung, cuma tapaknya agak tinggi. So kena la bershopping nanti.
Apa lagi? Macam dah hilang idea. Ade masa aku update lagi yek. Doakan aku dan baby sihat.
Sejak dari awal kandungan, aku mula amalkan utk pembacaan al-Quran dengan lebih kerap. Target aku utk khatam al-Quran sebelum aku bersalin. Selain meneruskan pembacaan biasa, aku kini menumpukan kepada surah3 yang "mereka" kata afdal dibaca ketika mengandung. Surah Maryam, dan Luqman. Hati rasa tenang selepas membaca surah3 ini. Dan aku makin tenang dan gembira bila mana Hubby berada di sisi tiap kali aku membaca al-Quran. Syukur pada-Mu Allah.

Monday, January 4, 2010

Aku mahu

Salam 2010 buat kawan2 semua. Aku mahu menulis tapi banyak sangat kekangan. Ade cerita yang mahu dikongsi bersama. Ade gambar untuk menceritakan cerita. Tunggulah sehingga aku mahu update semuanya.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers