Tuesday, February 9, 2010

Kisah 5

Alhamdulillah dh masuk kisah ke-5. Walaupun aku ni kejap timbul lebih banyak tenggelam :D
Kali ini aku nak berkongsi kisah tarikh jangkaan bersalin aku. Hmmmmm....rasa nak tergelak pun aku. Maklumlah tarikhnya asyik berubah2 saje.

Kisah bermula semalam. Malam semalam aku ade appointment dengan doktor swasta. Lama jugak menunggu untuk dipanggil nama. Alhamdulillah kali ni yang check aku adalah doktor pakar. (Hubby kata semua orang sebenarnya berharap dapat di'check' oleh doktor ni sbb dia banyak pengalaman). Doktor tu check buku pink aku (buku klinik kerajaan), dia semak page by page. Agak teliti jugak. Kemudian dia kira sesuatu...calculate punya calculate (guna jari lg)..."Ok, u due on 9/6". Erkk...sudah bertukar lg ke...? First pi check-up, misi kata 28/5, pastu pi klinik swasta lain, pon cakap sama. pastu check lagi dan lagi sampai la aku pi specialist ni, dari hasil scan doktor kata due on 4/6. Hmmmm ok...pastu mula mula la bertukar2 tarikh jangkaan aku bersalin ni. Dan paling latest semalam la...dari hasil scan dan pengiraan doktor ni (aku x ingat la sape nama doktor ni), tarikhnya sudah bertukar pada 9/6.

Keluar saje dari klinik tu, aku pon cakap dgn Hubby, "Lama3 baby ni lahir masa birthday u" Yelah, asyik bertukar saje tarikh tu. Aku pon mula bengong nak kira usia kandungan ni. Nak diikutkan sekarang dh masuk 6 bulan, tp lps check semalam, usia kandungan ni bertukar pada 5 bulan setengah. Hmmmm....macamana aku nak rancang cuti bersalin aku ni. Aku ingat nak cuti awal sikit, tp nampak gayanya susah la nak bercuti awal. Tak pe la, yang penting baby ni sihat.

(Semalam aku dan hubby dah dapat tengok muka baby tu. Alhamdulillah, cukup sifat. Tangan baby tu mcm tgh tampung kepala mcm org tgh tido. Jantina sama seperti yang diberitahu sebelum ini. Pastu doktor tu tepuk3 perut aku sbb nak tgk baby tu bergerak ke x...Alhamdulillah, Maha Suci Allah atas kurniaanMu ini)