Wednesday, October 20, 2010

Indahnya Mimpi, Asyiknya Angan-angan

Salam....
Nak tanya, korang suka pada mimpi tak? Korang suka berangan tak? Aku? Aku suka pada mimpi yang indah, dan angan-angan yang mengasyikkan. Dan sekarang aku masih lagi bermimpi dan berangan. Aku amat berharap yang mimpi & angan-anganku menjadi kenyataan. Dengan mimpi & angan-angan inilah aku cuba menjadi kuat. Dengan mimpi & angan-angan inilah aku berdoa agar ianya menjadi lebih positif. Dengan mimpi & angan-angan inilah aku terus berjalan. Tapi kadang-kadang dengan mimpi & angan-angan ini aku menjadi semakin lemah :"(

Aku tak suka perasaan menjadi lemah. Sebab bila aku lemah, mulalah aku fikir yang aku kalah. huuuuuu~ dan aku mula rasa aku semakin kalah....aku sangat memerlukan mimpi yang indah & angan-angan yang mengasyikkan itu. Sangat-sangat memerlukannya. Moga mimpi & angan-anganku ini menjadi kenyataan agar aku tidak lemah dan tidak kalah.


Ya Allah, Kau berilah aku kekuatan dalam melaksanakan mimpi & angan-anganku ini. Aminn~

Tuesday, October 12, 2010

Menyampah

Salam semua...

Aku tgh menyampah sekarang ni. Menyampah bila orang sibuk tentang keje kita sedangkan keje dia pon tak siap3. Menyampah sbb org tu nak tunjuk yg dia tu perfectionist tapi banyak keje dia yg tak lengkap. Menyampah bila org tegur3 aku, tp sebenarnya dia pon sama (malah lg teruk). Menyampah lagi bila org mengarahkan aku keje yg aku sebenarnya dh tau. Uishhhh menyampah betul....

Kena istighfar banyak3...buat org tu...tolong la...tak payah la menyibuk hal org lain. Buat je la keje awak tu....

Sunday, October 10, 2010

Eksklusif


Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Alif masih lagi menyusu secara eksklusif. Bekalan susu formula yang aku bekalkan kepada pengasuh untuk Alif masih tidak berusik. Stok EBM masih cukup untuk Alif. Walaupun bekalan EBM tu sedikit namun ianya cukup utk bekalan 1 hari. Benar, setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Aku kena buang penyakit M. Kena pandai mencari ruang utk membuat 'projek' agar bekalan EBM cukup utk Alif.


Musim kemarau sudah berlalu. Aku kena sentiasa positifkan minda, agar niatku utk menyusukan Alif sekurang-kurang 6 bulan tercapai (tp mak kata kalau boleh biar sampai 4 tahun macam adik aku Naquib heheheh :D).


Pengasuh Alif, Kak Ida @ Mama Icah sentiasa memberi info terkini mengenai Alif. Dan aku bersyukur kerana Alif dapat pengasuh yang begitu sayang kepadanya. Kak Ida, orang yang paling risau sekiranya aku kekurangan susu. Selalu dia tanya susu aku masih ada ke. Selalu dia cakap agar Alif diberi susu ibu saja. Katanya "kesian Alif kalau kena minum susu tepung. Kalau boleh tak payah bagi Alif susu tepung. Biar dia minum susu ibu saja". Kawan-kawan kat opis kata jarang ade pengasuh mahu terima baby yang masih minum susu ibu. Kerjanya mmg renyah, berbanding menyediakan susu tepung. Syukur, memang nasib Alif bertuah mendapat pengasuh sepertinya. Kak Ida, Abang Ismadi dan Ika, terima kasih kerana sentiasa memberi galakan agar Alif diberi susu ibu. Kak Ida cakap "biar badannya besar dan sihat". Syukur padaMu.


Kepada Mr. Hubby, terima kasih kerana memahami diri ini. Terima kasih kerana tolong membuat air longan, membeli supplement, membeli milk storage bag, memberi teguran dan pandangan serta urutan ketika aku penat dalam menjayakan misi ini. Alhamdulillah.


Thursday, October 7, 2010

Kenyataan Yang Pahit

Salam semua...hari ini 7/10/2010, buat pertama kalinya dalam hidup Alif dan aku dan Mr.Hubby...bagi susu formula. Stok EBM aku dah tak ada. Pam punya pam pon tak keluar3. Paling banyak dapat 1 oz sekali pam (both side). Kesian Alif, baru umur 4 bulan dan 15 hari terpaksa minum susu formula. Stok EBM yang ada pada kakak pengasuh cuma ada 4 peket je. Memang tak cukup sbb paling kurang Alif perlukan 8-9 peket sehari (Alif minum sejam sekali). Pagi tadi cuba pam pon dapat 1oz je. Tapi sebelum pergi opis tadi, sempat bagi Alif susu badan. Dia hisap sampai taknak lepas. Tapi terpaksa juga 'tarik' dari mulut dia sbb dah lambat nak pegi opis.

Sebenarnya Alif dah minum susu formula ni masa kat wad. 2 hari pertama Alif kat hospital, Alif mmg diberi susu formula since aku dan dia duduk separated ward. Alif kat NICU, aku pulak kat wad lain. Susu aku pulak keluar sikit sangat time tu. Tapi bila susu aku dah banyak(malam hari ke-2 tu) aku mmg dah tak bagi susu formula lg kat dia.

Aku mmg berazam nak bagi BM ni sampai la Alif taknak sndr. Malam semalam aku tak dapat tido lena, siap nangis lagi sbb diri aku sndr tak bersedia utk terima kenyataan yang aku tak mampu beri BM sepenuhnya kat Alif. Azam aku utk memberi Alif BM sepenuhnya sampai Alif umur 6 bulan tak menjadi kenyataan. Itulah kenyataan yang paling pahit yang aku kena redha. Aku dh cuba halba, air longan, mulberry collostrum, horlicks, teh longan dan kurma merah, kurma dan pil ASI tapi nampaknya belum membuahkan hasil. Mungkin aku terlalu penat sgt, dan juga stress dan mungkin sbb 'kawan bulanan' serta kesan demam selesema tu bagi kesan pada penghasilan BM aku. waaaaaaaa :'(

Time menaip ni pon air mata aku start bergenang. Bila aku cerita pd rakan se'projek'an aku pon dh nangis. huuuuuuuuu~ mungkin setakat semalam je aku berjaya beri Alif susu secara eksklusif. Tapi aku kena positifkan minda dan emosi aku. InsyaAllah bila dah reda zaman pungutan hasil yang merundum ni, aku akan cuba kumpul semula BM aku banyak3. Allah Maha Mengetahui. Dan aku percaya ada hikmah disebalik semua ini.

Untuk Alif, mama akan cuba selagi mama mampu untuk menyusukan Alif. Itu janji mama pada Alif. Walau tidak sepenuhnya tapi mama akan cuba juga. Pagi td dalam kereta pon mama menangis lg sbb teringat3 Alif tetap 'menyanyi' macam masa menyusu bila mama 'tarik' puting dari mulut Alif masa menyusu tadi. Hati tabahlah.....

Monday, October 4, 2010

Besar...

Salam Syawal buat semua. Lama menghilang, bukan aku tak sudi utk menulis. Bukan juga tidak ada cerita utk dikongsi. Juga bukan kerana kekangan masa. Tapi lebih kepada mencari masa yang sesuai utk mencari mood menaip. (alasan)

Alif sedang nyenyak tidur. Papanya seperti biasa, malam isnin adalah temujanjinya dengan badminton. Aku baru sudah menggosok baju kerja. Hmmmm...selalunya aku turut 'hanyut' bersama Alif, tapi malam ni rasa macam mahu menaip. Menceritakan sedikit peristiwa mengenai Alif (nampak gayanya blog ini mula di'tawan' oleh cerita mengenai perkembangan Alif).

28/09/2010,aku bawa Alif pergi ke klinik utk pemeriksaan biasa. Seawal 7.30 pagi aku & Alif sudah memegang no. giliran ke-21 untuk diperiksa oleh misi. Lebih kurang pukul 8.45 pagi nama Alif dipanggil utk ke bilik 16. Duduk sebentar, misi melihat kad Alif. Belum apa-apa misi terus cakap "Besarnya baby". Aku terkedu bila misi ucap sedemikian, tapi aku balas "4 bulan, 7kg". Misi balas semula "Besarlah tu...". Malas untuk terus menjawab, aku senyap saja menunggu apa lg yg bakal misi tu cakap. "Dah campur susu tepung?" Tanya misi lg. Aku jawab pendek saja "Belum". Dan dengan nada kagum misi tadi balas "Bagusnya...teruskan bagi baby susu badan". Pemeriksaan singkat tetapi bagi kesan yang mendalam kepada aku.

Buat pengetahuan semua, aku masih lagi menyusukan Alif secara exclusive. Niatku paling tidak sehingga umur Alif 6 bulan, aku ingin menyusukan Alif tanpa 'bantuan' susu formula. Tapi sejak dari aku kena demam selesema ( minggu ke-2 raya) dan seterusnya dengan kehadiran 'rakan bulanan wanita' penghasilan susu aku makin berkurang :(
Stok BM aku hanya cukup-cukup dihantar keesokan harinya. (maksudnya, jika hari ini aku mengepam, maka susu itu adalah susu utk keesokan harinya, tiada susu simpanan di dalam peti sejuk). Malang sekali, Alif makin kerap menyusu, dan dia seakan marah sekiranya air susu aku kurang dan tidak 'deras' seperti dulu. Sedih bila mengenangkan perkara ini. Kesian Alif bila melihat dia seakan tidak puas mengempeng.

Nampaknya aku perlu lakukan sesuatu. Maaf ya, tiada istilah diet untuk masa terdekat ini. Apa yang penting keperluan Alif dijaga. Jika aku perlu berjaga malam utk mengepam, maka aku perlu lakukannya. Semuanya demi Alif. Amanah Allah yang perlu aku jaga.

Buat teman-teman, doakan agar aku berjaya dengan misi ini. Jika ada kelapangan aku akan masukkan gadget untuk projek ini (perkataan projek adalah istilah yang aku & rakan-rakan gunakan untuk menggantikan perkataan mengepam susu. Saja nak menunjukkan betapa pentingnya misi ini). Dan sekiranya anda ada tip-tip yang dapat membantu dalam masalah ini, aku amat berbesar hati untuk menerimanya.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers