Sunday, September 11, 2011

Ahad pagi

Selamat hari Ahad. Bangun pagi td (Alif yg kejut). Dia dh siap pegang botol susu dia. Tapi tak menangis. Smabil nyanyi-nyanyi (puas tidurlah tu), main-main atas tilam. Panjat-panjat badan aku. Kesian dia, malam semalam dia tak jaga minum susu langsung. Bila dia merengek-rengek (masa tgh tidur), aku tepuk-tepuk dia, then dia terus sambung tidur balik. Penat sangat kot (malam semalam pergi Jusco Tebrau. Mr.Hubby beli kuih bulan untuk colleagues dan adik ipar). Bila tengok Alif dah pegang botol susu dia, terus kejut mr.Hubby minta dia buatkan susu untuk Alif.

Pagi seperti biasa di hujung minggu, selalunya mr.Hubby beli mcD breakfast. Hari ini mr.Hubby planned nak pergi rumah BIL, hantar mooncakes yang dia beli semalam. Kemudian....so nak kena bersiap awal. Baju Alif yang dibasuh semalam sudah bersidai. Nak mandikan Alif dan bersiap untuk berjalan. Ok jumpa di lain siaran....

Friday, September 9, 2011

Berjalan tanpa henti

Alhamdulillah...syukur padaMu Ya Rabb....


Semalam bersamaan 10 Syawal 1432 (8/9/2011), genap Alif (1thn 3 bulan 16 hari), Alif telah mula berjalan. Berjalan tanpa memegang tangan aku or mr.Hubby. Berjalan tanpa memapah atau memegang kerusi/meja/almari/dinding. Kaki kecil yang comel dan montok itu sudah bersedia untuk berdikari.



Kejadian berlaku di hadapan banyak mata. Depan ayah, depan aku, depan mr.Hubby, depan adik-adik aku dan depan sepupu sepapat Alif. Terkejut aku bila melihat Alif tiba-tiba berdiri dan terus melangkah dengan berani. Tanpa ada rasa ragu-ragu. Melangkah dan terus melangkah. Mungkin ada di antara pembaca (ada ke yang baca coretan kecil ini???) anggap ini perkara biasa. Tapi bagi aku dan mr.Hubby, ini perkara luar biasa. Kerana apa? Kerana sebelum ni dia tak pernah berjalan seperti tu. Selalunya hanya setapak dua sahaja dia melangkah. Paling banyak 3 tapak dia melangkah. Kemudian dia duduk ataupun dia akan capai apa sahaja di depan dia. Selalunya dia akan memegang tangan aku dan mr.Hubby dengan erat. Takut aku dan mr.Hubby lepaskan dia. Takut terjatuh agaknya. Paling-paling tidak dia akan tarik kerusi makan dan mula menolak kerusi makan tu sampai ke bucu rumah.



Bila diingat-ingat, cepat benar masa berlalu. Dari tapak kaki sebesar 2 jari tangan aku, sekarang Alif sudah mula berjalan. Sedikit masa lagi mula berlari. Dan kemudian....? Sayu rasa hati. Moga Alif berjalan di bumi Allah ini dengan penuh berani. Moga Alif berjalan di bumi Allah ini dengan penuh taqwa. Moga Alif berjalan di bumi Allah ini dengan penuh rasa kesyukuran.



Terbayang riak wajah Alif kesukaan setiap kali dia melangkah ke depan. Raut wajah bangga. Mungkin dalam hati dia berkata "Mama, Papa lihat Alif sudah pandai berjalan. Mama, Papa jangan risau". Buat Alif, sesungguhnya Mama dan Papa sayang padamu. Moga Alif menjadi anak yang soleh, anak yang hebat, anak yang bijak dan anak yang taat, sepertimana doaku setiap kali selesai solat dan semasa menidurkan dia.


** Gambar tapak kaki ini diambil semasa Alif dalam hari lagi....**

Thursday, September 8, 2011

Model Tupperware...



Alif jadi model tupperware di pagi syawal. Warna tupperware dengan baju Alif sedondon gitu. Si comel ni pulak mana boleh tengok benda yang boleh bergolek-golek, semua dia nak main. Biskut raya dalam tu pun ikut bergolek sekali la hehehhe....


Kredit tu Sufi (Pak Jang) yang ambil gambar ni.

Tuesday, September 6, 2011

Tangan-tangan dan kaki-kaki kecil

Alhamdulillah, semalam malam mr.Hubby bawa aku pergi Pusat Pakar Bersalin Tebrau yang terletak di Mount Austin. Lama dah lalu depan klinik ni, tapi tak pernah singgah. Dulu masa Alif, check-up dibuat kat Pusat Pakar Perbidanan & Klinik Wanita di Century. Kali ni cari yang dekat sikit dengan rumah. Masa sampai di klinik tu, ada 4 orang sedang menunggu giliran. Dalam hati, hmmm..."mesti kejap je tunggu ni". Sbb...? Sebabnya masa buat check-up di Century dulu, walau orang yang menunggu lebih dari 10 orang, masa diambil sangat singkat. Dalam masa setengah jam dah selesai semua. Doktor tu checked tak sampai 5 minit. Tapi bayaran dalam rm60-rm80. Semalam, lepas daftar tunggu punya tunggu punya tunggu tapi nama tak dipanggil-panggil jugak. 4 orang yang menunggu giliran awal dari aku pun sama. "Doktor ni dah sampai ke belum?"

Alif pula, mana boleh duduk 1 tempat lama-lama. Aku pula lupa bawa toys dia. Dia pula tengah asah bakat berjalan dia. Mana nak duduk diam. Mulut pun dok berceriau panggil orang sana panggil orang sini. Lama-lama dia bosan....kesian Alif.

Lebih kurang pukul 9.30 malam baru nama aku dipanggil (sampai kat klinik tu sebelum pukul 8 lagi)....Bila masuk, Doktor yang ada sangat lemah lembut. Lelaki cina. Kemudian Doktor tu minta aku baring. Nak scan Baby. Lama betul Doktor tu scan. Dia tunjuk tangan dan kaki Baby. Dia tunjuk kepala dan badan Baby. Dia tunjuk perut dan badan Baby. Dia tunjuk tulang peha dan tulang lengan Baby. Berat Baby baru 245gram. Aku tanya Doktor boleh tengok gender Baby tak...beria-ia Doktor tu cari. Mula-mula kaki Baby berlipat. Memang tak dapat tengoklah. Kemudian aku tengok Baby mula tendang-tendang kecil dan Doktor ambil peluang tu untuk cari. Tapi umbical cord Baby halang pula. Takpelah. Tak dapat tahu gender Baby lagi pun takpelah. Yang penting aku dan mr.Hubby dapat tengok Baby dah form into a good shape. Sudah lengkap semuanya. Maha Suci Allah.

Tak sabar nak datang untuk next check-up. Bayaran? Murah sedikit dari Century. Rm50. Tapi aku amat berpuas hati dengan cara Doktor tu treat. Kira worth it dengan duit. Walaupun masa menunggu tu amatlah lama.

Dalam perjalanan balik, aku bisik di telinga Alif moga dia menjadi abang yang penyayang kepada adiknya. Berulang-ulang kali aku bisik di telinganya. Alif tetap anak mama nombor 1. Baby anak mama nombor 2. Mama sayang anak-anak mama....

Monday, September 5, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua...


Tahun ini tema hijau dipilih untuk meraikan hari kebesaran Umat Islam ini. Hensem tak si kecil Alif? Songkok tu mr.Hubby belikan dari Ulum (Pak Itam). Satu songkok untuk dia dan satu lagi untuk Alif. Saiz songkok mr.Hubby 23, saiz songkok Alif 19. Lebih kurang je saiznya. Bila tengok mr.Hubby dan Alif pakai songkok, rasa hati terus tertawan.


Masa sesi bergambar ni, Alif baru bangun dari tidur. Tengok muka dia tu, monyok je. Nasib baik dia tak campak songkok tu. Baju raya pula aku yang belikan. Mula-mula belikan baju Alif dulu sebab susah nak dapat saiz untuk dia. Bila dah beli baju dia, ada kaler yang sesuai, maka baru beli baju mr.Hubby. Baju aku macam biasa, ditempah.


Suka sangat tengok gambar ni. Gambar diambil di hadapan rumah ayah dan mak. Jurugambar adalah Sufi ( Pak Jang).


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers