Monday, May 12, 2008

Cantik Di Mata ALLAH


Setiap kita terutamanya wanita mengimpikan wajah yang cantik, tubuh yang elok dipandang serta segala-galanya yang sempurna. Namun hakikatnya, sempurna pada mata kita manusia, belum tentu sempurna pada mata ALLAH. Justeru segala-galanya memerlukan keseimbangan, termasuk dalam hal kecantikan. Bagaimana untuk jadi cantik zahir dan batin? Tip ini mudah dan praktikal sekali untuk diamalkan. Barangkali hanya memerlukan sedikit perubahan sikap dan perbuatan.


  1. Menjaga perkataan. Tidak bercakap kasar, sinis, atau dengan kata lain, menyakitkan hati orang lain sama ada dengan bahasa keras atau sindiran.

  2. Menjaga perlakuan. Menjauhi perlakuan kasar, bengis yang tidak selari dengan peribadi Muslimah.

  3. Anggota tubuh sentiasa dibasahi air wuduk.

  4. Jangan tinggalkan solat lima waktu (sekiranya dalam keadaan suci).

  5. Memakai pakaian yang sopan, tidak menjolok mata dan bersih.

  6. Selalu berfikiran positif.

  7. Membanyakkan zikir, selawat dan membaca al-Quran.

  8. Berbaik sangka dengan orang lain dan tekanan yang menghimpit.

  9. Berbaik sangka dengan ALLAH, termasuk dengan segala ujian yang ALLAH beri.

  10. Jangan abaikan amalan berdoa, memohon kebaikan dan hindari keburukan.

**petikan dari Majalah Nur (Oktober 2006)


2 comments:

Qimy said...

entry yg sungguh berguna...tima kasih krn mengingatkan diri ini...;)

Marriatyi Morsin said...

aku buat pun sbb nak mengingatkan diri yg sering lupa ini...:)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers