Monday, March 1, 2010

Kisah 6

Kisah 6 bermakna kandungan aku dh masuk 6 bulan lebih. Alhamdulillah...dh masuk 27 minggu. Pergerakan baby pun makin kuat, terutamanya waktu petang (masa aku tgh santai tgk tv) dan juga waktu malam (time aku mula nk pejam mata). Dua waktu tu mmg waktu baby paling la kuat sekali bergerak. Alhamdulillah time aku mengajar tidak ler baby ni bergerak kuat. Kalau tidak mau nampak perut aku berombak3 :D.

22/2/2010 aku kena pi regular check-up dengan klinik ibu. Isnin petang yang panas berdengung. Ramai betul orang kat klinik time tu. Aku punya turn punyalah lambat. Berpeluh aku menunggu. Nak dijadikan cerita, masa timbang berat, berat aku yg biasanya naik dlm sekilo or 2 kilo tu telah melonjak jadi 2.9 kg. Alamak...misi dah mula bising. Naik banyak kata misi tu. Tapi bila check gula, alhamdulillah paras gula masih normal. Tapi misi masih bising. Dia kata klu naik banyak lg next check-up, aku kena minum ayaq gula....gulpssss....xmo aku.

Dan rentetan dari 2.9kg tu la aku kena pi check tekanan darah 3 kali berturut-turut (selang 1 hari). Dan hari yg bertuah tu adalah pada 24/2 (Rabu- ok sbb hari bekerja), 26/2 (Jumaat - cuti umum) dan 28/2 (Ahad). Aku takde la kisah sangat kena pi klinik hari Rabu tu, tapi aku kisah kena pi klinik hr Jumaat n Ahad tu. Sebabnya kena pi awal pagi (sbb klinik buka sejam je). Terpisat2 aku dan Hubby kena pi klinik kat Cahaya Baru, awal pagi. Maklumlah, selalunya klu time cuti, lps solat subuh je kami ni sambung balik mimpi yang indah, tp ni kena bersiap nak pi klinik hanya untuk check tekanan darah dan lepas tu balik. Check tu kejap beno, x sampai 2 minit, tp perjalanan ke klinik tu yg lama. Setengah jam tu dari rumah aku.

Dalam nak ngomel2 ni, aku bersyukur sangat sbb tekanan darah aku still normal. 100/60. Cuma 1 la...aku xde selera sangat nak makan nasi. hmmmmm.... harap3 lepas ni ok. Ohh aku dah kira jumlah kenaikan berat badan aku setakat ni. Semua sekali adalah 7.8 kg. Perghhhh banyak betul. Dan aku masih ada lebih kurang 3 bulan untuk tambah lg berat badan :D. Tak apalah. Yang penting baby sihat dan aku montel. heheh

** Sekarang aku asyik kena kebas kat tangan je. Pegang sudu ke, pen ke, kertas ke, waima tak pegang apa3 pun boleh kebas. Ada apa3 suggestion untuk elakkan or kurangkan kesan ni x? Lagi 1, aku pon x tau makanan apa yang buat tangan aku tetiba jadi montel dan sembab. Tapi kesan tu sekejap je, dalam 3-4 jam lepas tu hilang semula.
** Masih ada baki untuk khatamkan al-Quran. Hmm kenapa la aku ni x istiqamah? Aku target sebelum bersalin aku kena khatam al-Quran juga. Hadiah untuk aku dan baby....

6 comments:

Qimy said...

bab bengkak n sembab ni hal biasa mity..ramai kengkawan aku mmg kena. sampai xleh bejalan dibuatnya..so no worries!

take care..bila la dpt jumpa ko..:(

Marriatyi Morsin said...

Qim, nasib baik wlwpon sembab n bengkak aku masih aktif berjalan. xmuat kasut aku sarung sandal. sonang je. cuma klu nk pi klas aku paksa gak kaki aku pakai kasut. mcm xbest je aku pi kelas xpakai kasut. mcm x formal.

ko tu bila nak balik jhr? asik3 kl or pekan je (paie jgn marah :D)....

Qimy said...

laa..aku baru balik dr muo amik mak aku bawak balik kl..ahaks!

nanti la..x lama dah aku sampai la gak PG tu..nak tgk adik aku..

Marriatyi Morsin said...

auntie marry berarak di jalan....ko pandai....

ha cepat2 balik PG....

mai said...

maity...ko ada minum ais ker?..sebab kalau minum ais, kaki sembab...

well, utk elak kaki kebas or simpul biawak, rendam kaki ko ngan air panas suam + garam..insyaAllah berkesan...

Marriatyi Morsin said...

mai ade gak. tp sehari sekali. itupon klu cuaca panas sgt. klu x aku minum air masak je.

tp aku still xtau ape mknan yg aku xleh mkn sbb tetiba je nnt tgn kanan aku jd gumuk n bulat2 je jari...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers