Buat kawan3 yang belum tahu dan yang dah tahu, Alhamdulillah tanggal 23/5/2010 tepat pukul 11.17pm aku selamat melahirkan Muhammad Alif bin Danial Hafiz Ling. Lahir secara pembedahan. Syukur semuanya selamat (wlw dalam hati ade rasa tidak puas hati), namun syukur aku dan anak sihat. Cepat 5 hari dari tarikh jangkaan, Alif (panggilan manja dia) tak sabar nak jumpa mama dan papa dia.
Jika ada yang ingin bertanya apa perasaan aku setelah bergelar mama, ibu, mak, ummi...? Memang tak dapat aku gambarkan. Semasa di atas meja pembedahan,saat mendengar tangisan Alif buat pertama kali, aku macam terawang3. Macam tidak percaya. Suara tangisan Alif sangat halus. Manja. Dan dia menangis sekejap sahaja. Kemudian Nurse tunjukkan Alif pada aku (masa aku tengah dijahit) . Aku tak dapat sentuh Alif, memegangnya apa lagi. Rasa air mata mahu mengalir tapi tak dapat. Keluar dari OT, nurse letakkan Alif atas dada. Alif renung aku dan aku renung Alif. Alif tak berkelip mata. Mulut comelnya menghisap susu dengan perlahan. Tapi aku masih tidak dapat menyentuh Alif (sbb ada drip bottle kat kedua3 belah tangan aku). Perasaan aku masih berbaur. Rasa tidak percaya, syukur, gembira, sedih dan bermacam lagi. "Allah, inilah dia anak yang kukandung selama 9 bulan. Inilah dia rasa cinta aku dan suami".
"Ya Allah, syukur padaMU. Hadiah dariMu ini sangat berharga. Hadiah ini adalah amanah dariMu".
4 comments:
comel muke alif mcm ni -> (^__^)
thanks awa...heheh
lamanya nak tunggu entry ko ni mity...letak gambo3 banyaaaaaaaaaaaaaakkkkk3 lagi..x puas..dah le jauh nak tgk hu3..
qim, ko tgk dlm fb la...jenuh aku upload dlm tu...
Post a Comment