Sunday, August 8, 2010

Masa




Sejak balik bekerja selepas cuti panjang, masa tidur aku pun sudah berubah. Bangun seawal 5 pagi, susukan Alif dan pamkan sedikit "susu segar" dalam botol utk bekalan pagi untuk Alif. Kemudian aku akan siapkan bekalan EBM dan bekal baju utk Alif. Jikalau ada lebihan lauk semalam, aku akan panaskan utk bekalan aku ke opis pulak. Dalam pukul 6 pagi, jika Alif jaga aku akan susukan sekali lagi dan layan "borak" dengan dia. Ikutkan hati macam malas nak ke opis bila tgh syok berborak dengan Alif (huhu~). Setelah siap semuanya, aku ke opis dalam pukul 6.40 pagi. Alif, papa yang hantar ke rumah pengasuh (sbb papa kata kesian nak hantar Alif awal sangat kalau aku yang hantar). Aku jemput Alif balik waktu petang (sbb papa kata Alif dpt balik awal kalau aku yang ambil, dalam pukul 5.30 Alif dah ada kat rumah).

Jika sempat, aku akan masak. Malam Alif tido lammmmbat (huhu~). Paling awal pukul 9.30 malam tapi selalunya pukul 10.30-11.30 malam (pukul 12 pon ade hehehehe). Alif mengantuk, pelupuk mata tebal tapi dia tahan matanya dari tido sbb nak berborak dengan aku or papa dia. Bila dah mengantuk sangat, tapi mata masih ditahan3 dari tido, mulalah Alif menangis. Sesi "mengempeng" pon bermula (konon3 utk tidokan Alif....tapi selalunya aku yang tertidur dlu sebelum Alif - hehehhe).

Dan jadual ini akan berulang semula bila sampai pukul 5 pagi.

4 comments:

pak jang said...

rindu alif...selamat berpuase pada kak maity and family...
upload gamba baru alif eh nti

Marriatyi Morsin said...

ok pak jang...tp tgu dia 3 bln dlu br nk upload gmbr br...
slmt berpuasa gak ye pak jang..jgn ponteng puasa

Asmida said...

Maity.. aku pulak??.. lepas magrib dah masa menidurkan Aleesya sbb dia dah mula x tenteram... tapi, nak layan dia tido nyenyak mahu makan masa sejam... so, pukul 9 baru tahap selamat untuk ditinggalkan.... biasa lah... dah ada anak byk "masa" kita kene korbankan.. he heheee.....

Marriatyi Morsin said...

As alif pon amik masa yg laaaaamaaaa sblm dia nyenyak btul3...sbb tu aku yg slalu t'tido dlu. pastu dia pandai, bila aku dh tido xde la pulak dia merengek3 pastu trus dia tido sbb xde org nk layan dia. bila aku t'jaga semula mcm kesian pulak aku tgk dia tido sorg3....huhu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers