Sunday, October 10, 2010

Eksklusif


Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Alif masih lagi menyusu secara eksklusif. Bekalan susu formula yang aku bekalkan kepada pengasuh untuk Alif masih tidak berusik. Stok EBM masih cukup untuk Alif. Walaupun bekalan EBM tu sedikit namun ianya cukup utk bekalan 1 hari. Benar, setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Aku kena buang penyakit M. Kena pandai mencari ruang utk membuat 'projek' agar bekalan EBM cukup utk Alif.


Musim kemarau sudah berlalu. Aku kena sentiasa positifkan minda, agar niatku utk menyusukan Alif sekurang-kurang 6 bulan tercapai (tp mak kata kalau boleh biar sampai 4 tahun macam adik aku Naquib heheheh :D).


Pengasuh Alif, Kak Ida @ Mama Icah sentiasa memberi info terkini mengenai Alif. Dan aku bersyukur kerana Alif dapat pengasuh yang begitu sayang kepadanya. Kak Ida, orang yang paling risau sekiranya aku kekurangan susu. Selalu dia tanya susu aku masih ada ke. Selalu dia cakap agar Alif diberi susu ibu saja. Katanya "kesian Alif kalau kena minum susu tepung. Kalau boleh tak payah bagi Alif susu tepung. Biar dia minum susu ibu saja". Kawan-kawan kat opis kata jarang ade pengasuh mahu terima baby yang masih minum susu ibu. Kerjanya mmg renyah, berbanding menyediakan susu tepung. Syukur, memang nasib Alif bertuah mendapat pengasuh sepertinya. Kak Ida, Abang Ismadi dan Ika, terima kasih kerana sentiasa memberi galakan agar Alif diberi susu ibu. Kak Ida cakap "biar badannya besar dan sihat". Syukur padaMu.


Kepada Mr. Hubby, terima kasih kerana memahami diri ini. Terima kasih kerana tolong membuat air longan, membeli supplement, membeli milk storage bag, memberi teguran dan pandangan serta urutan ketika aku penat dalam menjayakan misi ini. Alhamdulillah.


2 comments:

Cyda Acme said...

wahhh .. bagus arr ko maity. Congrate!!
aku mmg start 5bln arituh dah kena camporkan ngan susu tepung tuk dak arif tuh. Susu pon makin lama dah makin kurang 1oz. supplement mcm2 dah aku telan. air longan? dah try tp aku lak kena batuk2 teruk. skang nih apa yg aku buat berdoa + minum air byk2 n mkn byk2 hu3

Chaplips said...

well done!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers