Monday, February 21, 2011

Rm50

Salam...

Semalam aku ajak Hubby pergi pasar. Stok makanan hampir kehabisan. Ayam, ikan dan daging masih berbaki. Tapi sayur memang dh habis. Kalau sayur habis, kesian pulak Alif. Nanti Mama dia buatkan bubur kosong je.

Sebelum ke pasar, Hubby bagi rm50 untuk beli barang. Dalam kepala, macam-macam aku rancang nak beli. Kalau tak cukup, kena guna duit sendiri la gamaknya. hehehe...Sampai di pasar, tempat pertama yang dituju, adalah tempat ayam. Sekilo ayam rm6.80. Aku kena bayar rm14.80...huh..mahalnya harga untuk seekor ayam (masa bersihkan ayam tu, lemak yang banyak....rugi rugi rugi....) . Kemudian pergi tempat daging. Daging sejuk beku rm13 sekilo. Hubby kata belilah sekilo. So total ayam + daging = RM27.80.

Lepas tempat ayam dan daging, beli mee dan bahan perencah untuk mee goreng (Hubby kata nak makan mee goreng untuk dinner). Beli beli beli....kena rm7.00.

Kemudian beli sayur-sayuran. Beli carrot, brokoli, bawang besar, kacang peas, bayam, cendawan n 2 biji cili merah. Total rm16.30. Huh~ barang-barangnya tak adalah banyak mana. Semuanya seciput je. Tapi harga....? Makaih.....rasa macam nak tanam semua sayuran tu. So, total belanja semalam RM 51.10. Aishhhh terlebih rm1.10 pulak...Kena guna duit sendiri hehehehe...

Nak cerita kat sini, bukan pasal berkira duit dapur yang Hubby bagi. Tapi untuk diri sendiri juga. Ye la, aku ni tersangatlah 'RAJIN' untuk memasak. Hubby pulak layan je aku ni. Setiap kali makan luar paling kurang rm15. Contoh, makan McD. Set breakfast untuk 2 orang je dah lebih rm20. Hari Sabtu hari itu, aku masak lebih kurang sama macam set Big Breakfast McD. (Ada scramble egg, bun, sausages, chicken ham & baked bean). Sosej, chicken ham tu aku beli cap ayamas. Sepeket tu boleh masak banyak banyak banyak kali. Aku masak sampai Hubby n aku makan bertambah-tambah. (Hubby cakap 1st time aku masak mcm tu sejak aku kawin dengan dia. Heheheheh...). Alif pun tumpang makan baked bean n bun. Memang jimat. Lagi, semalam malam masak mee goreng (isi dalam mee goreng = daging, telur, sayur, fish cakes [2 jenis fish cakes yang aku tak tau nak bagi nama ape], & tahu). Masak separuh peket mee kuning. Hasilnya aku siap boleh bawa breakfast ke ofis pagi ni. Itu pun setelah malam semalam aku tambah makan 2 kali, Hubby pun sama. Dan mee goreng yang aku bawa ke ofis ni dimakan untuk 3 orang. Memang jimat. Kalau beli kat luar, mahu kena rm1.50 untuk satu bekas polisterin (itu untuk mee goreng kosong ye, kalau ade tambah ayam?... dah jadi rm3).

Kalau aku tetiba nak makan tomyam dan malas nak masak. Sebungkus tomyam ayam dah rm3.50 (paling murah). Kalau masak sendiri? Cendawan tiram (sepeket tu masak 3 kali. Harga sepeket rm2), putik jagung (sepeket masak 2 kali. Harga sepeket rm1). Lobak merah (sebatang lobak masak 3 kali. Harga sebatang rm1). Kubis bunga (sepokok , saiz sederhana tu boleh masak banyak kali. Harga sepokok rm2.50). Limau nipis (sebiji rm0.50). Isi ayam? Daun ketumbar? Tomato? Cili api? Bawang? Daun limau purut (petik dr taman kat rumah)? Serai? Huhuhuhu~...panjang listnya....dan bila dicampur kesemuanya, aku boleh dapat satu periuk saiz sederhana dan boleh makan 2-3 kali. (Kadang-kadang bawa keesokan harinya....). Kalau beli, dapat makan juga, cuma makan tak puas lah...dan aku boleh masak tomyam lagi 2-3kali lagi baki dr sayur3 yang ada.

Hmmmm....maka sekarang ni aku perlu rajinkan diri yang sedia malas ni untuk cuba mengubah pola pemakanan aku sekeluarga. Ye lah, kalau kat luar tu, kita sendiri tak tahu apa rencah yang digunakan. Kalau masak sendiri, kita mesti pilih yang terbaikkan? Ajinomoto pun aku tak guna. Kalau kat kedai....? Jadi aku kena mula mengumpul resepi. (angan-angan dr dulu lagi. Tapi selalu tak buat). Nak cuba juga masak selagi aku mampu. Kalau letih sangat atau nak makan sesuatu yang lain, memang kena makan kat luar juga lah....hihhihi...

Dengan rm51.10 barang yang aku beli, aku boleh masak untuk seminggu. Jimat betul. Cuma betul ke aku nak masak penuh seminggu? Takpe, aku akan cuba....Kalau aku tak berjaya minggu ni, aku akan cuba minggu depan pula. InsyaAllah...aku kena cuba juga. Ciayo Maity q(^o^)p

p/s: Mr.Hubby tolong bagi support yek.....

9 comments:

Teja said...

As salam. Mity,

Selamat memasak... hik3. Masak sendiri @ masak kedai ada baik buruknya. Pepandai la kita pikir2kan. Sejak pindah rumah ni, aku pun dah 80% masak & makan kat rumah. (ada gak masak kat kedai makan kat umah :p).

Yg 20% tu biasa ujung minggu memang jalan2 carik pasal la... dan bab2 kira ni aku memang x berkira sgt, tp kata kosni perbelanjaan utk makan2 telah turun dgn mendadak... hu3... nampak sgt nak ckp aku malas masak la tu... ha3...

Pagi sarapan: masak (anak siap tapau bwk bekal sek). tghari masak (anak&bapak balik makan, ptg minum ptg aku sorang2 kat umah (skip=tido le), mlm panaskan jek lauk siang. Jimat tenaga. Pagi esok (lebihan semlm leh bagai2kan wat sarap). Jimat banyak la... dan boleh masak ikut citarasa tekak sendiri.

Yg x bestnya............ bawang sangat le mahal skang ni... bak kata mak aku kita org dapur pandai2lah jimat2 guna bahan bila masak... ha3... bahan2 yg leh tanam tu kena tanam la ek... rajin ngan x rajin jek...

P/s : tetiba aku rindu nak meroyan. Kat sini pun jadik ek?...

Haikaliium said...

sangat setuju...kalau kerap makan air tangan isteri baru la makin kuat chemistry nya...:)

Teja said...

Che din, nak lagi melekat pas makan asben leh tlg cuci pinggan :D

Marriatyi Morsin said...

aku sokong ko teja....skrg ni aku rasa kurang ckit perbelanjaan yg merapu. tp utk mkn kt luar tu kena la sekali sekala...nk jugak cuba sesuatu yg baru (ecehhh)...lg pulak dh ade alif, keperluan alif lg la tgi. huhu~ xpe utk anak aku n danial kena la buat budget elok3...aku skrg guna bwg beso je. 1 bwg beso tu aku belah 2 @ 3 @ 4...tgk pd keperluan lauk. klu guna bwg kecik aku x reti nk adjust kuantiti...nnt aku nk tanam je la bwg, so xyah la beli daun bwg nnt. daun sup pon nk tanam. ehehehhe...(kena cari benih la tu).

chedin: danial mmg suka klu aku masak sbb dia pun sbnrnya xgemar sgt mkn luar. aku masak xde la sedap pun. tp klu dh lapar suma rasa sedap. hehehhe...

chedin & teja: sgt setuju dgn teja, nk bg melekat & chemistry yg membuak3, encik suami kena la tlg cuci pinggan, kemas3 lps makan...hehehhe...

Teja said...

Mity, aku pun dah mula nak menanam. sket2 jek, x tau le leh idup subur ke x.. he3, benda nak pakai sket jek kan, dah mula semai kunyit, cili, kacang botol, betik. Daup sup daun bawang (belom semai lagi, baru nak boh tanah)... apa lagi ek... ha... serai tgh rendam kasi tumbuh akar (lupa nak cek...hik2, seminggu dah rendam).... hik3...

aku pun, masak bukan le sedap sgt... janji ikut tekak selera anak2. kadang telor goreng kicap pun dia kata mama sangat hebat... hi3..

Marriatyi Morsin said...

teja x sabar nk tgu alif pandai cakap sedap ke x aku masak...huhu~
aku nk menanam tp somi aku kata kena ade landskap nk tanam pokok ape, nk tanam kt mana suma...huuu~

Anonymous said...

good luck maity!! :D
dulu kat malaysia pon, asmah selalu gak makan luar. yelah balik kerja dah penat & tak larat.
tp kat sini no choice, kena masak jugak.lama2 terer la masak mcm2 coz nak memenuhi selera makan. kat malaysia main beli jer.

-Asmah-

Marriatyi Morsin said...

thanks asmah...hihihi...sementara semangat berkobar. tp ade jugak makan kt luar masa weekend sbb MIL dtg...

ewa said...

suka..suka..suka... idea kak maity. tapi kekadang penat lah balik office :(

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers