Semalam bersamaan 10 Syawal 1432 (8/9/2011), genap Alif (1thn 3 bulan 16 hari), Alif telah mula berjalan. Berjalan tanpa memegang tangan aku or mr.Hubby. Berjalan tanpa memapah atau memegang kerusi/meja/almari/dinding. Kaki kecil yang comel dan montok itu sudah bersedia untuk berdikari.
Kejadian berlaku di hadapan banyak mata. Depan ayah, depan aku, depan mr.Hubby, depan adik-adik aku dan depan sepupu sepapat Alif. Terkejut aku bila melihat Alif tiba-tiba berdiri dan terus melangkah dengan berani. Tanpa ada rasa ragu-ragu. Melangkah dan terus melangkah. Mungkin ada di antara pembaca (ada ke yang baca coretan kecil ini???) anggap ini perkara biasa. Tapi bagi aku dan mr.Hubby, ini perkara luar biasa. Kerana apa? Kerana sebelum ni dia tak pernah berjalan seperti tu. Selalunya hanya setapak dua sahaja dia melangkah. Paling banyak 3 tapak dia melangkah. Kemudian dia duduk ataupun dia akan capai apa sahaja di depan dia. Selalunya dia akan memegang tangan aku dan mr.Hubby dengan erat. Takut aku dan mr.Hubby lepaskan dia. Takut terjatuh agaknya. Paling-paling tidak dia akan tarik kerusi makan dan mula menolak kerusi makan tu sampai ke bucu rumah.
Bila diingat-ingat, cepat benar masa berlalu. Dari tapak kaki sebesar 2 jari tangan aku, sekarang Alif sudah mula berjalan. Sedikit masa lagi mula berlari. Dan kemudian....? Sayu rasa hati. Moga Alif berjalan di bumi Allah ini dengan penuh berani. Moga Alif berjalan di bumi Allah ini dengan penuh taqwa. Moga Alif berjalan di bumi Allah ini dengan penuh rasa kesyukuran.
Terbayang riak wajah Alif kesukaan setiap kali dia melangkah ke depan. Raut wajah bangga. Mungkin dalam hati dia berkata "Mama, Papa lihat Alif sudah pandai berjalan. Mama, Papa jangan risau". Buat Alif, sesungguhnya Mama dan Papa sayang padamu. Moga Alif menjadi anak yang soleh, anak yang hebat, anak yang bijak dan anak yang taat, sepertimana doaku setiap kali selesai solat dan semasa menidurkan dia.
** Gambar tapak kaki ini diambil semasa Alif dalam hari lagi....**
1 comment:
anak lelaki saya mula pandai berjalan sms berumur 1 thn 1 bln..dia spt Alif juga tiba2 aja bangun terus berjalan dgn laju..padahal sebelum tu saya tak adapun tatih-tatihkan dia..merangkak pun dia jarang..dan dia dapat duduk tanpa sokongan apabila umurnya 1 tahun..agak lambat juga kan..jadi bila dia tengok berjalan laju dan tak berhenti tu memang terkejut dan hairan juga..walau mcm manapun alhamdulillah..setiap anak berbeza tahap perkembangannya..saya doakan kesejahteraan untuk Alif sekeluarga.
Post a Comment