Hidup Ini Indah...
Kadang-kadang Lidah Kelu Berbicara...
Tuesday, August 27, 2013
Update Rumah Baru...
Hari tu saya ada bagitahu saya dalam proses buat rumah baru. Ini link ke rumah baru saya. Moga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik olehNya. http://vitaminkitasemua.blogspot.com/Vitamin Kita Semua
Thursday, August 22, 2013
Asam Jawa
Salam hari Khamis.
Pagi lagi saya menulis. Asam jawa ini saya dapat hari Isnin (19/08/2013) baru-baru ini. Didi yang bagi. Suka saya sebab asam jawa ini dari Kedah. Dapat percuma, maka senyum sampai ke telinga. Sebelum balik kerja saya simpan asam jawa dalam handbag. Konon supaya tidak tertinggal dan terlupa untuk dibawa balik ke rumah. Namun sampai hari ini saya terlupa untuk simpan asam ini di rumah. Kiranya sudah 3 hari asam jawa ini menemani saya ke hulu ke hilir pergi dan balik kerja. Macam tangkal pula. Senyum pada diri sendiri kerana terlupa. Harap hari ini saya tidak lupa lagi untuk simpan di rumah balik kerja petang nanti. Atau adakah ia masih menemani saya esok?
Monday, August 5, 2013
Potty training Bahagian 2
Saturday, August 3, 2013
Kolam besar
Salam malam sabtu...
Setiap kali hujung minggu, jika tidak hujan En.suami melayan permintaan Alif dan Atif untuk mandi kolam. Kolam sederhana besar (3m×1m). Puas juga mandi berenang dalam kolam itu. Saat itu jangan harap anak-anak comel hendak keluar awal dari kolam walau tertelan air banyak kali. Puas tengok mereka gembira. Alif mula cuba untuk mengapungkan diri. Mama dan papa dia ni memang tidak tahu berenang. Tapi memang nampak ada perkembangan. Atif pula tidak padan kenit, walau beberapa kali 'tenggelam', namun memang tidak serik langsung. Macam anak itik...
Yang penting mereka gembira. Maklumlah bila hujung minggu mama mereka ini sangat malas hendak keluar rumah. Taman permainan depan rumah pun malas dituju. Jadi biarlah mereka gembira bermain dalam kawasan rumah. Sayang kamu berdua.
Thursday, August 1, 2013
Rumah baru
Saya dalam proses membina "rumah baru"....khas untuk Shaklee saja...
Nanti saya update ya
Wednesday, July 10, 2013
Selamat hari lahir
Salam 1 Ramadan...
Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menyambut Ramadan tahun ini. Sejuta syukur juga kerana 1 Ramadan 1434 tahun ini jatuh bersamaan hari lahir saya yang ke-34. Syukur padaMu ya Rabb.
Menanti untuk berbuka nanti adalah kek yang dibeli En.suami dari semalam lagi. Syukur padaMu ya Rabb kerana menghadiahkan diri ini suami yang penyayang dan permata hati yang comel-comel belaka. Usai solat tadi terbayang betapa banyaknya nikmat 'hadiah' dr Allah untuk diri ini. Tidak terhitung. Sehingga saat jari-jari ini menaip untuk entry ini, tidak putus hadiah dari Allah. Nikmat akal dan nafas. Nikmat sihat dan bahagia. Syukur padaMu ya Rabb.
Dan sejuta terima kasih buat mak dan ayah yang membesarkan diri ini. Sayang mak ayah sangat-sangat.
Sunday, June 30, 2013
Cuba untuk senyum
Hari ini cuba untuk menceriakan diri. Keluar 'shopping' barang dapur seorang diri. Anak-anak saya tinggal bersama En.suami. Namun perkataan ceria itu tidak juga kunjung tiba. Manakan tidak ceria, sesampai Sahara di Tesco, umat manusia ramai sekali. Bagai ada pesta keramaian. Bagai ada agihan barang percuma. Sesak dalam setiap lorong. Troli berlaga. Tangan berebut barang. Memburukkan lagi keadaan bila rak barangan telah beralih tempat. Hendak mencari sos tomato sahaja memakan masa. Mode ceria dicari tapi mode lain yang datang. Penat dan rasa keliru.
Alahai saya cuba untuk senyum namun masam muka yang tiba.