Monday, August 5, 2013

Potty training Bahagian 2

Salam Ramadan ke-28.
Pejam celik pejam celik, sekejap sahaja Ramadan sudah hampir ke penghujungnya. Sememangnya Ramadan kali ini berlangsung dengan pantas sekali. SubhanaAllah...moga ibadat kita diterima oleh Allah.
Berbalik kepada tajuk yang diberi, kisah potty training Alif tidaklah semudah yang disangka. Kes 'terlepas' 'melepas' 'tidak sengaja terlepas dan melepas' dan 'sengaja terlepas dan melepas' berlaku antara kerap dengan tidak. Namun sesuatu yang boleh dibanggakan adalah minggu pertama percubaan Alif sudah pandai mengawal air kecil dia. Pandai untuk memberitahu 'hendak shishi' dan mengajuk mengulang ayat saya dan En.suami 'sudah besar tak perlu pakai pampers''shishi dan ea ea di toilet'. Acap kali ayat itu yang keluar dari mulut comel dia tatkala dia sedang atau sudah melepaskan hajat kecil di tandas. Namun satu perkara yang membuatkan saya dan En.suami risau adalah Alif tidak mahu berak kecuali dalam pampers. Alamak...misi untuk melatih dia untuk tidak menggunakan lampin pakai buang sangat tidak praktikal kerana bila dia hendak tidur kami memakaikan dia pampers. Tidak sampai 5 minit dia terus cakap 'mama nak ea ea' sedangkan bila ditanya hendak ea ea sebelum kami pakaikan pampers dia kata tidak mahu.
Penggunaan pampers masih lagi lancar cuma agak terkawal kerana kekerapan penggunaan berkurangan. Alif sangat 'alert' masa untuk kencing. Tertib sebelum semasa dan selepas membuang hajat kecil itu pun dia sudah hafal dan lakukan dengan baik. Mulut comel dia terkumat kamit mengulang arahan yang kami ajar. Benar anak kecil mudah untuk kita bentuk.
Dan hari ini dalam sejarah! Semasa saya sedang menidurkan Atif, Alif berlari masuk ke bilik dan memberitahu 'mama nak ea ea'...kelam kabut saya turun ke bawah sambil membawa Alif ke tandas. Ingatkan dia hanya bermain kerana banyak kali juga saya terkena situasi begini. Namun perkara yang saya hajati termakbul. Dia sudah pandai membuang hajat besar menggunakan tandas. Rasa bangga pada Alif. Reaksi spontan Alif bila dia berjaya melakukannya adalah...'ABANG HEBAT!' jerit dia dan 'BERJAYA'...Dia sendiri amat tertunggu peristiwa ini sebenarnya. Ya saya amat berbangga dengan Alif. Anak saya sudah besar. 
Alhamdulillah...syukur padaMu ya Rabb...
Untuk rujukan saya sertakan link untuk entri potty training sebelum ini. Moga bermanfaat untuk anda juga.

1 comment:

Anonymous said...

Sands Casino: $200M Casino Bonus | SURE CASINO
Welcome to Sands Casino, your new home to 온카지노 the best in gaming and entertainment! We have you covered with 샌즈카지노 over a hundred casino promotions to keep you on 카지노사이트 the

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers