Pernah ke kawan2 sekalian merasa bosan yang amat sangat? Inilah yang aku alami sekarang ini. Dah seminggu bercuti tp xtau ape nak buat. Kalau masa keje tu, tak sabar2 nak bercuti, ni bila dapat cuti mula la rasa semacam je...Bosan la pulak..Salute pada kawan2 aku yg jd suri rumah mcm Qim n Yin...skrg aku dh tau dah ape rasa ddk je kat rumah...tp at least Qim n Yin ade anak penghibur hati, boleh layan mereka bercakap, ni aku nk lawan cakap dgn sape? Tv? Dinding...aduh la...
Sekarang pukul 11.20 am. So jap lagi nk kemas bilik, pastu tgk tv, pastu tgk tv, tgk tv lagi dan tgk tv sampai hubby balik pukul 6pm nnt. Huhu..bosannya...tolong2...
Wednesday, June 25, 2008
Friday, June 20, 2008
Happy 32nd Birthday Sayang...
19 Jun 2008...genap 32 yrs umur hubby kesayangan. Sebenarnya tak tau nk belikan hadiah apa utk hubby... Tapi dulu hubby pernah cakap nk sesuatu...tapi bila tengok banyak baju kerja hubby yang dh lusuh, terfikir utk hadiahkan baju kerja je...hmmmm...fikir punya fikir lama2 kata putus telah dibuat...
Cepat2 bersiap (sbb risau hubby balik kerja awal), pastu terus pergi shopping complex. Pastu beli hadiah apa yang patut n sebiji kek Season yang yummy...Balik rumah, saja je letakkan hadiah tu tersorok tepi katil, saja nak surprise hubby.
6 pm, si dia balik dari office, hubby masuk bilik macam biasa. But he noticed kek tu...senyum lebar dia. Tetiba hubby nampak kotak hadiah tu. He was very shocked...kotak kek letak tepi, kotak hadiah dicapai dulu. Dengan rasa tak sabar, hubby cuba buka kotak tu, tapi apa daaaa...gabra punya pasal, reben atas kotak pun xdpt dibuka. So, dengan pertolongan aku, hubby dapat buka kotak hadiah tu....teng teng teng...menjerit hubby bila nampak PS2 satu set beserta cd2 nya. Tanpa buang masa, terus hubby pasang PS2 tu n try main...hihihi...gembira nampak hubby gembira. Aku pun layan main dengan hubby sambil makan kek. Hubby pulak hadiahkan gitar utk diri sendiri hehehe...
Malamnya, dinner kat luar. Hubby blanja makan. Rasa puas nmpk hubby gembira sambut Hari Lahir ke-32 dia tu. Sayang hubby sangat. Doaku agar hubby menjadi seorang suami yang soleh.


Sunday, June 15, 2008
PTK
PTK!!!!
Ogos ni...tp x tau la bila, kena ambil ujian PTK ( Penilaian Tahap Kecekapan)...alamak kena study semula...dah la otak ni dah berkarat.
Lama x study pastu kena pegang buku semula. Bila masuk bab Pekeliling itu Pekeliling ini mula la payah nak ingat... kena study ni...klu x duduk senyap kat T1 je la...sampai lulus...aduh....
Ingatkan habis je induksi dah x payah nk hafal Pekeliling itu ini lagi...Dasar itu ini lagi...Akta itu ini lagi...kena usaha juga...jangan main-main...ciayo q(^0^)p
Wednesday, May 28, 2008
air mineral 1.5 L dan limau 5 biji
hihihi...malam smlm tepat pukul 8.45 malam (27 mei 2008) aku gi rumah mak ngah nab ( slps buat appoinment pd siang hari)...bersama kawan ku si bulat julia...:D
Tujuannya cuma satu...berurut...hihiihi...ini la first time aku gi urut tradisional...selama ni pun gi berurut thai (alaaaa....yg slalu buat ekspo kat shopping complex tu)...tu pun urut tapak kaki je...
Tp yg ni lain, aku bawa hajat yg besar...maklum la dh 6 bulan kawin tp blum ade 'rezeki' lagi. mlm smlm pertama kali aku bg org luar sentuh tubuh aku...hihihi...geli beb...tp julia lagi best...abis semua angin2 dia kluar...banyak giler angin kat badan dia...lawan berangin dgn mak ngah nab tu jugak :D
Habis berurut, air mineral n limau tu dijampi n didoa..yg aku dgr selawat atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad s.a.w, dan ayat2 lazim...xde pulak ku dgr jampi serapah yg mengarut...air tu disuruh minum...slps 3 kali selawat atas nabi...limau pulak utk buat mandi selama 5 hari...ni cuma ikhtiar yang termampu...
InsyaALLAH ade rezki ada la....Amin...
Wednesday, May 21, 2008
(+) + (-) sama dengan negatif
Selamat petang semua...
Hari ni gi dgr ceramah tntg "Nilai-nilai Murni dalam Budaya Kerja Cemerlang" daripada Utz. Nasaruddin B. Abdul Aziz dari YPEIM...alhamdulillah..lama sudah x dgr ceramah2 macam ni...hr ni t'gerak hati utk pergi...
Ceramah yang diberi begitu mencuit hati...banyak yg diceramahkan tu terkena ke 'batang hidung sendiri'...tp yg paling berkesan di hati mengenai positif tambah negatif...negatif la jawapannya...ianya lebih kepada kita manusia ni...bnyk yg berburuk sangka, tak kira apa yg ada di sekeliling kita. Dalam dok kita b'buruk sangka, mengata dan yg seangkatan dgnnya, kita x sedar bhw yg kita buat tu salah...terkadang2 kita b'kata tntg keburukan orng kononnya utk peringatan diri ttp kita x sedar bhw kita sbnrnya telah membuat dosa.
Ada benarnya, sbnrnya diri ini dan may b diri anda2 di luar sana tidak sedar bahawa bnyk yg kita buat tu lebih kepada positif tambah negatif= negatif. Lebih menjurus kepada kemudaratan berbanding kebaikan...renung-renungkan...:)
Hari ni gi dgr ceramah tntg "Nilai-nilai Murni dalam Budaya Kerja Cemerlang" daripada Utz. Nasaruddin B. Abdul Aziz dari YPEIM...alhamdulillah..lama sudah x dgr ceramah2 macam ni...hr ni t'gerak hati utk pergi...
Ceramah yang diberi begitu mencuit hati...banyak yg diceramahkan tu terkena ke 'batang hidung sendiri'...tp yg paling berkesan di hati mengenai positif tambah negatif...negatif la jawapannya...ianya lebih kepada kita manusia ni...bnyk yg berburuk sangka, tak kira apa yg ada di sekeliling kita. Dalam dok kita b'buruk sangka, mengata dan yg seangkatan dgnnya, kita x sedar bhw yg kita buat tu salah...terkadang2 kita b'kata tntg keburukan orng kononnya utk peringatan diri ttp kita x sedar bhw kita sbnrnya telah membuat dosa.
Ada benarnya, sbnrnya diri ini dan may b diri anda2 di luar sana tidak sedar bahawa bnyk yg kita buat tu lebih kepada positif tambah negatif= negatif. Lebih menjurus kepada kemudaratan berbanding kebaikan...renung-renungkan...:)
Monday, May 12, 2008
Cantik Di Mata ALLAH

Setiap kita terutamanya wanita mengimpikan wajah yang cantik, tubuh yang elok dipandang serta segala-galanya yang sempurna. Namun hakikatnya, sempurna pada mata kita manusia, belum tentu sempurna pada mata ALLAH. Justeru segala-galanya memerlukan keseimbangan, termasuk dalam hal kecantikan. Bagaimana untuk jadi cantik zahir dan batin? Tip ini mudah dan praktikal sekali untuk diamalkan. Barangkali hanya memerlukan sedikit perubahan sikap dan perbuatan.
- Menjaga perkataan. Tidak bercakap kasar, sinis, atau dengan kata lain, menyakitkan hati orang lain sama ada dengan bahasa keras atau sindiran.
- Menjaga perlakuan. Menjauhi perlakuan kasar, bengis yang tidak selari dengan peribadi Muslimah.
- Anggota tubuh sentiasa dibasahi air wuduk.
- Jangan tinggalkan solat lima waktu (sekiranya dalam keadaan suci).
- Memakai pakaian yang sopan, tidak menjolok mata dan bersih.
- Selalu berfikiran positif.
- Membanyakkan zikir, selawat dan membaca al-Quran.
- Berbaik sangka dengan orang lain dan tekanan yang menghimpit.
- Berbaik sangka dengan ALLAH, termasuk dengan segala ujian yang ALLAH beri.
- Jangan abaikan amalan berdoa, memohon kebaikan dan hindari keburukan.
**petikan dari Majalah Nur (Oktober 2006)
Thursday, May 8, 2008
Special Dedication....Qim
Sedang aku belek2 pictures dalam hp aku...tup tup aku nampak picture kat bawah ni...rasa mcm sesuai je aku bg kat ko..heheh...
Ko jangan lupa aku yek....sbb aku akan sentiasa ingat ko as my friend...sbb aku ada memori terbaik masa bersama dengan ko...tp aku x tau la ko pun rasa yang sama jugak or not...heheh :p
Subscribe to:
Posts (Atom)
