Selamat malam semua
Tadi pergi ke The Store. Saja jalan-jalan tempat 'window shopping' 2 tahun sekali ini. Kali terakhir pergi 2 tahun lepas kerana En.suami berkursus di sini. Dulu pergi bawa Alif, kali ini ada Atif sekali. 2 tahun lagi ada A--- apa pula.
Dalam The Store tadi ada 2 bolsters berlainan sarung. Alif pilih satu Atif pilih satu. Semasa hendak buat pembayaran ada masalah pula. Bantal tersebut tidak ada tag harga. Pekerja di bahagian bantal tersebut tidak tahu macamana hendak letak tag sebab semua bantal dalam 'kotak besi' tidak ada tag harga. Dia ingat cukup hanya tulis pada resit tetapi pekerja di kaunter kata kena ada tag untuk scan harga dan masuk dalam sistem.
Malas untuk tunggu proses seterusnya, maka tinggallah bantal-bantal tersebut di kaunter sahaja. Alif mula hendak menangis sebab dia paling teruja dengan bantal tersebut. Tapi dengan pujuk-pujuk dia sedikit, langsung dia tidak jadi menangis. Kalau tidak haru juga sebab dia 'kipas susah mati' angry bird.
No comments:
Post a Comment