Salam Jumaat yang penuh berkat kepada semua.
Hari ini saya telah menghadiahkan diri saya alat kecantikan. 'Makeup' atau nama lain alat solekan. Awal perancangan hendak membeli jenama Bobbi Brown, namun jodoh kuat dengan MAC pula.
Sudah lama saya tidak membeli lipstick. Rasanya sudah lebih 4 tahun usia lipstick yang ada. Memang sangat jarang menggunakannya sejak berpindah ke Johor pada 2009. Paling tidak saya hanya menggunakan lip gloss atau lip balm sahaja. Itu pun sangat malas.
Saya turut membeli 'eyeshadow' dan blusher selain lipbase (kerana bibir saya sangat kering!!). Tidak ketinggalan berus blusher yang rupanya seperti berus lukisan. Kali terakhir membeli eyeshadows adalah pada 2007. Beli beria-ia kerana hendak dijadikan hantaran perkahwinan. Beli sendiri tetapi claim duit bakal suami (sekarang En.suami). Jenama Revlon. Berbekas-bekas eyeshadows dan lipsticks serta blushers. Pengakhiran semuanya dibuang kerana terlalu lama tidak menggunakannnya. Faktor utama kerana kesuntukan masa untuk bersolek kerana ada anak kecil.
Bila membeli tadi rasa sangat teruja. Minta jurujual tolong solekkan muka sekali. Oh!!! Lamanya tidak lihat muka sendiri disolek sebegitu. Solekan nipis natural. Senyum sendiri. Cuba itu dan cuba ini. Alang-alang disolekkan secara percuma. Namun bila tiba saat membayar sangat mendebarkan. Menggigil mengeluarkan wang berjumlah hampir rm450. Mahal!
Dalam hati rasa menyesal pula. Rasa membazir takut tidak menggunakan selepas ini. Macam-macam perasaan. Bercampur aduk. Kawan yang menemankan cakap "Anggap satu 'reward' kepada diri sebab k maity dah lama tak beli apa-apa untuk diri sendiri". Benar. Terlalu lama tidak menghadiahkan diri sesuatu tanda penghargaan selepas penat bekerja.
Takut juga En.suami marah bila tahu harga. Namun semuanya berakhir dengan senyuman. En.suami kata "Tak apalah sayang. Yang penting u guna". Lega!
Jadi selepas ini kena rajin memakainya biar berbaloi dengan nilai belanja. Cuma jangan sampai seperti solekan opera cina. Hehhehe. ..solekan natural yang pasti. Agar muka tidak nampak pucat lagi. Oh! Bukan niat untuk minta dipuji atau mahu tunjuk cantik bila bersolek ini. Solekan sederhana sahaja ya. Tidak secara berlebihan.
No comments:
Post a Comment