Salam petang sabtu.
Allahuakbar!!! Hari ini seharian saya mendapat penyakit berdebar-debar. Sememangnya saya sendiri tidak tahu kenapa saya perlu berdebar sehingga saat saya menulis di sini. Puas saya berfikir apakah musibah atau kejutan berita baik yang akan saya terima. Astaghfirullah al azim...
Dalam berfikir tentang berdebar ini, saya teringat peristiwa hari Khamis (27/6/2013). Saya menghadiri temuduga untuk mendapatkan biasiswa HLP. Pengalaman temuduga kali ke-2. Jika ditanya bagaimana proses temuduga kali ini. Saya sendiri ragu-ragu. Keputusan temuduga mungkin lebih berat kepada dukacita. Ini yang saya rasa. Sedih dan risau. Namun saya percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Saya fikir jika saya berjaya mendapatkan biasiswa itu, maka ianya satu rezeki yang datang bersama tanggungjawab yang maha berat. Jika saya gagal mendapatnya, ada 'pelangi' yang menanti saya. Kan setiap perancangan daripada Allah kepada hambaNya adalah yang terbaik. Tetapi saya tidak dapat sangkal perasaan sedih mesti ada. Hmmm...
Selama ini saya dikurniakan sebuah kehidupan yang boleh dikatakan mudah dan senang. Perjalanan belajar dari sekolah rendah ke sekolah rendah. Disambung dengan pengajian di universiti peringkat ijazah muda dan ijazah sarjana. Semuanya berjalan lancar. Begitu juga dengan urusan kerja. Saya mendapat tawaran kerja tanpa perlu bersusah payah. Tawaran kerja yang ditentukan kerana saya mendapat biasiswa KPM. Semuanya LURUS! Teratur sahaja.
Namun untuk kali ini saya terfikir untuk melalui jalan BENGKOK. Jalan yang tidak pernah saya cuba untuk lalui. Semuanya bergantung kepada keputusan biasiswa HLP nanti. Sekarang masa untuk berlapang dada untuk menerima sebarang berita. Duhai hati bersabarlah. Teringat kata salah seorang panel temuduga "Adakah saya bersedia untuk PhD?" Jawapan saya (dalam hati) saya sendiri tidak pasti. Itu yang pasti.
Bukan selalu jalan yang LURUS adalah mudah. Dan bukan selalu jalan yang BENGKOK adalah payah. Saya sedang menyiapkan diri untuk sebarang berita. Jalan LURUS atau jalan BENGKOK. Saya pasti semuanya yang terbaik daripada Allah.
No comments:
Post a Comment