Alhamdulillah diberi kesempatan masa olehNya saya dapat menghabiskan bacaan 3 buku di dalam gambar. Tulisan yang bersahaja tapi tersentap ke dalam jiwa.
Mereka penulis hebat !!! Mampu berkongsi cerita perjalanan diri. Dari cerita-cerita mereka sebenarnya itu yang terjadi dalam kehidupan kita setiap hari cuma bezanya catatan mereka dibuat untuk bacaan ramai.
Kita punya cerita sendiri. Sama seperti penulis-penulis ini. Cuma masa dan tempat serta watak tidak selari.
Apa yang pasti, selagi nyawa dikandung badan kita perlu sedar dan menginsafi bahawa segala yang ada pada diri adalah nikmat dari Allah. Nikmat masa, nikmat nyawa, rezeki, anak, kerja dan banyak lagi...
Ya Allah jadikanlah aku hambaMu yang mensyukuri nikmatMu.
No comments:
Post a Comment