Salam nisfu Syaaban buat semua
Alhamdulillah hari ini saya berjaya puasa. Syukur yang amat. Dapat lakukan solat tahajjud, solat hajat dan solat witir sebelum bersahur. Sahur ringkas sahaja. ESP campur mealshakes campur oats 3 in 1 beserta 2 biji kurma. Alhamdulillah rasa kenyang hingga ke petang dan cergas sahaja.
Rutin bekerja seperti biasa. Kelas sudah bermula bagi semester baru. Tugas lain adalah menyiapkan fail dan slaid bagi interview hari khamis nanti. Kelas petang sangat santai. Syukur atas nikmat kurniaanMu ya Rabb.
Balik kerja semasa memandu terbayang kesedapan kek butter. Hanya sekadar bayangan. Hendak singgah kedai malas. Maka tinggallah bayangan kesedapan kek butter begitu sahaja. Pukul 6.00 mesej En.suami untuk beli makanan berbuka. Menu setiap hari Isnin adalah nasi lemak. Nasi lemak letak ayam goreng tanpa sambal. Nanti boleh kongsi makan dengan anak-anak. Namun tidak disangka En.suami turut membeli kek butter. Allahuakbar...Allah sampaikan hajat saya melalui En.suami.
Malam nanti dan jika tidak sempat malam esok boleh makan sambil minum ESP campur mealshakes suam. Mesti sangat lazat. Alhamdulillah. ..
"Maka nikmat Tuhan mana yang hendak kamu dustakan...?"
No comments:
Post a Comment