Salam Ahad buat semua.
Jenama (brand). Apa ada pada jenama? Saya bukan seorang yang arif tentang jenama. Penggunaan barang berjenama pada diri amat terhad. Contohnya tudung. Belum ada koleksi ariani mahupun fareeda atau pearl haya setakat ini. Hanya ada 3 helai tudung jenama " Bawal Exclusive" harganya tidak lebih rm50 sehelai dan tudung-tudung tiada jenama lain.
Pakaian. Seperti tudung juga. Tiada koleksi menarik. Jika ada pun t-shirt brand seeds atau padini yang dibeli di dalam 'kotak' dengan harga 70% dikurangkan atau lebih.
Handbag pula dari jenama sembonia. Bonia? Design dan harganya tidak berkenan di hati. Namun saya suka cuci mata pada jenama 'Coach' dan juga 'Burberry'. Adakah suatu hari nanti saya mampu miliki? Angan-angan yang tidak perlu dibayar. Berharap juga ada yang mahu menghadiahkan kepada saya. Tapi terfikir juga jika jenama handbag sudah gah, bagaimana pula dengan isinya? Ini kerana selalu hanya ada not-not berona biru atau hijau muda dan merah sahaja. Jarang sekali not berona ungu hinggap lama.
Paling terbaru makeup yang dibeli dengan jenama MAC. Jenama makeup termahal pernah dibeli.
Jenama. Selalu buat hati tidak tenteram. Moga diri tidak tergolong dalam golongan gila jenama.
2 comments:
org kata, beli yg berjenama utk keyakinan diri
setakat nis aya juga xde turung fareda yng ratus2 tu..belum teringin
x tahu la klu masa akan dtg sy beli ke tak :)
tapi mmg teringin satu designer bag..cuma lom mampu :)
Saya pun sangat teringin punya 1 designer bag. Puas berangan bila dapat peluk bag itu :)
Post a Comment