Monday, March 8, 2010

Panjangnya senarai...

Semalam aku dan Hubby buat senarai yang panjang sekali. Senarai yang melibatkan hampir 3 tahun perancangan. Sebenarnya aku yang lebih-lebih, Hubby relax je. Aku panggil list tu RMD (Rancangan Maity Danial). Hehehe...

Sebenarnya list ni lebih kepada list untuk melengkapkan rumah kami. Rupa2nya banyak lg yang perlu aku dan Hubby buat. Maklumlah, rumah ni masih 'togel" lg. Yang ada hanya perabot asas. Tapi itu pun belum lengkap. Bila dok mencongak2 dan berkira2...mau perlu 3-4 tahun lagi baru la lengkap agaknya rumah ni. Hmmmm.....bila dah melibatkan tahun tu, maka banyaklah expenses yang perlu diambil kira. Aku ni pulak, bukan boleh duduk/tinggal kat tmpt aku x lengkap. Mengada lebih. Nak itulah, nak inilah. Aduiiiiii...
Bila dah jadi mcm ni, mulalah aku terfikir nak cari sesape (kwn2 la) yang boleh bg nice consultation or may be kalau ade yang buat bisnes dalam area yang aku nak ni. Bagi nice price ke...hehehehehe....teruk tak? Asyik nak guna orang je kejenya.

Lagi, dalam dok mengada-ngada buat list panjang berjela tu, aku selit sekali list nak sambung belajar. Macam mana tu? Hubby cakap, boleh. Asalkan dapat gaji penuh :D. Hehehehehe....Alamak, macam-macamlah fiil Maity ni. Sekarang ni pon aku tgh buntu nak buat proposal mcmn. Nak cari bahan lagi. Tolong....tolong. Ade sesapa boleh guide...? Tapi aku rasa, untuk further ni, aku target dalam masa 2 tahun lg. Itu pun klu bukan hangat2 chicken poop. Or macam mat jenin...eh silap..minah jenin.... :D

Monday, March 1, 2010

Kisah 6

Kisah 6 bermakna kandungan aku dh masuk 6 bulan lebih. Alhamdulillah...dh masuk 27 minggu. Pergerakan baby pun makin kuat, terutamanya waktu petang (masa aku tgh santai tgk tv) dan juga waktu malam (time aku mula nk pejam mata). Dua waktu tu mmg waktu baby paling la kuat sekali bergerak. Alhamdulillah time aku mengajar tidak ler baby ni bergerak kuat. Kalau tidak mau nampak perut aku berombak3 :D.

22/2/2010 aku kena pi regular check-up dengan klinik ibu. Isnin petang yang panas berdengung. Ramai betul orang kat klinik time tu. Aku punya turn punyalah lambat. Berpeluh aku menunggu. Nak dijadikan cerita, masa timbang berat, berat aku yg biasanya naik dlm sekilo or 2 kilo tu telah melonjak jadi 2.9 kg. Alamak...misi dah mula bising. Naik banyak kata misi tu. Tapi bila check gula, alhamdulillah paras gula masih normal. Tapi misi masih bising. Dia kata klu naik banyak lg next check-up, aku kena minum ayaq gula....gulpssss....xmo aku.

Dan rentetan dari 2.9kg tu la aku kena pi check tekanan darah 3 kali berturut-turut (selang 1 hari). Dan hari yg bertuah tu adalah pada 24/2 (Rabu- ok sbb hari bekerja), 26/2 (Jumaat - cuti umum) dan 28/2 (Ahad). Aku takde la kisah sangat kena pi klinik hari Rabu tu, tapi aku kisah kena pi klinik hr Jumaat n Ahad tu. Sebabnya kena pi awal pagi (sbb klinik buka sejam je). Terpisat2 aku dan Hubby kena pi klinik kat Cahaya Baru, awal pagi. Maklumlah, selalunya klu time cuti, lps solat subuh je kami ni sambung balik mimpi yang indah, tp ni kena bersiap nak pi klinik hanya untuk check tekanan darah dan lepas tu balik. Check tu kejap beno, x sampai 2 minit, tp perjalanan ke klinik tu yg lama. Setengah jam tu dari rumah aku.

Dalam nak ngomel2 ni, aku bersyukur sangat sbb tekanan darah aku still normal. 100/60. Cuma 1 la...aku xde selera sangat nak makan nasi. hmmmmm.... harap3 lepas ni ok. Ohh aku dah kira jumlah kenaikan berat badan aku setakat ni. Semua sekali adalah 7.8 kg. Perghhhh banyak betul. Dan aku masih ada lebih kurang 3 bulan untuk tambah lg berat badan :D. Tak apalah. Yang penting baby sihat dan aku montel. heheh

** Sekarang aku asyik kena kebas kat tangan je. Pegang sudu ke, pen ke, kertas ke, waima tak pegang apa3 pun boleh kebas. Ada apa3 suggestion untuk elakkan or kurangkan kesan ni x? Lagi 1, aku pon x tau makanan apa yang buat tangan aku tetiba jadi montel dan sembab. Tapi kesan tu sekejap je, dalam 3-4 jam lepas tu hilang semula.
** Masih ada baki untuk khatamkan al-Quran. Hmm kenapa la aku ni x istiqamah? Aku target sebelum bersalin aku kena khatam al-Quran juga. Hadiah untuk aku dan baby....
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers