Sunday, September 11, 2011

Ahad pagi

Selamat hari Ahad. Bangun pagi td (Alif yg kejut). Dia dh siap pegang botol susu dia. Tapi tak menangis. Smabil nyanyi-nyanyi (puas tidurlah tu), main-main atas tilam. Panjat-panjat badan aku. Kesian dia, malam semalam dia tak jaga minum susu langsung. Bila dia merengek-rengek (masa tgh tidur), aku tepuk-tepuk dia, then dia terus sambung tidur balik. Penat sangat kot (malam semalam pergi Jusco Tebrau. Mr.Hubby beli kuih bulan untuk colleagues dan adik ipar). Bila tengok Alif dah pegang botol susu dia, terus kejut mr.Hubby minta dia buatkan susu untuk Alif.

Pagi seperti biasa di hujung minggu, selalunya mr.Hubby beli mcD breakfast. Hari ini mr.Hubby planned nak pergi rumah BIL, hantar mooncakes yang dia beli semalam. Kemudian....so nak kena bersiap awal. Baju Alif yang dibasuh semalam sudah bersidai. Nak mandikan Alif dan bersiap untuk berjalan. Ok jumpa di lain siaran....

Friday, September 9, 2011

Berjalan tanpa henti

Alhamdulillah...syukur padaMu Ya Rabb....


Semalam bersamaan 10 Syawal 1432 (8/9/2011), genap Alif (1thn 3 bulan 16 hari), Alif telah mula berjalan. Berjalan tanpa memegang tangan aku or mr.Hubby. Berjalan tanpa memapah atau memegang kerusi/meja/almari/dinding. Kaki kecil yang comel dan montok itu sudah bersedia untuk berdikari.



Kejadian berlaku di hadapan banyak mata. Depan ayah, depan aku, depan mr.Hubby, depan adik-adik aku dan depan sepupu sepapat Alif. Terkejut aku bila melihat Alif tiba-tiba berdiri dan terus melangkah dengan berani. Tanpa ada rasa ragu-ragu. Melangkah dan terus melangkah. Mungkin ada di antara pembaca (ada ke yang baca coretan kecil ini???) anggap ini perkara biasa. Tapi bagi aku dan mr.Hubby, ini perkara luar biasa. Kerana apa? Kerana sebelum ni dia tak pernah berjalan seperti tu. Selalunya hanya setapak dua sahaja dia melangkah. Paling banyak 3 tapak dia melangkah. Kemudian dia duduk ataupun dia akan capai apa sahaja di depan dia. Selalunya dia akan memegang tangan aku dan mr.Hubby dengan erat. Takut aku dan mr.Hubby lepaskan dia. Takut terjatuh agaknya. Paling-paling tidak dia akan tarik kerusi makan dan mula menolak kerusi makan tu sampai ke bucu rumah.



Bila diingat-ingat, cepat benar masa berlalu. Dari tapak kaki sebesar 2 jari tangan aku, sekarang Alif sudah mula berjalan. Sedikit masa lagi mula berlari. Dan kemudian....? Sayu rasa hati. Moga Alif berjalan di bumi Allah ini dengan penuh berani. Moga Alif berjalan di bumi Allah ini dengan penuh taqwa. Moga Alif berjalan di bumi Allah ini dengan penuh rasa kesyukuran.



Terbayang riak wajah Alif kesukaan setiap kali dia melangkah ke depan. Raut wajah bangga. Mungkin dalam hati dia berkata "Mama, Papa lihat Alif sudah pandai berjalan. Mama, Papa jangan risau". Buat Alif, sesungguhnya Mama dan Papa sayang padamu. Moga Alif menjadi anak yang soleh, anak yang hebat, anak yang bijak dan anak yang taat, sepertimana doaku setiap kali selesai solat dan semasa menidurkan dia.


** Gambar tapak kaki ini diambil semasa Alif dalam hari lagi....**

Thursday, September 8, 2011

Model Tupperware...



Alif jadi model tupperware di pagi syawal. Warna tupperware dengan baju Alif sedondon gitu. Si comel ni pulak mana boleh tengok benda yang boleh bergolek-golek, semua dia nak main. Biskut raya dalam tu pun ikut bergolek sekali la hehehhe....


Kredit tu Sufi (Pak Jang) yang ambil gambar ni.

Tuesday, September 6, 2011

Tangan-tangan dan kaki-kaki kecil

Alhamdulillah, semalam malam mr.Hubby bawa aku pergi Pusat Pakar Bersalin Tebrau yang terletak di Mount Austin. Lama dah lalu depan klinik ni, tapi tak pernah singgah. Dulu masa Alif, check-up dibuat kat Pusat Pakar Perbidanan & Klinik Wanita di Century. Kali ni cari yang dekat sikit dengan rumah. Masa sampai di klinik tu, ada 4 orang sedang menunggu giliran. Dalam hati, hmmm..."mesti kejap je tunggu ni". Sbb...? Sebabnya masa buat check-up di Century dulu, walau orang yang menunggu lebih dari 10 orang, masa diambil sangat singkat. Dalam masa setengah jam dah selesai semua. Doktor tu checked tak sampai 5 minit. Tapi bayaran dalam rm60-rm80. Semalam, lepas daftar tunggu punya tunggu punya tunggu tapi nama tak dipanggil-panggil jugak. 4 orang yang menunggu giliran awal dari aku pun sama. "Doktor ni dah sampai ke belum?"

Alif pula, mana boleh duduk 1 tempat lama-lama. Aku pula lupa bawa toys dia. Dia pula tengah asah bakat berjalan dia. Mana nak duduk diam. Mulut pun dok berceriau panggil orang sana panggil orang sini. Lama-lama dia bosan....kesian Alif.

Lebih kurang pukul 9.30 malam baru nama aku dipanggil (sampai kat klinik tu sebelum pukul 8 lagi)....Bila masuk, Doktor yang ada sangat lemah lembut. Lelaki cina. Kemudian Doktor tu minta aku baring. Nak scan Baby. Lama betul Doktor tu scan. Dia tunjuk tangan dan kaki Baby. Dia tunjuk kepala dan badan Baby. Dia tunjuk perut dan badan Baby. Dia tunjuk tulang peha dan tulang lengan Baby. Berat Baby baru 245gram. Aku tanya Doktor boleh tengok gender Baby tak...beria-ia Doktor tu cari. Mula-mula kaki Baby berlipat. Memang tak dapat tengoklah. Kemudian aku tengok Baby mula tendang-tendang kecil dan Doktor ambil peluang tu untuk cari. Tapi umbical cord Baby halang pula. Takpelah. Tak dapat tahu gender Baby lagi pun takpelah. Yang penting aku dan mr.Hubby dapat tengok Baby dah form into a good shape. Sudah lengkap semuanya. Maha Suci Allah.

Tak sabar nak datang untuk next check-up. Bayaran? Murah sedikit dari Century. Rm50. Tapi aku amat berpuas hati dengan cara Doktor tu treat. Kira worth it dengan duit. Walaupun masa menunggu tu amatlah lama.

Dalam perjalanan balik, aku bisik di telinga Alif moga dia menjadi abang yang penyayang kepada adiknya. Berulang-ulang kali aku bisik di telinganya. Alif tetap anak mama nombor 1. Baby anak mama nombor 2. Mama sayang anak-anak mama....

Monday, September 5, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua...


Tahun ini tema hijau dipilih untuk meraikan hari kebesaran Umat Islam ini. Hensem tak si kecil Alif? Songkok tu mr.Hubby belikan dari Ulum (Pak Itam). Satu songkok untuk dia dan satu lagi untuk Alif. Saiz songkok mr.Hubby 23, saiz songkok Alif 19. Lebih kurang je saiznya. Bila tengok mr.Hubby dan Alif pakai songkok, rasa hati terus tertawan.


Masa sesi bergambar ni, Alif baru bangun dari tidur. Tengok muka dia tu, monyok je. Nasib baik dia tak campak songkok tu. Baju raya pula aku yang belikan. Mula-mula belikan baju Alif dulu sebab susah nak dapat saiz untuk dia. Bila dah beli baju dia, ada kaler yang sesuai, maka baru beli baju mr.Hubby. Baju aku macam biasa, ditempah.


Suka sangat tengok gambar ni. Gambar diambil di hadapan rumah ayah dan mak. Jurugambar adalah Sufi ( Pak Jang).


Thursday, August 25, 2011

.....

Semalam berbuka puasa di hotel. Alhamdulillah rezeki lebih dr company mr.Hubby. Dapatlah merasa makan hotel (macamlah sebelum ni tak pernah makan di hotel :P. Memang pernah pergi hotel masa ramadhan ke berapa ntah, tapi tak berapa puas sebab desserts dia sangat kurang. Okay, makan di hotel sebab nak makan desserts je sebenarnya hahahha...)

Berbalik pada masa kejadian (masa tengah makan la), seorang daripada consultant tu tanya aku "how much do u pay for pengasuh?". Aku jawablah, "rm350". Kemudian dia balas balik "Ling (mr.Hubby's name), u kena cepat-cepat for the 2nd and 3rd la". Aku....? Ya, pada chinese (the consultant), bayaran rm350 sangatlah murah sebab kalau pengasuh chinese letakkan paling kurang rm700 (tak termasuk makan ya, makan lain harga). So kalau ada 2-3 orang anak? hmmmm....sangatlah mahal.

Dalam perjalanan balik ke rumah, topik yang sama dibincangkan oleh kami suami isteri. Aku cakap dengan mr.Hubby, patutlah ramai chinese perempuan yang berhenti kerja sbb jaga anak since the price for nanny sangat mahal. Contohnya kawan mr.Hubby, wife dia berhenti kerja pun sebab jaga anak. Pastu the conversations continue...

mr.Hubby :u pun nak berhenti kerja juga ke?
Aku :Nak, tapi after 45 yrs kot
mr.Hubby :habis kalau dapat sambung belajar dan dah ada title Dr. pun nak berhenti kerja juga ke?
Aku: hmmm tgk keadaan. Habis tu kalau di poli tak ada apa3 kepentingan dan masih pada status yang sama jugak kemungkinan besar i berhentilah.
mr.Hubby: u apply lah mana-mana U lepas habis kontrak......(banyak lagi lah yang mr.Hubby cakap)
Aku: tak tau lagilah. bukan senang nak masuk U.

Sebenar kalau ikut hati aku, mahu saja aku berhenti sekarang. Tapi keadaan tidak membenarkan. Yelah, dengan rumah, anak, kereta, makan pakai kami sekeluarga, duit gaji yang diterima memang cukup-cukup makan. Terutamanya bila nak tambah seorang lagi ahli keluarga, duit pengasuh anak dari rm350 mungkin jadi rm700 (kalau kakak tu tak nak negotiate...). Tu yang kadang-kadang rasa nak pasang bibik. Tapi nak cari orang tempatan. Kerja ikut waktu ofis. Jadi tak perlu bermalam kat rumah aku. Cuma nak cari macam yang aku hendak ni memanglah amat payah sekali. Hmmmm....tawakal je lah....Tapi aku yakin setiap anak telah disediakan rezeki untuknya. Cuma aku sebagai hambaNya kena lebih berusaha. Allah Maha Mengetahui.

Wednesday, August 24, 2011

Sudah pandai

Alhamdulillah, Alif membesar dengan baik. Sihat sentiasa wlwpun kadang-kadang selesema n batuk menyerang (dan sembelit jugak). Kemahiran baru Alif sekarang ni adalah, dah pandai ucap "aceh (terima kasih)". Bila kita minta barang dr dia, dia dah pandai hulur dengan baik (tapi kadang-kadang dia campak je barang tu huuuuu~ mama n mr.hubby kena lebih tekun asuh Alif untuk sayang barang) . Lagi, dia dah pandai kiss pipi kita bila kita minta. Kalau flying kiss n salam tu memang dia sudah pandai sejak umur dia genap 1 tahun. Lagi, dia sudah pandai tiru kita solat (walaupun cuma angkat takbir, kemudian terus ruku' n terus sujud). Lagi, Alif sudah pandai tunjuk gigi. Bila aku tunjuk berus gigi, dan tanya dia mana gigi, dia terus tunjuk ke gigi dia dan sebut "gi..."

Tapi Alif juga sudah pandai merajuk dan menangis kuat-kuat. Kalau dulu memang payah nak dengar tangisan dia, sekarang hmmmmm...aku kena kuat untuk tahan tangisan dia. Kalau aku tak kuat, aku takut 'terpukul' dia. Aku tak mahu macam tu. Aku tau dia perlukan perhatian lebih. Lebih-lebih lagi banyak masanya dihabiskan di rumah pengasuh. Dan lebih-lebih lagi dia bakal menjadi "Abang" awal Februari tahun depan. Malam-malam sebelum tidur, rutin biasa yang aku lakukan adalah membaca surah al-Fatihah, 4 Qul, Ayatul Kursi dan Surah Insyirah untuk dia. Kemudian aku ambil tangannya, doa sama-sama dengannya moga Alif menjadi anak yang Soleh, anak yang Hebat, anak yang Bijak dan anak yang Taat. Sekarang aku kena tambah dalam doa tu, moga alif jadi anak yg sayang barang-barang dia dan suka senyum.

Untuk Alif, mama bangga dengan pencapaian Alif...sayang Alif


Friday, August 19, 2011

Kasut

Aku begitu teruja untuk membelikan Alif sepasang kasut baru. Tak kisahlah jenis apa, yang penting nampak comel di kakinya yang gebu tu. Hari Sabtu 13/8/11 hari tu pergi ke Angsana, masuk butik Clarks, ada kasut yang sangat comel. Tapi Alif tak mahu hulur kakinya untuk diukur dengan kasut yang aku pilih. Puas aku dan mr.Hubby cuba tapi saja ditarik-tarik kakinya. Sudahnya kami pulang saja ke rumah.

Rabu 17/8/11, kami ke Jusco Tebrau pulak. Seusai membeli cadar, kami menuju ke ruang bawah. Banyak deretan kedai kasut di sana. Masuk ke Butik Camel, hmmm...tak ada kasut baby. Begitu juga butik Hush Puppies. Kemudian mr.Hubby yang kepenatan duduk di bangku berdepan butik Camel tu. Aku pula sambil mendokong Alif menuju ke butik Crocs. Banyak kasut comel. Tapi untuk baby boy, kasutnya tak banyak pilihan. Ada 2 rona. Satu kuning dan satu hijau. Kalau untuk baby girl memang banyak pilihan. Hmmm... tak berkenan aku, tapi takpelah aku cuba saja.

Maka kasut kuning menjadi pilihan aku. Dari 1 saiz ke 1 saiz aku cuba kasut comel itu untuk kaki comel dan gebu itu. Dan akhirnya, dapat juga saiz pilihan. Tapi Alif sambil menyebut "nanak nanak" (tak nak tak nak) mencabut kasut tu dari kaki gebunya dan terus mencampak kasut itu ke bawah. Sales girls yang melayan aku tak terkata. Sungguh mereka tak sangka Alif yang sekecil itu sudah pandai memilih. Alif baru setahun tiga bulan. Sudahnya lagi sekali kami balik hanya dengan cadar baru utk tilam Alif.

Semalam 18/8/11 sebelum Alif masuk tidur, mr.Hubby pakaikan Alif kasut yang dia belikan untuk Alif. Kasut biru saiz 4 1/2 jenama bubblegum (Bata) dan ada corak arnab atas kasut tu. Kasut tu diperbuat daripada kain. Aku tengok begitu gembira Alif pusing-pusing 1 rumah dengan kasut tu. Hai anak, anak....pandai betul memilih ya. Tapi aku memang akan mencari juga 1 kasut yang sesuai untuk anak no.1 ini.

Thursday, August 18, 2011

Cadar Baru

Alhamdulillah semalam dapat belikan Alif cadar baru untuk tilamnya. Lama mulut ini menyanyi depan Mr.Hubby, " i nak beli cadar baru, ganti cadar lama Alif". (Sebenarnya aku pun menumpang tidur atas tilam Alif, jadi haruslah diri ini lebih beria untuk membeli cadar baru tu). Setelah lama membelek cadar yang ada dijual di Jusco tu, aku terpaut dengan satu cadar. Sesuai dengan kaler dinding bilik kami. Dari dalam kereta lagi aku minta Mr.Hubby tolong pasangkan cadar baru bila sampai rumah nanti. Sesampai di rumah, Mr.Hubby pun teruskan usaha menukar cadar manakala aku dengan Alif sibuk di dapur menyediakan susu dia.

Malamnya, Alif tidak nyenyak tidur. Maklumlah orang tak sihat. Pusing sana pusing sini, tidur atas badan aku dan akhirnya "gedebuk!!!..." Alif jatuh dari tilamnya. Cepat-cepat aku angkat Alif dan letakkan di tempat tidurnya semula. Alhamdulillah dia tidak menangis kuat. Menangis sedikit mungkin sebab terkejut saja.

Pukul 4.50 pagi, Alif bangun lagi. Lapar mungkin. Aku kejutkan Mr.Hubby minta tolong dia buatkan susu Alif (memang rutin setiap malam untuk Mr.Hubby untuk buatkan susu Alif pada waktu awal pagi). "Syroooot....syrooooot...syrooot..." Alif minum susu. Lapar sangat agaknya. Aku usap-usap kepala dia. Habis minum susu, Alif batuk. Batuk Alif tak surut lagi. Tiba-tiba Alif muntah. Mula-mula sedikit, kemudian.....Alif muntah lagi. Kali ini habis semua susu yang dia minum tadi keluar. Cadar baru telah bergenang dengan muntahan susu Alif. Penuh. Lepas muntah Alif senyum-senyum. Lega agaknya lepas keluarkan muntah dan mungkin kahak dan lendir dari batuknya tadi.

"Alif muntah atas cadar baru mama. Nasib baik mama dapat guna 1 malam". Alif senyum-senyum lagi. Benar mungkin dia lega lepas muntah tadi. Cepat sembuh ya Alif. Cadar baru tu telah selamat aku rendam...


Sunday, August 14, 2011

Express Update

Salam Ramadhan ke-14....Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke-14 umat Islam seluruh dunia mengerjakan ibadat puasa ini. Dan pejam celik pejam celik dah berapa bulan blog ni sunyi tanpa sebarang cerita terbaru. Ok for a start, express update about my life;



  1. Alif dah tak fully bf since dia 1thn sebulan setengah. Kenapa dah tak fully bf? Sebab....bm diri ini mcm malu2 nk keluar dah. Badan pun rasa kering je. Dah bermacam cara dibuat utk tambah, tapi tidak berhasil. Namun aku tetap bersyukur sbb diberi peluang menyusukan alif sampai sekarang walaupun hanya di malam hari. Alhamdulillah...


  2. Akhir Julai lepas (25-29hb) aku kena pergi kursus kat Kulim. Alif tinggal dengan papa dia. Hari pertama aku tinggalkan dia, papa dia cakap Alif menangis je...Hari ke-2 dia nangis3 jugak tapi ok. Hari ke-3 dan seterusnya dia nangis jugak tp tak lama. Tapi yg syahdunya, bila aku call dia tak mahu cakap. Waaaaa...mama dia yang sedih. Tapi berita yang seronok adalah, alif n papa datang jemput aku kat Kulim dari JB. Dan kami berjalan-jalan di Penang dan CH. Best!!!!


  3. Aku melalui fasa paling penat dalam hidup (tentang kerja). Sejak bulan Mei sampai la ni, kerja ofis tetap tak surut-surut. Makin menimbun adalah. Semua orang mengeluh termasuklah aku. Nak tunggu sampai bulan Nov ni lambatnya.....

  4. Mak dimasukkan ke-wad awal Julai lepas. Kesian mak....

  5. Apa lagi yek...? oooo aku belum memasak lagi sepanjang Ramadhan ni. Pemalas yang amat. Masak air je rajin. Kesian encik Hubby.

  6. Dah tak ingat nk tulis ape dah. Tunggu idea datang lg. Nanti akan diupdate lagi yek...

Sunday, July 3, 2011

New Online Income

I just signed-up for YM. I think u may also sign-up and try it also.
Click on the light blue YM advertisement to sign-up.
You need to be quick because you can refer others and get USD 2.50 for any referrals +5% lifetime commission.

(Kumpul duit Raya.......)

Friday, April 8, 2011

Tak Salah Untuk Meniru

Salam semua... Semalam Majlis AKJ kat jabatan. Jamuan dilangsungkan di dataran pelajar. Panas terik petang. Syukur dapat berteduh bawah khemah yg cantik dan kipas yg berpusing laju. Makanan? Beriani, kambing, udang n ikan. Alhamdulillah... Usai makan, pelajar dan staf dijamukan dengan Executive talk dari penceramah luar. Seronok dengar encik penceramah memberi ceramah di samping lawak sepintas lalu yang mengusik hati. Encik penceramah cerita pasal jangan memilih kerja, sebelum tu cerita tentang resume, tentang tempat kerja dan macam-macam lagi. Berkaitan dengan resume, encik penceramah berulang-ulang kali menyatakan tak salah untuk meniru. MENIRU? Kalau tak dengar dengan betul, mesti kita akan ingat 'TAK SALAH UNTUK MENIRU" dalam konteks peperiksaan. Tetapi dalam ceramah encik penceramah ni, sebenarnya maksud yang ingin beliau sampaikan adalah "TAK SALAH UNTUK MENIRU DALAM MEMBUAT RESUME". Boleh tiru resume kawan-kawan yang pandai dalam penulisan resume. Cuma pastikan apa yang dinyatakan dalam resume itu perkara yang reality, bukannya ikut suka je. Ini tidak, BI ditulis FLUENT. Tapi bila interview nak cakap sepatah perkataan pun tak boleh. Hehehhe... Harapan moga pelajar-pelajar yang mendengar ceramah tu mengambil iktibar. Janganlah mereka berpegang pada 'TAK SALAH UNTUK MENIRU" dalam konteks yang salah. Yelah... exam dah dekat ni, kang ada yang tak pasal-pasal kena tangkap dek kerana berpegang teguh pada ayah keramat tu....

Sunday, March 20, 2011

Ingin Menjerit!!!

Terasa ingin menjerit, tapi takde tempat nak diluahkan jeritan ni. Terasa ingin menangis, tp rasa ego menguasai diri.

Monday, February 21, 2011

Rm50

Salam...

Semalam aku ajak Hubby pergi pasar. Stok makanan hampir kehabisan. Ayam, ikan dan daging masih berbaki. Tapi sayur memang dh habis. Kalau sayur habis, kesian pulak Alif. Nanti Mama dia buatkan bubur kosong je.

Sebelum ke pasar, Hubby bagi rm50 untuk beli barang. Dalam kepala, macam-macam aku rancang nak beli. Kalau tak cukup, kena guna duit sendiri la gamaknya. hehehe...Sampai di pasar, tempat pertama yang dituju, adalah tempat ayam. Sekilo ayam rm6.80. Aku kena bayar rm14.80...huh..mahalnya harga untuk seekor ayam (masa bersihkan ayam tu, lemak yang banyak....rugi rugi rugi....) . Kemudian pergi tempat daging. Daging sejuk beku rm13 sekilo. Hubby kata belilah sekilo. So total ayam + daging = RM27.80.

Lepas tempat ayam dan daging, beli mee dan bahan perencah untuk mee goreng (Hubby kata nak makan mee goreng untuk dinner). Beli beli beli....kena rm7.00.

Kemudian beli sayur-sayuran. Beli carrot, brokoli, bawang besar, kacang peas, bayam, cendawan n 2 biji cili merah. Total rm16.30. Huh~ barang-barangnya tak adalah banyak mana. Semuanya seciput je. Tapi harga....? Makaih.....rasa macam nak tanam semua sayuran tu. So, total belanja semalam RM 51.10. Aishhhh terlebih rm1.10 pulak...Kena guna duit sendiri hehehehe...

Nak cerita kat sini, bukan pasal berkira duit dapur yang Hubby bagi. Tapi untuk diri sendiri juga. Ye la, aku ni tersangatlah 'RAJIN' untuk memasak. Hubby pulak layan je aku ni. Setiap kali makan luar paling kurang rm15. Contoh, makan McD. Set breakfast untuk 2 orang je dah lebih rm20. Hari Sabtu hari itu, aku masak lebih kurang sama macam set Big Breakfast McD. (Ada scramble egg, bun, sausages, chicken ham & baked bean). Sosej, chicken ham tu aku beli cap ayamas. Sepeket tu boleh masak banyak banyak banyak kali. Aku masak sampai Hubby n aku makan bertambah-tambah. (Hubby cakap 1st time aku masak mcm tu sejak aku kawin dengan dia. Heheheheh...). Alif pun tumpang makan baked bean n bun. Memang jimat. Lagi, semalam malam masak mee goreng (isi dalam mee goreng = daging, telur, sayur, fish cakes [2 jenis fish cakes yang aku tak tau nak bagi nama ape], & tahu). Masak separuh peket mee kuning. Hasilnya aku siap boleh bawa breakfast ke ofis pagi ni. Itu pun setelah malam semalam aku tambah makan 2 kali, Hubby pun sama. Dan mee goreng yang aku bawa ke ofis ni dimakan untuk 3 orang. Memang jimat. Kalau beli kat luar, mahu kena rm1.50 untuk satu bekas polisterin (itu untuk mee goreng kosong ye, kalau ade tambah ayam?... dah jadi rm3).

Kalau aku tetiba nak makan tomyam dan malas nak masak. Sebungkus tomyam ayam dah rm3.50 (paling murah). Kalau masak sendiri? Cendawan tiram (sepeket tu masak 3 kali. Harga sepeket rm2), putik jagung (sepeket masak 2 kali. Harga sepeket rm1). Lobak merah (sebatang lobak masak 3 kali. Harga sebatang rm1). Kubis bunga (sepokok , saiz sederhana tu boleh masak banyak kali. Harga sepokok rm2.50). Limau nipis (sebiji rm0.50). Isi ayam? Daun ketumbar? Tomato? Cili api? Bawang? Daun limau purut (petik dr taman kat rumah)? Serai? Huhuhuhu~...panjang listnya....dan bila dicampur kesemuanya, aku boleh dapat satu periuk saiz sederhana dan boleh makan 2-3 kali. (Kadang-kadang bawa keesokan harinya....). Kalau beli, dapat makan juga, cuma makan tak puas lah...dan aku boleh masak tomyam lagi 2-3kali lagi baki dr sayur3 yang ada.

Hmmmm....maka sekarang ni aku perlu rajinkan diri yang sedia malas ni untuk cuba mengubah pola pemakanan aku sekeluarga. Ye lah, kalau kat luar tu, kita sendiri tak tahu apa rencah yang digunakan. Kalau masak sendiri, kita mesti pilih yang terbaikkan? Ajinomoto pun aku tak guna. Kalau kat kedai....? Jadi aku kena mula mengumpul resepi. (angan-angan dr dulu lagi. Tapi selalu tak buat). Nak cuba juga masak selagi aku mampu. Kalau letih sangat atau nak makan sesuatu yang lain, memang kena makan kat luar juga lah....hihhihi...

Dengan rm51.10 barang yang aku beli, aku boleh masak untuk seminggu. Jimat betul. Cuma betul ke aku nak masak penuh seminggu? Takpe, aku akan cuba....Kalau aku tak berjaya minggu ni, aku akan cuba minggu depan pula. InsyaAllah...aku kena cuba juga. Ciayo Maity q(^o^)p

p/s: Mr.Hubby tolong bagi support yek.....

Tuesday, February 15, 2011

Pengasuh

Salam


Berkaitan dgn tajuk kat atas, aku teringin nk tny korang, berapa byrn yg korang bayar untuk hntr anak ke rmh pengasuh? Kisah ni aku utarakan kt sini sbb baru-baru ni masa aku sefamili beraya kt rmh kwn Hubby, dia tny pasal byrn pengasuh Alif. Then Hubby cakap la rm300. He replied "Murahnya. Kalau hntr kt pengasuh chinese, paling kurang rm400-rm600." Dia cakap lg, ade kwn dia kena byr rm800. Day care ye bukan stay overnight. Wow....terkedu aku dengar. Tertanya juga dlm hati, ape yg pengasuh tu bg kat anak org tu sampai kena byrn rm800? Kalau aku kena byr sampai rm800, mungkin aku fikir banyak kali...mungkin aku pon berhenti kerja, pastu jadi pengasuh baby je, sorg aku charge rm800, aku amik 5 org je dh lebih dr gaji sebulan aku...hehehhe...

So b'balik pd bayaran pengasuh Alif Rm300 tu. Masa aku ckp kt kawan opis aku tntg byrn Alif tu, ramai yg terkejut. Mereka kata "Kenapa mahal sgt? Kat sini, paling mahal pun rm250 je". Ramai yg cakap macam tu. Tapi bg aku, walaupun byrn Alif tu agak tinggi dgn bayaran pengasuh kwn3 opis aku, tp aku sangat-sangat bersyukur sbb Mama Icah (panggilan pengasuh Alif), cuma jaga Alif SEORANG saja. Ya kawan-kawan, Alif dijaga seorang saja. Mama Icah cakap dia tak mahu ambil baby lain sbb takut tak dapat tumpu perhatian pd Alif. Dan aku sangat-sangat bersyukur sbb dapat pengasuh seperti Mama Icah sbb dia jaga Alif dengan baik.

Terima kasih pada kawan aku Samsiah Adam yang memperkenalkan kakak dia, Mama Icah. Dan buat kawan-kawan aku yg ckp byrn pengasuh Alif mahal tu (yg mempertikaikan la..), sekurang-kurangnya tumpuan pengasuh Alif hanya pada Alif seorang, tp utk anak anda tu untuk 2-3 orang budak....tumpuan tu dah jd lain. Jadi tak perlu cakap banyak ye....

Alhamdulillah atas kurniaan Allah...

Wednesday, February 9, 2011

Campur-campur

Syukur padaMu Ya Rabb...Alif dah masuk 8 bulan 22 minggu dan 3 hari. Alif makin cerdas n pintar n makin manja. Sangat manja ye. Sangat sangat sangat sangat manja. Pantang aku bergerak sikit, dia pun mula la bunyi3. Mulut riuh bercerita. Hubby paling suka melayan dia bercerita. Sangat menghiburkan. Ceria rumah dibuatnya.

Sejuta syukur padaMu, Alif masih esklusif. Tidak campur susu formula lagi. Alhamdulillah. Memang rezeki Alif. Tapi stok EBM makin susut. Mana taknya, sehari pam dapat la 4 botol je. Jadual kerja untuk semester ni agak bercelaru. Masa biasa utk melakukan 'projek' besar lari dari biasa. Kadang-kadang dapat pam sekali je huhuhu~ macamana nak banyak stok. Dan 4 botol yang dipam itulah yang dibawa kepada pengasuh untuk keesokan harinya. Kalau tak cukup 4 botol terpaksa tarik stok lama. Maka makin susut dan susut dan susut stok EBM Alif. waaaaaaaaaaaa~ takpe, aku akan berusaha lagi. Yang penting aku nak cuba capai misi aku untuk menyusukan Alif sehingga setahun (lepas setahun aku akan 'up' misi aku kepada setahun setengah, lagi 'up' lagi kepada 2 tahun). Moga misi aku ni tercapai.

Lagi berita tentang Alif. Gigi atas dia dah mula tumbuh. Sebatang dah nampak separuh, dan ada 3 lagi bakal menyusul. Alhamdulillah. Besar-besar gigi yang nak keluar ni. Dan hasilnya, Alif asyik menggigit saja. Huuuuuuu~ sasarannya mestilah aku. Masa dia mengempeng dia mesti nak gigit. Aduiiiiiiiiiiii.....sangat sakit ye. Mangsa seterusnya adalah jari Hubby, lagi lengan aku, hujung-hujung bantal, tudung, cadar dan apa saja la. Yang peliknya dia tak gemar pula nak gigit teether dia tu.

Perkembangan lain, Alif dah pandai meniarap dan bergolek-golek dan bergolek-golek dan bergolek-golek lagi. Tapi dia belum merangkak. Hmmmmm....mmg Alif agak lambat la bab gerak menggerakkan badan ni. Meniarap pun Alif expert masa berumur 7 bulan. Bergolek-golek ni pun kira baru expert la. Bila dah expert, maka asyik tergolek dari tilam dia je. Kali pertama Alif jatuh dr tilam dia pada 5/2/2011. Tilam 5 inci tingginya. Aku memang dah letak bantal keliling tilam tu, tapi benteng bantal tu tak kuat utk menampung rempuhan golekan Alif. waaaaaaa~ aku dan hubby rasa sangat bersalah. Dan sekarang hubby letak toto pulak keliling tilam dia tu. Ada doubled protection la kiranya. Kalau Alif berjaya mengatasi bantal tu, maka dia akan tergolek atas toto pulak. Maka tidaklah dahinya merah terkena lantai macam hari tu. Jenuh nak pujuk dia malam tu tau.
Lain-lain perkembangan, Alif masih dalam mood mengumpul angpow (sebenarnya mama dia yang excited mengumpul duit angpow utk Alif hehehhehehe....) oh ye, sebelum terlupa. Alif sangat suka berjalan. Pantang dia nampak mama dan papa dia bersiap-siap, mula la dia gelisah. Selagi mama dan papa tak angkat dia, dia akan 'berceriau' minta didukung. Oklah..cukup sampai sini dulu. Nanti aku akan sambung lagi. Sebelum jari ni berhenti menaip, aku nak tunjuk gambar yang belum pernah aku tunjuk sebelum ni. Terima kasih Allah.......syukur padaMu tidak terkira di atas kurniaMu

Masa ni Alif di NICU. Susu aku belum keluar lagi. Maka, Alif minum susu formula. Hari pertama selepas kelahirannya. Bila aku tengok gambar ni, perasaan aku bercampur-campur.


Dia lapar sangat sampai tersedak. Huuuuuuu~ aku tak pandai nak bagi dia minum guna cup tu.

Sambung minum balik. Tengok papa sambil minum...



Monday, January 31, 2011

Sangat Lama

Salam....sangat lama tidak update blog ni. Hubby dah banyak kali bersuara "Lama u tak update blog". Hmmm hati ingin menulis, tapi tangan malas menaip. Banyak perubahan yang berlaku. Banyak cerita ingin dikongsi tapi malas sangat menguasai diri. Tentang perkembangan Alif, kerja, kereta dan banyak lagi.....banyaknya nak diceritakan.....
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers