Saturday, November 6, 2010

Aduiiii

Alhamdulillah...syukur Alif dh masuk 5 bulan 13 hari. Pencapaian paling menggembirakan adalah Alif tumbuh gigi tepat pd masa dia umur 5 bulan. Alhamdulillah, dia tak demam (cuma dedar sikit). Patutlah 2 minggu sebelum tu air liur dia bnyk sangat. Lagi, seminggu sebelumnya (sblm tumbuh gigi) dia asyik keluarkan lidah dia. Rupa-rupanya dia gatal gusi. Anak mama dah tak sabar nak makan yek...? Gigi tumbuh cepat sangat. Tapi Alif kena tunggu sampai umur 6 bulan baru mama nk bagi makan solid food. Sekarang ni minum BM mama je yek.

Bila dapat tahu Alif tumbuh gigi, aku dengan bangganya announced kat wall fb. Bermacam3 komen aku dapat. Dan yang paling tak dapat lupa komen pasal lepas ni Alif akan start menggigit. Aku sebenarnya takut jugak. Tapi buat3 tak takut. Tapi 4 hari lepas, betul.....Alif dah start menggigit. Aduiiii....sakitnya. Dia gigit sikit lepas kenyang minum susu. Paling tak tahan bila tengok dia senyum3 lepas gigit tu. Ada sekali tu, lepas minum n gigit, aku mengadui la...dia boleh gelak mengekek lagi...Anak.... anak....


Dan hari ni banyak kali aku kena gigit, sampai aku takut jugak nk bagi Alif susu. Hubby cadangkan utk bg susu dalam botol je tp aku tak nak. Ye la, kesian, dah la kat rmh pengasuh minum susu EBM mama dalam botol, tak kan kat rmh sendiri pun nak guna botol. Tadi sebelum dia tidur, dia gigit lagi. Aku pulak boleh TERmenjerit " Aduiiii....." kuat pulak tu kat telinga dia. Dia pulak terkejut, terus menangis. Aku rasa serba salah sangat. Kesian Alif. Maafkan mama, maafkan mama, maafkan mama...Hubby cakap lepas ni masa nk susukan Alif, letak tuala kat mulut aku, so kalau TERmenjerit lagi Alif tidak ler terkejut.


Untuk Alif, takpe...mama sanggup tahan sakit. Yang penting Alif kenyang. Mama halalkan air susu mama. Moga Alif menjadi anak yang soleh, bijak, taat.