Wednesday, May 28, 2008

air mineral 1.5 L dan limau 5 biji


hihihi...malam smlm tepat pukul 8.45 malam (27 mei 2008) aku gi rumah mak ngah nab ( slps buat appoinment pd siang hari)...bersama kawan ku si bulat julia...:D

Tujuannya cuma satu...berurut...hihiihi...ini la first time aku gi urut tradisional...selama ni pun gi berurut thai (alaaaa....yg slalu buat ekspo kat shopping complex tu)...tu pun urut tapak kaki je...

Tp yg ni lain, aku bawa hajat yg besar...maklum la dh 6 bulan kawin tp blum ade 'rezeki' lagi. mlm smlm pertama kali aku bg org luar sentuh tubuh aku...hihihi...geli beb...tp julia lagi best...abis semua angin2 dia kluar...banyak giler angin kat badan dia...lawan berangin dgn mak ngah nab tu jugak :D

Habis berurut, air mineral n limau tu dijampi n didoa..yg aku dgr selawat atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad s.a.w, dan ayat2 lazim...xde pulak ku dgr jampi serapah yg mengarut...air tu disuruh minum...slps 3 kali selawat atas nabi...limau pulak utk buat mandi selama 5 hari...ni cuma ikhtiar yang termampu...
InsyaALLAH ade rezki ada la....Amin...


Wednesday, May 21, 2008

(+) + (-) sama dengan negatif

Selamat petang semua...

Hari ni gi dgr ceramah tntg "Nilai-nilai Murni dalam Budaya Kerja Cemerlang" daripada Utz. Nasaruddin B. Abdul Aziz dari YPEIM...alhamdulillah..lama sudah x dgr ceramah2 macam ni...hr ni t'gerak hati utk pergi...

Ceramah yang diberi begitu mencuit hati...banyak yg diceramahkan tu terkena ke 'batang hidung sendiri'...tp yg paling berkesan di hati mengenai positif tambah negatif...negatif la jawapannya...ianya lebih kepada kita manusia ni...bnyk yg berburuk sangka, tak kira apa yg ada di sekeliling kita. Dalam dok kita b'buruk sangka, mengata dan yg seangkatan dgnnya, kita x sedar bhw yg kita buat tu salah...terkadang2 kita b'kata tntg keburukan orng kononnya utk peringatan diri ttp kita x sedar bhw kita sbnrnya telah membuat dosa.

Ada benarnya, sbnrnya diri ini dan may b diri anda2 di luar sana tidak sedar bahawa bnyk yg kita buat tu lebih kepada positif tambah negatif= negatif. Lebih menjurus kepada kemudaratan berbanding kebaikan...renung-renungkan...:)

Monday, May 12, 2008

Cantik Di Mata ALLAH


Setiap kita terutamanya wanita mengimpikan wajah yang cantik, tubuh yang elok dipandang serta segala-galanya yang sempurna. Namun hakikatnya, sempurna pada mata kita manusia, belum tentu sempurna pada mata ALLAH. Justeru segala-galanya memerlukan keseimbangan, termasuk dalam hal kecantikan. Bagaimana untuk jadi cantik zahir dan batin? Tip ini mudah dan praktikal sekali untuk diamalkan. Barangkali hanya memerlukan sedikit perubahan sikap dan perbuatan.


  1. Menjaga perkataan. Tidak bercakap kasar, sinis, atau dengan kata lain, menyakitkan hati orang lain sama ada dengan bahasa keras atau sindiran.

  2. Menjaga perlakuan. Menjauhi perlakuan kasar, bengis yang tidak selari dengan peribadi Muslimah.

  3. Anggota tubuh sentiasa dibasahi air wuduk.

  4. Jangan tinggalkan solat lima waktu (sekiranya dalam keadaan suci).

  5. Memakai pakaian yang sopan, tidak menjolok mata dan bersih.

  6. Selalu berfikiran positif.

  7. Membanyakkan zikir, selawat dan membaca al-Quran.

  8. Berbaik sangka dengan orang lain dan tekanan yang menghimpit.

  9. Berbaik sangka dengan ALLAH, termasuk dengan segala ujian yang ALLAH beri.

  10. Jangan abaikan amalan berdoa, memohon kebaikan dan hindari keburukan.

**petikan dari Majalah Nur (Oktober 2006)


Thursday, May 8, 2008

Special Dedication....Qim

This one is specially dedicated to my friend Qim...

Sedang aku belek2 pictures dalam hp aku...tup tup aku nampak picture kat bawah ni...rasa mcm sesuai je aku bg kat ko..heheh...


Ko jangan lupa aku yek....sbb aku akan sentiasa ingat ko as my friend...sbb aku ada memori terbaik masa bersama dengan ko...tp aku x tau la ko pun rasa yang sama jugak or not...heheh :p

p/s: krm slm family kau ek...

Umar n Umayair...sayang...





Selamat tengahari semua....




Hari ini nk bercerita pasal 2 orang buah hati pengarang jantung aku...baru je dua orang...satu umar dan satu lagi umayair...cucu maktuk dan tuk ayah....
Umar, anak Kak Jaja...dah petah bercakap. Maklumlah dah 4 tahun. Cepat je masa berlalu. Sekarang dah pandai baca Iqra' 5...puas bergaduh dengan ibu dia. Malas belajar tapi alhamdulillah cerdik. Kenal huruf sejak umur 2 tahun lagi...kalau telefon ibu dia, pasti terdengar suara dia minta mak ngah dia belanja patung transformers....K jaja kata dvd transformers tu x tau la dah berapa puluh kali diulang tayang. Tp mcm biasa juga, dia tetap tak puas menonton cerita tu. Lama mak ngah tak jumpa Umar. Ade rezeki kita jumpa ye.




Musy'ab Umayair. Kecik lagi. Anak Iting. Walau kecik lagi tp mulut dia pun nampaknya sama macam ibu dia. Suka tersenyum bila diagah orang. Yang paling best sbb dia rajin menyapa orang walau baru sebulan lebih. Tak sabar nak jumpa lagi. Nanti besar sikit boleh la mak ngah bawa jalan2. Hihihi...gambar sebelum dicukur dan selepas dicukur..


Aku punya pulak bila yek...? Belum ada rezeki lagi. InsyaALLAH ada rezeki tu ada la...Ya ALLAH, tabahkan dan sabarkan hati aku dan si dia......perkukuhkanlah kasih sayang kami berdua...Amin...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers