Thursday, January 29, 2009

Balik Johor...

Selamat pg semua...

Hr ni aku nk balik jhr, yea yea...x sabar rasanya. Wlwpun esok dh start keje (mcm malas nk pi pulak :D) tp mmg aku xsabar nk balik. Seminggu kat Sarawak with doing nothing except eat, sleep, eat, n sleep again really make me malas. Beraya kat rmh sedara mara sblh Hubby, boleh la aku kategorikan sebagai 'OK' bukan tahap wonderfull ke ape ke...jahat x aku. Tp ape yg membuatkan aku rasa selesa kat sini sbb ade Hubby. Klu x, mati kutu aku kat sini. Maklumlah, bahasa pertuturan saje dh membuatkan aku terkedu.

Mlm smlm aku dh start packing bag. Kumpul semula brg2, lipat baju2 n susun elok2 dalam bag. Tp bnyk lg baju kat jemuran sbb musim hujan kat sini. Harap2 sempat la baju2 tu kering so boleh aku load je dlm bag yg satu tu. Kalau xsempat kering, alamatnya kena la tambah extra bag. Bila dh extra bag tau2 je la, mesti nk penuhkan ruangan yg kosong tu dgn other stuffs. The result, hehehe bayaran extra load dr Airasia :D

Sebelum aku terlupa, nk list out dlu rmh2 yg aku sempat beraya tahun ni. Raya pertama rmh Tony (best fren Hubby), rmh Ima, rmh sedara yg aku xtau nk panggil ape. Raya kedua went no where since family Ima nk dtg rmh dan juga adik-beradik MIL. Anak2 Ima ni suma tgal kat obersi (Canada, Australia n England), so MIL and anak2 dia ni sibuk la prepare good food utk meraikan dorg suma. Lps semua org balik, Hubby, aku n the rest of the family hibernate je kat rumah sbb hujan lebat. Raya ke-3, we went to visit MIL's best friend (pssssttt....adik ipar aku ckp, MIL pernah nk jodohkan Hubby dgn anak dia...), rmh bapa sedara pertama sblh FIL, dan 2 buah rmh sedara lg. Smlm raya ke-4, pegi beraya rmh sedara hubby merangkap kawan masa sekolah Hubby, Yew Leong dan juga rmh best buddy Hubby, Micheal. Habis je beraya aku beraya pulak kat KFC. Lapar beb...

Gmbr2 pulak xde la sempat aku nk snap sbb camera yg satu tu, yg penat2 aku angkut ajak naik flight sama2 tu abis bateri n charger pulak tidak dibawa. hehehhe. Oklah sampai sini dlu. Nk truskan keje2 mengemas. Johor tgu kedatangan aku.....!!!!!

Monday, January 26, 2009

Episod 2: Fireworks

Ok episod 2 pulak. Perang fireworks bermula pada pkl 12 mlm. Tp dh ade yg start warm-up sejak pkl 9 lg, tp aktiviti pembakaran mula aktif pada pukul 11.30 mlm. Jiran2 dpn rumah IL aku berlumba2 membakar mercun/bunga api dan boleh jugak aku kata membakar' duit'. Skrg ni pun x abis2 lg dorg membakar dan membedil langit. Subhanallah, mmg cantik percikan fireworks tu. Tetiba aku teringat agaknya mcm ni la rakyat Palestin tgk "bunga api" hadiah dr Yahudi keparat. Lagi, agaknya inilah yg ditunggu2 oleh Hubby utk CNY selain makan besar dan ang pow besar buat family dia. Tak dinafikan mmg meriah. Klu kat semenanjung aku kira hny boleh lihat percikan fireworks ni masa Merdeka, tak pun masa sambut Tahun Baru. Kat cni sbnrnya mmg ade law yg melarang dorg membakar fireworks, tp dh nama budaya dorg utk bakar fireworks tu~so SMI la. Aku suka suasana ni. Dapatlah aku merasakan keindahan CNY. Buat kawan2 kat luar sana, perayaan CNY bukan perayaan agama. Tetapi lebih kepada budaya mereka, budaya CINA.


p/s: aku dh dpt ang pow dr Hubby. Isi dalamnya, lumayan sekali. hehehehe...

>>>>>> untuk pengetahuan semua, semua gmbr2 ni diambil dpn rmh MIL and FIL.

Sunday, January 25, 2009

Episod 1 - Makan Besar (CNY 25/01/2009)



Selamat malam semua...Gong Xi Fa Chai...

Sementara ada masa ni aku nk berkongsi about "Makan Besar" utk CNY 2009. Aku tau korang mesti tertunggu2 tntg cerita sensasi aku ni. Ok la, kisah bermula sejak pagi td aku n hubby bersiap2 kemas living hall bersama2 MIL. Kemas meja, susun kerusi, lap habuk dan sapu2 mana2 yg berhabuk. Pastu aku masuk bilik dan berehat. MIL pulak sibuk menyiapkan makanan utk Makan Besar malam ni. Ada ikan, udang, telur, ayam dan itik.


Ptg dlm pkl 4.00 ptg dh start bunyi mercun, menandakan waktu Makan Besar dah start. Kitorng bz kat dapur menyiapkan/menyediakan meja utk Makan Besar. Kat cni nk kongsi gambar2 masa Makan Besar. Jangan risau, MIL dh menyediakan ikan sweet sour dan udang goreng serta udang telur utk hidangan aku. FIL pulak telah menempah makanan dari org melayu (workers dia). So banyaklah makanan utk aku...hehehhe..alhamdulillah. xie xie ni pa, xie xie ni ma. (Ok makanan yg ade: kari ayam, ayam goreng dan daging goreng kicap (tu FIL tempah dr workers dia, MIL pulak masak ikan sweet sour, udang goreng, telur goreng udang, sup (aku xtau ape nama), sayur chapcai, itik masak kicap, chicken salad, dim sum (aku xtau daging ape :D). Tp korang jgn risaula, alhamdulillah aku xmakan lg benda2 tu =)

ok selamat menjamu mata...
Aku dan Hubby. Sblh Hubby FIL dan MIL





Sblh FIL dan MIL adalah Mei (adik ipar pompuan)

Baju itam (ta ke') xia bu tian, Chui Hwa (biras aku) dan papa xia bu tian, Ah Jerk (baju putih)

Ok yg pakai spek tu my Da sao ( biras aka isteri Ta Ke'). dan yg enterframe tgh senduk nasi tu aku la :D

Nanti aku akan cuba dapatkan gmbr masa kitorng celebrate pulak. Tp tu kena tgu esok la. Skrg ni org2 kat cni dh start main mercun dan bunga api. Nk lebih meriah kena tgu dlm pkl 9-12 mlm. Masa tu dpt tgh perang mercun dan bunga api sesama jiran. Dan kitorg kat cni sebagai saksi kejadian je la...membazir kata ahli2 family aku. Hubby aku kata org2 cni berhabis beribu2 malah berpuluh2 ribu just utk mercun dan bunga api je...anyway inilah pengalaman...

Ok nanti aku update lg yek...nk bersiap2 nk pi shopping. Last minute shopping...caucincau

Saturday, January 24, 2009

Tag from superbmum

Soalan 1 Bila kali terakhir anda pergi bercuti dan kenapa/sebab anda nak pergi bercuti?
  • skrg ni saya gh bercuti (sambut CNY kat rmh MIL)
  • cuti yg sbnr2 cuti belum ade lg sbb br dpt ddk bersama n br boleh plan nk pi mana2 bersama2

Soalan 2 Berapakah umur anda? (jangan malu2 nak announce)… dan adakah anda rasa puas dengan pencapaian anda diusia anda sekarang ni?

  • umur 6 bulan lg jd 30 tahun...
  • pencapaian: hmmm alhamdulillah dgn semua kurniaan ALLAH but skrg nak anak la sbg penyeri rmh tangga. tgh giat berusaha bersama yg tersayang. ciayo p(^0^)q

Soalan 3 (tak jawap pun tak pe) Saya tahu anda seorang yang gemar bergambar didepan kemera! jadi pergi ambik kemera anda dan snap gambar wallet/beg duit anda! jangan la malu nak cakap berapa harganya sebab kuantiti nilai dalamnya lebih berharga!

  • ala purse murah cap sembonia (hantaran kawin dlu)...xyah snap la. klu nk tau pi butik sembonia, ha berlonggok ade jual.
  • cuma yg best sbb sepasang dgn h'bag. dan yg lagi best sbb hubby yg bagi =)

Soalan 4 Anda mungkin seorang blogger, bila waktu yang paling anda suka untuk update/kemaskini blog anda dan kenapa anda pilih waktu itu?

  • time ade idea or cerita yg nk dikongsi bersama2 dgn kwn2 yg lain.
  • time/masa xkira la..klu nk diikutkan ati setiap hari nk update tp masa x izinkan.

Soalan 5 Apakah yang berlegar2 dalam fikiran anda sekarang?

  • ntah la...tp tgh pk apa yg mak n adik2 kat kg tu tgh buat. mesti best sbb maktuk n atuk dr kl dtg rmh mak kt jhr. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...nk balik n balik...lama x jumpa maktuk n atuk...

Soalan 6 Apakah habits anda?

  • masa kecik dlu suka gentel bucu bantal
  • dah kawin ni suka gigit lengan hubby...hehehe...geram. pastu suka kaco bibir dia masa dia tgh tdo even dia paling xsuka orang kaco mulut/hidung dia (dia ni sensitip, senang kena selesema..so bila dh kena kaco dia selesema la...pastu aku jugak yg susah sndr)

Soalan 7 Apakah matlamat anda untuk tahun 2009 ni?

  • nak ade rmh sndr, pastu decorate ikut taste aku n hubby la ape lagi
  • nk mengandung...nk jadikan anak tu hadiah paling istimewa utk dia...but xtau la...belum ade rezeki lagi

Soalan 8 Senaraikan 4 perkara yang anda akan lakukan selepas menjawab tag saya ni?

  • turun bawah tgk hubby pasang alarm system kt rmh MIL
  • nk makan limau mandarin yg berkotak2 kat dapur tu...rugi o xmkn bnyk2...i like

Soalan 9 Adakah anda seorang yang pemarah/pendendam / bengis? dan cara anda mengatasinya

  • dulu mg aku sorg pendendam. pastu bila pk2 balik xde pekdahnya. so dh xpendendam lg. tp bukan pendendam la...cuma seorg yg suka menyimpan perasaan (sedih, suka dll)
  • pemarah pun bukan sbb aku ni cengeng, nk marah org aku yg nangis dlu pulak.
  • pembengis lagi la out of book...aku ni xsuka la marah2...nnt buat sesak dada je..

Soalan 10 What happened to you in 2001 till 2004?

  • 2001- dah pandai bercinta. setahun usia cinta itu
  • 2002-graduated in medical electronics, bercinta lagi
  • 2003- further masters, bercinta lagi, accident (kena fine rm200 bukan rm300 sbb aku nangis dpn polis tu) n lucky org yg aku langgar tu xde pape n more lucky org tu org indon so aku xnaik court sbb org tu x report police (PATIla tu, xpun xde lesen)
  • 2004-grad masters...menganggur 3 bulan...

fuhhhh penat menjawab soalan, now it's turn to:

  1. k siti juliana
  2. izwah
  3. maisara

Wednesday, January 14, 2009

Anak2 sedara ku (buat masa ni la :D)

Selamat malam semua...wong an..

Sebenarnya post ni aku dh buat dah x lama dlu. tp aku tgh cuba nk upload gambar anak2 sedara aku yg aku dah edit dlm photobucket. xtau la jadi ke x...heheheh

Friday, January 2, 2009

Aku dan Keje III

Salam Maal Hijrah 1430 dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009...rasanya belum terlambat lagi aku nk ucapkan pd kwn2 sekalian...

Lama dah aku x update blog ni. bukannya ape, aku agak 'busy' kebelakangan ni. al-maklumlah, aku kena uruskan urusan perpindahan/pertukaran aku dari Terengganu ke Johor. buat kwn2 yg mengikuti blog ni, sukacita dimaklumkan aku secara rasminya menjadi penduduk tetap Johor buat ke sekian kalinya. bukan lagi pendudukan negeri penyu menangis. bukan lagi penduduk negeri kopok gote...

alhamdulillah, syukur berbanyak syukur aku pada hadrat-Nya. so di sini aku nk bercerita sedikit pasal tempat baru aku tu. tp sblm tu aku nk bercerita pasal pertukaran aku dlu. cerita bermula lps aku mengisi borang tukar, aku mengisi borang tu masa awal ramadhan. masih aku ingat lg tarikh aku isi borang tu adalah pada 7 sept 2008. lps isi dan submit borang tukar tu ke KJ aku (skrg x-KJ aku), aku rasa agak lega la...tp kelegaan aku tidak menjadi nyata di mana 2 hari sblm cuti raya puasa tu, x-KJ aku memaklumkan dia belum submit borang aku ke pengarah. dia kata nk hntr lps raya. masa tu aku dh start berdebar dah. macamana ni? tp aku cuba tenteramkan diri dlu...raya lg penting.

lps naik dr cuti raya selama 2 minggu, aku terus telefon pentadbiran bertanyakan pasal borang pindah aku tu. mmg terkejut benar aku bila kerani memberitahu aku pengarah aku xnk sign borang aku. alasannya aku dh terlewat hantar. wei....mengalir air mata aku. ni suma salah x-KJ aku yg hntr lambat borang aku tu. tp aku x putus harap. aku perlu usaha sesuatu. nekad aku ambil semula borang pindah aku tu dan aku berjumpa sendiri pengarah aku tu. sekejap je borang tu ditandatangani olehnya (sbnrnya ada cerita panjang disebelik cerita pendek aku ni). sebaik je pengarah aku sign je borang tu, aku terus hantar ke kerani yg menguruskan borang ni dan surat aku perlu dihantar segera ke putrajaya.

alhamdulillah usaha nekad aku berhasil bila aku diberitahu oleh kawan aku yg bekerja di putrajaya yg permohonan aku tu berjaya. alhamdulillah, syukur aku kepada-Nya. barang2 perabot yg aku kumpul dlu aku jual sedikit2(sbb susah nak bawa balik johor), dan barang2 yg kecil aku pack awal2 supaya tidak tertinggal. kerja di pejabat aku siapkan awal supaya tidak menjadi alasan penangguhan pertukaran aku.

now tepat jam 7.44 am pada 1 januari 2009 aku dengan rasminya menjadi warga Politeknik Johor Bahru. maksudnya hari ni 2 januari 2009 adalah hari kedua aku bertugas. aku dah dpt tempat di opis baru aku tu. kawan2 pun dah ramai sbb ramai yg aku kenal masa belajar dlu dan ada yg aku kenal masa pergi meeting masa aku kerja du tempat lama dlu.

alhamdulillah syukur...sekarang apa yg perlu aku dan hubby aku buat ialah utk mencari rumahku syurgaku...hmmm kat mana lah aku nk cari rumah ni. skrg ni menumpang rumah adik ipar aku yg bekerja di pasir gudang. Tq din san dan didi adik aku. jasamu kukenang. hmmm sbnrnya bnyk lg yg aku nk kongsi bersama tp sbb terlalu banyak idea membuatkan aku buntu utk membina cerita yg paling menarik utk dibaca...so sampai di sini saja. bertemu di lain ruang...

buat kawan2 semua, terima kasih di atas doa dan sokongan kalian. cuma lg 1 permintaan aku...doakan aku dan suami ditetapkan iman dan doakan kamu dikurniakan zuriat yg soleh dan comel2...ok selamat malam...