Monday, March 30, 2009

**Kaum kerabat

Hujung minggu adalah hari aku balik berjumpa mak dan ayah dan adik-adik. Kekerapan balik ke kampung selalunya bergantung kepada Hubby. Dan setiap kali balik aku memang tak lupa untuk melawat seluruh kawasan rumah mak ayah ni. Ye la, walaupun balik seminggu atau 2 minggu sekali, aku pasti ade perubahan pada rumah atau kaum kerabat di rumah ini. Untuk hari ini aku mahu kongsi tentang kaum kerabat berbulu aka haiwan perliharaan Ayah.



Arnab. Bilangan ahli keluarga berbulu yang comel ni makin bertambah. Kalau tak silap lebih 30 puluh ekor. Semuanya comel-comel belaka. 2 ekor anak arnab ini pulak mewakili 8 lagi adik-beradik dia untuk bergambar.


Anak-anak ayam. Dapat tangkap gambar anak ayam je sebab mak dan bapak ayam lari masa adegan kejar-mengejar mengambil gambar berlangsung.

Ang-ang aka Angsa. Angsa ni sebenarnya ada dalam 4 ekor tapi 3 ekor lagi telah menjadi arwah. (2 ekor dibaham anjing liar dan seekor mati beragan). Tinggallah seekor ni je. Tapi Ang-ang ni memang manja. Kalau masuk tempat dia, dia mesti suruh belai dia. Dan dia paling manja dengan Ayah. Aku? Tak berani la nak belai dia. Takut kena sudu je...




Ahli keluarga dalam air pula terdiri daripada;

  1. ikan puyu (adik kata tak tahu macamana ikan ini ada dalam kolam)
  2. ikan batu (ikan ni kulit dia keras. Muka hodoh macam buaya pun ade)
  3. ikan keli (kalau Ulum balik, pasti ikan ni jadi lauk sebab dia je yang berani tangkap dan siang ikan ni hidup-hidup).
  4. udang popeye (tak tahu nama sebenar udang ni). Selalunya Ayah beli banyak. Bela. Tapi kalau nampak udang-udang tu macam tak ada semangat nak hidup, maka jadilah lauk. Goreng pun sodap.
  5. Ikan koi. Ikan ni ada dalam kolam bawah pondok. Tapi minggu ni, adalah dalam 6 ekor ikan ini yang mati. Tak tahu punca. Mati beramai-ramai.
  6. Tidak ada dalam gambar; ikan laga, ikan putih, udang, ikan-ikan lain yang aku tak tahu nama serta kura-kura.

Sebenarnya banyak lagi haiwan peliharaan Ayah. Contohnya burung kenyalang (bukan dipelihara tapi burung ni memang ade di sini sejak kami pindah ke sini), ayam rintik, itik, kambing, burung puyuh, kucing dan macam-macam lagi. Tapi kecuali burung kenyalang, haiwan-haiwan lain semua dah tak ade. Ayam rintik, dan itik mati dibaham anjing (jahat betul anjing itu...). Kambing ayah aku bagi pada kawan dia sebab Ayah kata bela kambing sangat leceh. Burung puyuh adalah haiwan peliharaan bermusim. Selalunya masa nak raya baru bela sebab nanti boleh jadi rendang. Burung kenyalang tak datang pulak masa ni. Selalunya ada. 2 ekor. paruh warna putih. Nanti kalau aku dapat ambil gambar aku tepek lagi dalam blog ini. Kucing pulak, banyak yang dah jadi ahli UTM (hantar ke UTM sebab nakal). Kucing terakhir Tompok. Tapi dah mati. Mak kata dah tak payah bela kucing sebab setiap kali proses menghantar kucing ke asrama (UTM) atau kucing mati, mak sedih.

Akan datang aku nak update tentang pokok-pokok Ayah pulak. Terlalu banyak untuk disenaraikan . Kena ambil masa untuk bercerita tentang pokok Ayah. Ok sampai sini saja.

Friday, March 27, 2009

Petua Orang Tua

Setiap pagi Jumaat selama sejam (8-9 pagi), akan ada kuliah Jumaat di Dewan Besar. Alhamdulillah aku tak ade kelas pada hari Jumaat. Jadi dapatlah aku dan beberapa orang kawan mengikuti kuliah tersebut. Penceramah-penceramah jemputan selalunya terdiri daripada Jaij ataupun ustaz di tempat kerja. Tajuk kuliah mmg amat menarik. Bagi diri aku yang amat jarang mengikuti mana-mana kelas agama, aku amat bersyukur sangat. Sekurang-kurangnya daripada kuliah tersebut boleh juga aku menambah kekurangan diri ini.

Dalam setiap kuliah Jumaat ini, kami dibekalkan risalah tarbiyyah. Dan hari ini bertambah istimewa kerana ada seorang staf yang bermurah hati menderma Ma'thurat. Bukunya kecil, hanya sebesar kad nama, boleh dibawa ke mana sahaja. Penuh bermakna. Aku suka.

Perbandingan saiz Ma'thurat dengan kad nama. Sama besar kan?

Berbalik kepada risalah tarbiyyah bagi minggu ini, aku ingin kongsi maklumat mengenai Petua Orang2 Tua. Petuanya tertulis begini:
  1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.

  2. Membaca surah al-Fatihah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali

  3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan bercerita tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

  4. Apabila kita berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur, kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

  5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada, misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

Cubalah petua itu dan insyaAllah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.
Buat rakan-rakan di luar sana, moga perkongsian ini dapat diamalkan bersama. Buat diri ini, anggaplah ia sebagai bekalan. Manalah tahu, rezeki Allah tiada siapa menjangka.

Luahan hati



Kadang-kadang hati menjeruk rasa,

Kadang-kadang naluri melonjak meminta,

Kadang-kadang emosi mengawal suasana,

Kadang-kadang perasaan diam mencuka,

Kerana lidah kelu untuk berbicara....
**Hati tenanglah...

Thursday, March 26, 2009

Makanan Orang Sakit


Rentetan dari kisah semalam...
Aku cuma mampu masak sup ayam yang banyak halia, sayur kacang buncis goreng dengan telur dan juga buah. Eh jap, aku tak masak buah...Sup ayam aku masak seperiuk sederhana. Cukup la untuk aku, Hubby dan adik ipar aku. Siap masak, aku senduk satu mangkuk sup ayam untuk Hubby. Semua lauk ni (ermmm actually dua lauk ni-pembetulan) dimakan dengan roti je. Nasi tak ada. Lepas sediakan semuanya untuk Hubby, aku pergi membersihkan diri, dan solat. Lepas solat aku tengok lauk yang aku sendukkan tu tak berusik sangat. Hubby tak lalu sebab dia kata macam nak muntah dan rasa tak sihat sangat. Aku suruh Hubby berehat dan tidur. Aku pulak..menghabiskan lauk-lauk tadi (ni siapa yang sakit ni?). Hmm...tapi sedih sangat sebab aku ingat dengan sup ayam ni, Hubby akan bertambah sihat. Rupa-rupanya Hubby makin demam panas. Sedih sangat. Malam ini nak masak apa la untuk Hubby kesayangan. Risau tengok dia lemah macam tu.

Wednesday, March 25, 2009

Terkurung di luar rumah...

Hari ni aku mencipta sejarah buat diri aku sendiri. Aku mengemaskini blog aku dalam kereta. Tak percaya? Ini buktinya:

Kain yang aku basuh semalam aku angkat dan letak dalam kereta dulu.


Internet dalam kereta. Nasib baik ade teknologi. Alhamdulillah syukur.
Ceritanya bermula dengan Hubby aku tak sihat dari pagi tadi. Dia kena "food poisoning". Tapi betul ke "food poisoning"? Aku pun kurang pasti sebab dia kata dia kena CB (cirit-birit), pastu dalam perut dia macam ada angin. Siap sakit kat ulu hati. Aku tak tau nak buat apa. Yang mampu aku buat hanyalah urut-urut je perut dia tu. Kemudian aku pergi kerja. Hubby di rumah lagi. Dia kata nak pergi kerja lambat. So aku tinggalkan kunci rumah (memang aku yang pegang kunci rumah sebab aku balik awal) pada Hubby. Takpelah. Biar Hubby rehat cukup-cukup.
Pukul 4.45 petang aku telefon Hubby. Hubby kata dia balik lambat sedikit. Nak kena siapkan kerja sebab esok audit. Lepas balik kerja Hubby nak singgah klinik. Hubby kata dah tak tahan sakit sangat. Alamak kesian pulak Hubby. Tapi aku cakap dengan Hubby aku nak balik awal sebab nak angkat kain. Penat cuci baju semalam. Lagipun langit dah gelap. Macam nak hujan. Hubby kata ok, tapi kena tunggu luar rumah la. Lagi Hubby tanya aku nak duduk mana kat luar rumah tu sebab kat luar rumah takde kerusi. Aku kata duduk dalam kereta je dan main internet. Lega Hubby dengar. Kesian Hubby (** Alamak macam nak menangis pulak sebab aku tak tau keadaan sebenar sakit Hubby tu....tak sabar nak tunggu Hubby balik. Nak tengok dia)
Dalam perjalanan balik rumah, aku telefon mak tanya apa makanan yang sesuai untuk orang kena CB, mak kata masak sup dan jangan bagi makan makanan yang pedas. So aku beli ayam dan bahan-bahan untuk buat sup serta sayur kacang buncis dan 2 biji telur ayam. Sup ayam, sayur kacang goreng dengan telur. Opss tak lupa juga roti. Malam ni "no outside food". Kesian Hubby.
Sekarang dah pukul 6.25, aku masih di luar. Menunggu dengan setia. Untuk Qim, malam ni aku masak untuk suami aku. Kalau aku masak sedap aku update dalam blog lagi. Ok la. Bateri laptop ni pun tak kesian dengan aku. Dah tinggal sedikit je jangka hayat dia sebelum laptop aku 'shutdown'. Doakan Hubby aku sihat yek kawan-kawan sekalian. Aku masih di luar rumah menunggu Hubby aku.
(Alamak!!! Masa ni la lori sampah datang)

Tuesday, March 24, 2009

Calok or Cendol Sarawak

Tekak aku terasa nak makan calok or cendol sarawak ni la..memang sedap. Rasanya lain daripada rasa cendol kat semenanjung ni. Rasa nak ajak Hubby balik Sarawak, just for a bowl of this dessert. A bowl? tak cukup....nak 2-3 mangkuk. Sedapnya. Calok and laksa sarawak. Superb...

Monday, March 23, 2009

Terima Kasih Mak, Terima Kasih Ayah


Selamat petang yang panas...panas-panas ni aku jadi lebih bersemangat pulak untuk update blog aku. Sepatutnya lama dah aku update blog yang satu ni, tp tu la...aku pun tak tahu kenapa aku lambat benar update. Maafkan Maity ye mak ayah. Lama dah tertangguh. Tarikh gambar 27 Dec 2008, tapi tarikh anniversary mak dan ayah adalah pada 28 Dec. Dibuat lebih awal sebab anak-anak yang duduk jauh balik. So ayah dengan surprised nya telah menempah tempat di Restoren Mandela, Pontian. Sepatutnya kami anak-anak yang buat party untuk sambut Anniversary ke-33 tahun, tapi ini dah terbalik. Masa ini cuma keluarga kak Jaja je yang tak ade di tempat kejadian. Sambutan ini pun dibuat bersekali dengan sambutan hari jadi adik bongsu Mohd Iqbal Aqil (26 Dec). Sebab tu atas kek tu ade tulis nama adik sekali. Kek made from Secret Recipes (Chocolate Indulgence) sponsored by Sina and wife (Aina). Sambutan malam tu memang meriah. Dah la tempat makan tu memang meriah. Nampak je terletak kat dalam hutan kelapa sawit, tapi memang ramai yang datang.


Ni je gambar yang sempat aku snap. Gambar yang lain ade kat kamera Sina dan sape yek? Kamera adik-adik aku yang lain la kot. heheheh



Ayah dan Mak (masa ni suruh jugak mak potong kek tu, tp mak kata suruh ayah je la...Aduhhhh manjanya :P)


Birthday boy Adik - Mohd Iqbal Aqil b. Morsin (tahun ni ambil UPSR, kalau dia tak belajar rajin tu tak tau la...)


Aku dan anak Iting yang comel. Mus'ab Umayair (dia tu dah mengantuk, tp bila bergambar memang kontrol hensem)

(bukti dia tgh mengantuk...mata kuyu je)


**Buat mak dan ayah, terima kasih kerana melahirkan Maity dan membesarkan Maity dengan sempurna. Halalkan segalanya mak, ayah. Maity sayang mak ayah...

Carrot or Lobak Merah

Selamat pagi semua..pagi yang indah...

Hari Sabtu yang lepas aku dan Hubby pergi ke Batu Pahat. Dating. Saje mengimbau kenangan manis masa zaman bercinta dulu.Perjalanan bermula dari Pontian. Mula-mula kami pergi mengisi perut dengan Nasi Ayam Malaysia aka Nasi Ayam Ali di Rengit. Menu wajib kami di sana nasi 2, ayam 3 dan telur dadar 2 biji bersama-sama dengan otak-otak. Air pulak kami pesan air limau ais (kongsi). Sedapnya makan.

Kenyang makan, kami meneruskan perjalanan ke Batu Pahat. Idea ni aku yang timbulkan dulu. Hubby kesayangan setuju. So perjalanan bermula. Tempat pertama yang kami singgah adalah Pantai Punggur, Rengit. Kami tengok pantai tu dah berubah sedikit dr masa mula-mula kami ke sana dulu. Dah ade tambak dan gerai jualan dah bertambah. Berada di sana dalam 5 minit, kami buat keputusan untuk meneruskan perjalanan. Tak mahu turun sebab tengah panas terik di luar.

Perjalanan diteruskan dengan aku yang 'drive' kereta sebab Hubby mengantuk kekenyangan. Aku pun drive la kereta besar gaban suami menuju ke Batu Pahat. Hubby nyenyak di sebelah. Sampai je ke Batu Pahat, Hubby terjaga. Kami bertukar tempat duduk. So destinasi seterusnya adalah pusing-pusing Batu Pahat. Banyak tempat di sana (tempat dating dulu) dah bertukar. Dah tak ada 1001 malam. BP Walk pun dah lain dah. Macam tak best. heheheh

Kemudian kami pergi ke Summit Parade. Singgah solat asar dan meninjau-ninjau kedai-kedai di sana. Waaaaa memang dah lain sangat. Banyak kedai dah xde. Tutup. Tak tau la kalau disebabkan economy recession. Habis meronda dan membeli buku (teruja membeli buku sekarang ni), kami ambil keputusan untuk balik.

Kalau masa pergi tadi kami ikut Rengit, balik ke Pontian kami melalui Parit Raja. hehehe saja nak tengok UTHM dan nak makan kat tempat nasi lemak sedap. Tapi sedih nak bagtau, nasi lemak tu dah tak sedap. waaaaaa.....aku makan sikit je.

opps...lupa nak bagitau semua, aku singgah ke optician jugak. Ye la, asyik sakit kepala juga, dan juga saranan daripada geng tetingkap. Hasilnya aku bersyukur...mata kanan aku ok just 25-50 je (orang tu kata normal). Mata kiri 75, ada rabun cikit. Masih diperingkat awal optician tu kata. Hubby terus cakap "lepas ni tengoklah lagi pc tu banyak-banyak" Adus...peritnya tapi macam biasa aku buat muka seposen sambil senyum-senyum. Lagi Hubby cakap, "Lepas ni makan carrot banyak-banyak". Hmmm "carrot tu lobak merah kan?"...Hubby kesayangan...

Gambar sepanjang perjalanan tadi tak ade. Tp ni aku snap gambar dr slip check mata (sorry gambar tak jelas). Ok tu je la untuk entry hari ni.


Tuesday, March 17, 2009

Sunnah Berjuang

Selamat malam semua, macam nak tidur pulak bunyinya...




Sementara menunggu Hubby kesayangan bersiap, aku sempat la search kat youtube. Sesaje je tengok video clip yang menarik. Mula2 tengok clip Upin Ipin, lepas tu aku search nasyid pulak. Lama tak layan lagu nasyid. Sedang tengok list nasyid tu, aku terpandang clip tentang lagu Sunnah Berjuang ni. Lagu ni famous masa aku Sekolah dulu. Hmmm terkenang kembali zaman sekolah dulu. Aku dan the geng bertujuh, Qim, Mai, Ogy, Sam, Mar dan Mas tak lupa jugak Yaties. Yang aku berjaya kontek Qim, Mai, Sam dan Ogy. Mas pernah jugak sekali aku kontek tp rasa tak mesra macam dulu. Now aku dah ade kawan2 baru. Still kawan2 masa sekolah dulu. Pelik, dulu aku tak rapat dengan mereka. Berbual? Aku pun tak pasti la aku pernah berbual lama dengan mereka or just senyum2 macam tu je. Tapi betullah Allah tu Maha Berkuasa. Kawan2 yang aku dah tak berhubung dan boleh juga aku katakan tak pernah berbual mesra telah menjadi kawan yang rapat dengan aku. Satu hari kalau tak "buka tingkap" macam tak sah. Gossip, share masalah dan macam2 lagi. Title mamarazi, tyre bank, angel, dan macam2 lagi berputar2 setiap hari. Dunia ni terlalu kecil. Walaupun aku dan mereka duduk berjauhan, tapi aku dapat rasa keakraban aku dan mereka. Rasa rindu untuk berjumpa mereka.

Buat kawan2 di luar sana, aku tau mereka tau diri mereka yang aku maksudkan ini, aku dedikasikan lagu ini pada kamu semua. Aku sayang kamu. Moga ikatan ukhuwah kita semua berkekalan selamanya.

Ya ALLAH, andai ikatan ukhuwah antara kami ini adalah ikatan yang suci, Kau rapatkanlah dan eratkanlah ikatan ini selamanya...

Monday, March 16, 2009

Aku dan Blog

Selamat petang semua...lama benar aku tak update blog ni. Sebenarnya tak tau nk cerita tentang apa. Padahal banyak cerita yg boleh dikongsi bersama. Semalam adik aku pun dah tanya "K Maity lama tak update blog". Hubby kat sebelah singgung aku...hehehehe...Habislah pecah rahsia aku dan dia kat keluarga aku heheheh...

Ok habis bab semalam, ni pasal hari ni. Tadi aku pergi servis kereta. Lama betul aku tak servis kereta kesayangan aku tu. Kalau tak silap dari bulan september tahun lepas. Mau 6 bulan beb. Nasib baik kereta kesayangan aku tu tak meragam di tengah jalan. Kalau ikut jadual yang diberi aku kena servis bulan 1 hari tu. Tapi itu la...aku pon tak tau kenapa banyak sangat halangan utk aku servis tu. Dan hari ini dengan jayanya aku menghabiskan "rm272 genap", kata cashier kat pusat servis perodua kat plentong tu dengan senyuman. Uishhhh mahal betul tapi nak buat macamana, kalau kita manusia ni pon kena servis inikan pulak kereta buatan manusia.

Usai servis kereta kesayangan aku dan kawan opis aku pergi Tesco Seri Alam, niat di hati hendak membeli wang pos (untuk urusan pinjaman perumahan). Hampir 2 jam lebih menunggu baru aku dapat membeli wang pos tu. Hmmm rm262...siap membeli dan makan semua, aku balik opis. Menyusun semua borang-borang yang perlu disediakan dan ditandatangani oleh big bos esok. Harapan aku agar semuanya berjalan lancar. Amin.

Aktiviti lain, tak ade yang menarik. Kat opis cuma tinggal lebih kurang 15 orang saja. Yang lain bercuti. Alhamdulillah hari ini aku berjaya melengkapkan target yang aku dah tetapkan sejak malam semalam. Aku harap perancangan aku utk esok berjalan lancar....Amin

Tuesday, March 3, 2009

Words of the Day II

Selamat petang semua. Sementara menanti Hubby kesayangan aku balik keje (hmm mesti Hubby balik lambat sbb site dia jauh), aku nak kongsi lagi kisah ceria aku dan Hubby kesayangan aku ni.

** sayang minta ampun. Sayang u muah muahhhh...



Situasi 1

Binatang apakah ini?



Hubby: Jebra...
Aku: Bukan Jebra la sayang Zebra. Ok ulang 10 kali
Hubby: Zebra...zebra...zebra...zebra..zebra...jebra..jebra..jebra...
Aku: Tu u sebut Jebra balik.
Hubby: Malas la nak sebut. Penat lgpun u gelakkan i. (nada merajuk)
Aku: **Bagi hadiah kiss..(maaf ye sayang)


Situasi 2

Hubby: Jip seluar i macam dah rosak.
Aku: Bukan Jip la sayang. Zip. Z I P bunyinya zip. Ok ulang semula ape yang i sebut tadi.
Hubby: Jip..
Aku: Jip pon Jip la. Mana Jip tu i nak tengok. Aa la sayang Jip tu dah hilang satu mata.

Situasi 3

Aku: Sayang jom kita pegi Zoo. Lama i tak pergi Zoo
Hubby: Panas la Joo. Buat ape pergi Joo, nak tengok rimau je, tengok dlm tv pon boleh.
Aku: Zoo. Bukan Joo la Sayang
Hubby: Zek Zek Zek Zek Jek Jek Jek
Aku: ** Gelakkan Hubby
Hubby: U cikgu mana boleh gelakkan anak murid.
Aku: **Upah 1 kiss lagi utk Hubby.


Alahai Hubby ku sayang. Itu la dia permata hati aku. Bila Hubby di sisi ade saje yang aku kacau dan usik dia. Pelangi hidup aku. Memang tak kering gusi bila aku teringat semula situasi ini. Dan lagi situasi ini memang akan sentiasa berlaku. Penceria hidup aku. Sayang Hubby. Sayang Hubby sangat-sangat.



Sunday, March 1, 2009

Aku Pening...

Salam...just short entry for today...aku pening la. Rasa malas nak pi keje esok. Siapa boleh bantu aku?