Tuesday, February 15, 2011

Pengasuh

Salam


Berkaitan dgn tajuk kat atas, aku teringin nk tny korang, berapa byrn yg korang bayar untuk hntr anak ke rmh pengasuh? Kisah ni aku utarakan kt sini sbb baru-baru ni masa aku sefamili beraya kt rmh kwn Hubby, dia tny pasal byrn pengasuh Alif. Then Hubby cakap la rm300. He replied "Murahnya. Kalau hntr kt pengasuh chinese, paling kurang rm400-rm600." Dia cakap lg, ade kwn dia kena byr rm800. Day care ye bukan stay overnight. Wow....terkedu aku dengar. Tertanya juga dlm hati, ape yg pengasuh tu bg kat anak org tu sampai kena byrn rm800? Kalau aku kena byr sampai rm800, mungkin aku fikir banyak kali...mungkin aku pon berhenti kerja, pastu jadi pengasuh baby je, sorg aku charge rm800, aku amik 5 org je dh lebih dr gaji sebulan aku...hehehhe...

So b'balik pd bayaran pengasuh Alif Rm300 tu. Masa aku ckp kt kawan opis aku tntg byrn Alif tu, ramai yg terkejut. Mereka kata "Kenapa mahal sgt? Kat sini, paling mahal pun rm250 je". Ramai yg cakap macam tu. Tapi bg aku, walaupun byrn Alif tu agak tinggi dgn bayaran pengasuh kwn3 opis aku, tp aku sangat-sangat bersyukur sbb Mama Icah (panggilan pengasuh Alif), cuma jaga Alif SEORANG saja. Ya kawan-kawan, Alif dijaga seorang saja. Mama Icah cakap dia tak mahu ambil baby lain sbb takut tak dapat tumpu perhatian pd Alif. Dan aku sangat-sangat bersyukur sbb dapat pengasuh seperti Mama Icah sbb dia jaga Alif dengan baik.

Terima kasih pada kawan aku Samsiah Adam yang memperkenalkan kakak dia, Mama Icah. Dan buat kawan-kawan aku yg ckp byrn pengasuh Alif mahal tu (yg mempertikaikan la..), sekurang-kurangnya tumpuan pengasuh Alif hanya pada Alif seorang, tp utk anak anda tu untuk 2-3 orang budak....tumpuan tu dah jd lain. Jadi tak perlu cakap banyak ye....

Alhamdulillah atas kurniaan Allah...

5 comments:

mamaizziqah said...

alhamdulillah

mama izziqah said...

alhamdulillah puan dpt pengasuh yg baik..sbg ibubapa kita jgnlah terlalu cerewet..hargai dan hormatilah penjaga anak kita ini..berterima kasih dgnnya sbb menjaga anak2 kita..kdg2 sikap pengasuh bergantung kpd sikap ibubapa..ada ibubapa yg mengambil kesempatan cthnya: lewat mengambil anak, menghantar anak tidak tentu masa, tidak bertanggungjawab dan lepas tangan..mungkin bagi mereka pengasuh ini dibayar tetapi mereka bukan orang gaji yg boleh disuruh itu ini..kpd puan saya percaya puan seorang ibu yg baik dan mendapat pula seorang penjaga yg baik..wang bukanlah perkara utama, kita cuma mahukan keselamatan dan kebajikan anak2 kita..doakan keselamatan anak2..InsyaAllah.

nina said...

pengasuh sy minta rm 550. mmg terkedu dengar, bg 300, dia ckp x setimpal, tambah lg 100 (total 400), dia buat muke. pastu nk 550. hm, ingat aku ni cap duit ke hape. tp, byr je, sbb area rumah sy mmg ssh nk dpt pengasuh (USJ), kene sekat makan demi anak.

Anonymous said...

Yes. Saya antar anak saya...sorg 1k, baby 1200. Taska ada anak2 expatriate. Tapi mmg berkualiti..pendidikan tip top...kebersihan juga baik. So syukur kalau cuma byr 300 tapi dpt kualiti yg setara. Alhamdulillah.

hawa samsudin said...

PERLUKAN PENGASUH??

HUBUNGI SEGERA
No.Hp:
018-2768709-Hawa
(call/sms/whatsapp)
Alamat:Kuarters IPD Putrajaya,Presint 7
FB: Siti Hawa Nor Samsudin

Syarat2:

Permenant
-berusia 2tahun keatas SAHAJA.
-RM300/month.
-normal or syif(SIANG SAHAJA).

Transit
-berusia 3bln keatas
-RM15/day(Isnin-Jumaat) RM20/day(Sabtu&Ahad)

KEMUDAHAN
-Tempat selesa,kemas dan selamat spt dirumah sndiri.
-makanan/snek disediakan utk 1tahun keatas sahaja.
-alat mainan dan rancangan tv katun jgk ada.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers