Tuesday, November 4, 2008

Rajuk Hati...

Hari ni dah masuk hari ke berapa dah aku rasa rajuk hati dengan suami aku...salah ke utk aku rasa begini...? berdosa mmg berdosa...

Semuanya sbb aku rasa suami semakin jauh dr aku. Alasannya kecil saja, aku rasa suami lebih mengutamakan keluarganya berbanding diri aku. Bercakap di telefon pun jarang2, kalau bercakap pun sekadar bertanya perkara yg biasa2 sahaja...U sihat? Buat apa hari ni? Ada kat mana?...Berbual pun sekejap sahaja...tiada yg menarik. Akhirnya aku senyap dia senyap dan mulalah aku rasa sedih...Aku pula bila dh start sedih mesti mengalir air mata. Dan padah yg aku bakal terima kalau menangis bila bercakap dgn suami ialah suami makin marah pada aku kerana bg masyarakat Cina menangis membawa 'suwey'...Sedangkan bg aku yg cengeng ni, menangis bagi sedikit kelegaan. Memanglah menangis x boleh mengubah apa2 tp yg penting aku rasa lega.

Dan hujung minggu ni, hari Sabtu 8/11/08, company suami akan membuat trip ke Bali. Satu lagi kerunsingan bg aku. Makan minum dia kat sana. Sembahyang dia lg. Bagi aku tiada kompromi dalam hal begini. Aku berharap sangat sayang aku tu ingat tntg semua ni. Bukan aku x percaya pada dia, tp rasa sangsi dan runcing pd tindakan dia tu x bertepi. Terus terang aku TIDAK PERCAYA DENGAN KAWAN2 SUAMI AKU. Bagi aku mereka manusia kejam, suka menangguk di air keruh. Mereka tahu suami aku Muslim tapi mereka semakin suka menarik suami aku mengikut cara mereka. Bukan aku x tahu kat mana suami aku makan selama ini (wlw pun bila aku bertanya pd suami, dia kata dia x makan 'daging' tu, tp rasionalnya mereka menggunakan periuk dan bekas makanan yg sama).

Untuk bercakap sendiri dgn suami, aku rasa x mampu. Aku x mahu sayang aku rasa aku terlalu mengongkong dia, sedangkan niat aku hanya satu. Aku mahu hidup bahagia di samping suami. Aku mahu suami yg dapat membimbing aku dan dalam masa yg sama aku membimbing suami dalam hal2 yg dia tidak tau. Aku mahu suami menjadi imam dalam keluarga. Aku tahu impian aku ni tinggi tapi aku yakin aku akan dapat mengecapinya satu hari nanti. Kerana aku percaya, ujian yg ALLAH turunkan pada aku ini semata2 untuk menguji keimanan aku dan suami, dan juga menguji kecintaan aku pada-Nya dan pada suami aku.


"Sayang..jika sayang baca coretan hati ini, ingatlah saya x pernah lupa pada sayang. Saya mahu yang terbaik untuk diri sayang dan saya. Ingatlah semua pengorbanan yg kita berdua lalui untuk capai semua ini. Jangan hampakan saya"

6 comments:

Qimy said...

alalalalaaaa mity...sedihnya aku baca..aku xleh tolong pape kecuali doa aje...:(

Marriatyi Morsin said...

aku yg menanggung ni rasa lg berat...

Qimy said...

dugaan rumahtangga ni mmg berat mity!!..aku yg sblm kawen kenai paie 8 thn, pon lepas kawen mcm2 dugaan berlaku...aku x ceghita aje...:p

xpe2, kalo ko nak lepas tension/perasaan, aku kan ada...take care!!

Marriatyi Morsin said...

aku ni kuat crite kat org kan? tp aku rasa berat sgt kat dlm hati aku ni sampai aku rasa sesak dada. skrg aku dh ok skit...aku dh luahkan...aku sblm kawin dgn dia pun lama jugak bercinta 7-8 tahun jugak...sbb tu aku nk pertahankan jugak dia

Qimy said...

korang ni aku rasa..masalahnya cuma jauh aje..kalo dekat konpem no problem! sabola budak...:( akan dtg gak ari ko dpt sama3 tmpt ngan hubby..amin.

Marriatyi Morsin said...

betul la Qim..aku pun rasa sbb utamanya adalah ddk berjauhan....aku berharap sgt nnt aku dpt pindah...Amin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers