Friday, July 24, 2009

Bertuahkah kita? Syukur tak kita?

Semalam aku dan Hubby pegi makan malam kat kedai mamak. Makan lewat malam. Semuanya gara-gara aku kata lama tak makan maggi (memang terlalu lama tak makan maggi). Pukul 11 lebih malam, dalam perjalanan balik ke PG, Hubby kata nak singgah makan kat kedai mamak kat Seri Alam. Nak makan maggi goreng.

Sampai saja di sana, aku order horlick panas sahaja, Hubby pun order minuman yang sama dan juga maggi goreng ayam. Semasa menanti maggi goreng sampai, ada budak (aku gelar A)menghantar otak-otak atas meja. Hubby tanya nak makan tak. Tapi aku yang masih kekenyangan cuma menggelengkan kepala. Tak lama selepas makanan sampai, aku dan Hubby melayan makanan dan minuman masing-masing sambil mata melihat TV besar. Tayangan bola sepak (tak ingat pasukan apa).

Kemudian lalu seorang budak lelaki (aku gelar B), aku kira berumur dalam lingkungan 10-12 tahun membawa beg balik kampung yang digalas belakang. Di tangannya ada beberapa kotak permainan. Dia pergi dari satu meja ke satu meja cuba untuk menjual permainan tersebut. Sampai pada satu meja sekelompok remaja baru lepas bermain futsal (dalam lingkungan 20-an aku pasti), B tersebut masih mencuba nasib. Tetapi agak sedih kerana ada seorang remaja yang agak "kurang ajar" percakapannya menjerit dan mengatakan "semalamkan aku dah beli!"...B terus berlalu dari meja remaja-remaja tadi. Mungkin malu tetapi kuatnya semangat untuk mencari duit, B pergi pula ke meja kelompok veteran (3 orang semuanya). Aku tak pasti butir bicara pakcik-pakcik tadi, tetapi setiap seorang aku lihat membeli permainan yang dijual oleh B.

Aku tak membeli? Memang aku tidak membeli kerana B tidak singgah ke meja aku. Mungkin kerana meja aku bersebelahan dengan meja remaja-remaja tadi. Tetapi dalam kelompok remaja itu, aku lihat ada seorang di antara mereka yang menegur rakannya yang menempelak B. "Ko ni tak baik buat budak tu macam tu"...Dalam hati aku hendak tengok juga kotak bersinar yang B itu jual...

Berbalik pada otak-otak yang tidak disentuh oleh aku dan suami. A datang ke meja kami. Bertanya sama ada aku hendak makan atau tidak otak-otak itu. Aku hanya menggeleng kepala. A senyum mengucapkan terima kasih dan mengambil kembali bekas otak-otak itu. Tiada masam muka, tetapi senyuman yang diberi.

Teringat aku pada adik-adik aku kat rumah. Musim buah ini, adik-adik aku membantu Ayah menjual buah-buahan. Duit hasil jualan akan diagih-agihkan di antara mereka. Begitu juga kalau ada orang yang datang makan buah di rumah, duit yang tetamu hulur itu Ayah akan beri kepada adik-adik aku yang menolong memetik buah-buahan utk santapan tetamu. Rezeki mereka. Mak pula menggunakan sistem point bagi adik-adik yang mempunyai niat untuk membeli barang mereka. Contohnya Opi, hendak membeli kasut kuliah yang harganya pasti ratusan ringgit (adik-adik aku memang high taste walau masih belajar). Tetapi Mak bukan mudah untuk menghulur duit begitu sahaja. Ada tugas yang perlu dilakukan bagi mendapatkannya. Setiap kerja rumah yang dilakukan oleh Opi diberi markah 1 bagi tugas mudah dan mungkin besar lagi markah sekiranya tugasnya agak berat (contohnya mengecat dapur). Dan akhirnya Opi berjaya membeli kasut yang diidamkan. Namun adik-adik aku dikira beruntung/bertuah kerana tidak perlu mengeluarkan modal sendiri untuk mencari duit berbanding A dan B. Namun apa yang penting di sini bukan tuah atau untung yang kita dapat, tetapi bersyukur tak kita atas segalanya yang kita perolehi daripada-Nya.

Aku kira diriku dan adik-adik cukup bertuah dalam serba serbi. Tetapi bagi diri aku ini, masih kurang syukur kepada-Nya. Ya Allah! Aku bersyukur atas segala rahmatMu. Syukur pada-Mu Ya Allah. Ampunilah diriku, kedua ibu bapaku, keluargaku, suamiku. Syukur padaMu Ya Allah.

8 comments:

mohamad kholid said...

ingat masa kecil2 dulu, banyak cabaran untuk mencari duit...

Marriatyi Morsin said...

masa kecik2 dlu saya dan kakak dan adik2 perempuan tidak dibenarkan utk mencari duit. cuma adik3 lelaki saja dibenarkan. itupun baru3 ini saja...

Haikaliium said...

hmmm...terkenang masa2 jual kerepek dgn air kotak kt kolej dulu2...

dhan said...

aku memang syukur dengan kehidupan aku dari dulu hingga skrang.. tapi aku memang kagum dengan org yg bleh buat mktg ni.. kalau aku mmg xleh walaupun dari kecik dah dilatih berniaga...

Marriatyi Morsin said...

chedin:zaman blajar dlu banyak jadi pelanggan sja. kawan3 berjual maity tlg beli
rehan: aku kagum dgn ko sbb boleh berniaga..aku ni nk buka mulut utk berniaga pon malu..tp la ni dh mula ok ckit

mr.o said...

sila gantikan name opi itu sebagai mr.o ataupon name gantian y laen...
glamor kang nti

sherin said...

salam mity..lame x jenguk sini..sihat ke?..hrp sihat slalu..
cite psl org jual2 ni..aku slalu geleng2 jek. ade skali ttinggi sore n wat muke ngan promoter susu kat tesco..pastu blk trus kene tazkirah ngan laki aku..insap beb..

Marriatyi Morsin said...

orait Opi...opppsss mr.O :D

sherin: aku pon kengkadang rimas gak..tp bila lama3 dtg kesian. tp aku xsuka klu promoter masuk opis...hiiii kengkadang tu kacau aku nk buat keje

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers