Mulai semalam bermulalah hari yang memenatkan dalam hidup aku dan Hubby sebelum datang hari yang membahagiakan (Aminn). Alhamdulillah Mak, Ayah dan MIL dah datang menjenguk rumah kami yang comel tu. Untuk pengetahuan aku dan Hubby masih belum berpindah ke rumah baru, tetapi sesi mencuci dan meng"check" rumah sedang giat dilakasanakan. Semalam sahaja, aku dan Hubby bertungkus-lumus mengelap lantai dan mencuci tandas. Tujuannya untuk mencari defect sebelum sebarang renovation dilakukan. Dan hasilnya amat memberangsangkan. Kami dapati hampir kesemua mozek dipasang tidak sekata. Ada tinggi ada rendah. Kami dah mark mozek-mozek berkenaan. Tandas pula, alhamdulillah setelah hampir seminggu aku takungkan air dalam tandas tu, tidak ada tanda-tanda bocor ke tingkat bawah. Cuma penutup mangkuk tandas itu senget (ke memang direka untuk senget..?). Hubby telah mengambil gambar semua kecacatan yang telah berjaya dikesan untuk dimajukan kepada developer.
Ironhide di hadapan rumah =)
Perbincangan dengan tokei untuk buat renovation rumah pun telah dilakukan. Rumput tebal yang hidup subur di kawasan rumah telah dibersihkan oleh pekerja Hubby. Lawatan ke kedai-kedai perabot juga telah dilakukan. Begitu juga lawatan ke kedai peralatan elektrik dan kedai lampu. Hmmm payah juga rupanya. Penelitian harga giat dilakukan agar tidak tertipu dengan harga dan kualiti barang. Penat betul. Tapi kami berpuas hati kerana usaha ini kami lakukan bersama-sama. Moga usaha kami ini diberkati Allah. Dan moga selepas kami berpindah ke rumah baru nanti (bila tarikhnya tidak dapat dipastikan lagi), kami dikurniakan zuriat pula. Allah lebih mengetahui. Syukur dengan kurniaanMu Ya Allah.
Bilik tidur kami. Suka dengan tingkap ni.
Boleh nampak taman permainan dari tingkap bilik tidur kami. Taman permainan ini betul-betul depan rumah.
Rumput tebal ini dah tidak ada lagi :D
Dapur yang comel. Di sinilah aku akan masak untuk keluarga aku nanti.
13 comments:
wooww bestnyer tgh setup umah..cantik gell nak wat konsep pe tu..
huhuhu...mmg memenatkan...biasanya developer bg 18 months utk complaint... Bila agak2 nk masuk rumah baru? Sebelum puasa?
tura: konsep tu xtentu lg...tgh membelek3 majalah lg...
chedin:xtau lg bila. rumah tu baru je sentuh dgn mencuci lantai dan tandas je...yg lain x buat ape3 lg.
mesti bz giler... penat tapi seronok.. maklumlah kita mesti nak yg terbaik utk rumah kita...
tahniah maity.. akhirnya tercapai impian kau.. :)
rehan thanks...tp aku blum move in lagi la...
actually x bleh tgk gamba y kak maity upload sbb line kat sini sgt hampagas..
kawan opi ade bukak kedai bundle kat labis..
dekat2 ngan pontian la
ade byk jual perabut
bru jgk bukak n masih tgh nak tambah brg bru..
klo brg pon masih oke n harge berpatutan ape salahnye beli 2nd hand kan??
opi tengok meja dy pon lawa2...
labis kt segamat la opi...xmo la brg 2nd hand...
Cantik rumah kamu...
I suka pandangan yang boleh nampak playground
thanks jess...saya mmg suka pemandangan dr tingkap bilik yg boleh nmpk playground tu.
entry ni sesuai betul dengan tajuk blog ni :)
awa :D
yay3..leh lepak umah ko...:p
boleh aje qim..klu ko xdtg siap ko
Post a Comment