Semalam secara rasminya aku dan Hubby berpindah masuk ke rumah baru kami. Syukur alhamdulillah. Walau rumah ini belum lengkap (dapur belum siap dan meja makan masih terbarai) tapi kami tetap bersyukur dan lega. Penat mengemas rumah dengan debu dan habuk tidak hilang lagi. 2 hari diperuntukkan untuk memasang langsir. Hubby menebuk lubang dan memasang rail langsir. Aku sebagai assistant tidak bertauliah, membantu menghulur skru, hammer dan sebagainya. Sebelum menggantung langsir, kerja-kerja mengelap tingkap yang debunya tebal macam tepung gomak dilakukan. Usai memasang langsir, kerja-kerja mengelap lantai dilakukan. Perihal lantai ini, hampir setiap kali kami ke rumah kami, sehinggalah menetap secara rasmi semalam, debu dan pasir masih ada lagi. Tapak kaki memang terasa tebal sentiasa. Tak tahu nak buat macam mana lagi. Harap-harap sebelum raya ini (dah tak lama lagi...huhu), semuanya selesai. Untuk makluman semua, rumah ini memang masih kosong lg. Bilik 4, tapi yang berisi hanya satu iaitu bilik tidur aku dan Hubby. Baju-baju masih di dalam beg lagi (Almari takde lagi, huhu. Tak tahu bila nak beli almari sebab duit dah takde. Tunggu kena kumpul duit dlu la nampak gayanya). Alhamdulillah ruang tamu dah penuh. Sofa, coffee table dan tv cabinet dah ada (tapi tv xde waaaaaaaa....). Dapur masih dalam pembikinan. Hubby kata paling lambat hari rabu orang tu install kabinet dapur. Yay...alhamdulillah, ni tengah sabar menantilah. Tapi seperti tv juga, peti ais dan mesin basuh belum beli lagi. heheh....ada sesiapa nak sponsor? Memang dialu-alukan. Lain-lain kisah rumah ini, proses mengecat rumah ada lebih kurang 10% sahaja lagi. InsyaAllah sempat siap sebelum raya. Proses mengetuk dinding lebih (pagar konkrit luar rumah), masih tergendala. Hmm harap-harap dapat siap sebelum raya jugak. Rumput mutiara telah ditanam. Masih nampak layu-layu lagi. Tapi nanti kena beli baja daun dan akar agar rumput-rumput ini menjadi gemuk macam tuan rumahnya *wink*
Gambar rumah tak sempat nak ambil. Nantilah lepas selesai semuanya, aku akan update lagi.
8 comments:
Mity, Selamat masuk rumah baru... selamat mengemas dan mengemas dan mengemas...he3, bab kemas2 ni kan mmg x leh habis!!!
p/s : x de pe aku nak sponsor, he3...pelan2...
xpe la maity, slow & steady...tetamu yg nk dtg pun semuanye memahami...heheheh...
selamat mengemas maity....
bak kata che din slow n steady.... :)
teja: thanks...betullah bab mengemas rumah takkan abis
chedin: ni dh abis slow la...
rehan:thanks...
kengkawan meh la jemput ke rmh aku
mengemas memindah membersih menyusun mmg memenatkan..aku sampai skrg x abis kemas lg..lotih..seb baik paie ada tukang setup heheh..
nanti aku dtg umah ko kena bawak tilam ke nak tumpang tido? :p
qim xpe aku ade toto...bantal busyuk ko jgn lupa bw la..yg lain ade...eh jgn lupa selimut sekali...hehehe...
tahniah mayti! :D tak sabo nak datang beraya
thanks Awa...jemputlah dtg ke rmh aku....aku sentiasa menanti kehadiran kwn3 aku...
Post a Comment