Wednesday, October 28, 2009

Double Joyness

Lama sangat aku tak update blog. Since Qim pun dah mulakan rentak dia menulis semula, aku pon kenalah start memikirkan apa yg aku nk kongsi bersama (wlwpun aku x pasti korang eager nak share sekali x cerita aku ni heheh...)

Syukur kepada Allah kerana aku dan Hubby telah menetap di rumah kami secara rasmi pada 13 September 2009. Dan pada raya yang lepas aku dan Hubby dh buat rumah terbuka cum house warming pada raya ke-3. Alhamdulillah, tetamu yang datang sangat ramai (teruk betul tak ada gambar. Aku dan Hubby cuma perasan kami tak snap sekeping pun gambar masa proses mengemas dan mengelap rumah selepas jamuan). Untuk jamuan tu, kami jamu rendang daging, kari ayam, ketupat segera, ketupat palas (maktuk dan mak buat), serunding beli, kuah kacang, laksa sarawak (MIL buat), roti jala (mak yang bancuh, tp dijala oleh adik aku) dan juga sate (kerjasama aku dan adik3). { Ehem ehem, yang lain tu aku masak sendiri tau...jangan tak percaya}. Sebelum jamuan kami (aku dan Hubby la) ada buat bacaan yasin dan doa selamat yang dihadiri oleh ahli keluarga aku je. Itulah kegembiraan pertama buat kami berdua.

Kegembiraan kedua yang aku nak kongsi bersama kawan2 sekalian (wlwpun aku tahu ramai yang dah tahu, saja je nak bagitahu lagi...), aku dan Hubby bakal dikurniakan baby pertama kami. Syukur pada-Mu ya Allah di atas kurniaanMu yang tidak ternilai ini. Dua kegembiraan dalam masa yang sama. Tapi sebenarnya kandungan aku ni masih awal lagi. Baru dlm 2 bulan lebih. Tapi aku dah scan gara3 masalah kecil yang aku hadapi. Tapi alhamdulillah, doktor kata jantung baby dah start berdegup. Maha suci Allah. So, sekarang ni, aku kena lebih berhati dalam melakukan semua tugasan. Dah tak boleh jalan laju3, tak boleh melompat or berlari3 dan tak boleh buat kerja rumah (yang ni aku saje tambah :D). Tapi aku masih perlu memandu 1/2 jam pergi dan 1/2 jam balik ke rumah dan pejabat setiap hari. Tugasan mengajar masih berlangsung seperti biasa. Cuma aku cepat letih dan bila balik rumah memang terus lembik (sbnrnya saja nak bermanja dgn Hubby).

Itulah 2 kegembiraan yang aku dan Hubby dapat sempena berpindah ke rumah baru dan juga menyambut raya baru-baru ini. Sungguh besar kekuasaan Allah. Hampir 2 tahun menunggu. Sesungguhnya aku dan Hubby amat bersyukur.....

17 comments:

Qimy said...

tahniah mity, syukur pd Allah..harap3 sumenya ok..dan selamat. sila3 la bemalasan ye, sblm budak kecik tu kuo..hik3..

Marriatyi Morsin said...

qim, aku nk tau maksud bermalasan yg sbnr sbb aku mmg malas kuikuikui...ni pon dapur aku dh x berasap lama bebeno....

Anonymous said...

Lama tak jenguk blog maity.. bila jenguk harini rupanya ada brita gembira.. (mcm ada aura jek kan)..
tahniah dr saya.. jaga kandungan kamu baik2.. kena banyakkan berehat.. any tips bley share dgn saya (hehe.. i'm a mother with 2 cute kids)..

regards,
elynn999

Marriatyi Morsin said...

ida, thanks for visiting my blog. alhamdulillah dgn kurniaan ini...

Haikaliium said...

Tahniah Maity, aku doakan semoga semuanya selamat...jgn lupa amik supplement...

mr.o said...

tahniah...
jage diri baek2...jgn pakse buat kerje berat2...
byk doa semoga diberi kesihatan...

masrulMastura said...

as i thought..alhamdulillah..tahniah yer to both of u..takecare jgn diri n baby elok2 tau..

s.a.h said...

congrates Maity!! semoga semuanya dipermudahkan yer.

Marriatyi Morsin said...

chedin: thanks..supplement obimin je
opi: hah start kumpul duit raya utk anak maity thn dpn, dan hadiah gak tau
tura: hehehhehe....hampir 2 tahun menunggu
asmah:thanks for the dua's

Yin Hasni said...

Tahniah Maity
Jaga diri & baby tu.
Mudah2n terus bahagia ceria.

Marriatyi Morsin said...

Yin thanks...skrg ni masih dlm keadaan tak percaya lg...heheh...tp yg buat percaya sbb mabuk3 (wlw x kuat)

Teja said...

Alamak!!!! tertinggal kapal terbang le aku...tula...gara2 x bukak blog, blog kengkawan pun x jengah gak...hi3

Tp x pe, aku dah tau awal kan mity??? cam ne pun nak kepoh kat sini gak...he3, tahniah dan aku doakan semuanya dipermudahkan. Jaga kesihatan dan jaga diri...

p/s : tgh menghitung waktu, bile kita nak set dok kat tmn sambil makan dot3 tu ek???? (ckp pelan2...kang qim jeles!!!)

Marriatyi Morsin said...

teja ko mmg t'tinggal kapal terbang la wlw ko dh tau awal hikhik...ko setkan la dgn hailmi, pastu ko roger dgn aku...

tp buat masa ni aku mcm x berapa larat sgt la...

MrsNotSoCool said...

kak maity.. tahniah.. jaga baby leklok..

baru tau semalam lepas sina bitau.. huhuhu

tahun depan ada dua orang baru yiehaaa...

Marriatyi Morsin said...

aina...hehhe...thn dpn makin meriah la rmh tuk ayah n maktuk...raya thn dpn insyaAllah ade 7 cucu la berkumpul...x sabar nk mula aktiviti mengumpul duit raya (nk kena start kumpul alamat kawan2 ni)...

Qimy said...

HOI!!

padan la rasa tegerak nak bukak comments post ni..jaga ko tejaa!!

Marriatyi Morsin said...

oit qim....ape lg meh le balik jhr...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers