Monday, November 2, 2009

Kisah 1

Aku rasa sekarang aku agak teruja untuk bercerita kisah baby. Heheh al-maklumlah pengalaman baru. Maka kisah ini aku namakan Kisah 1, Kisah 2, Kisah 3 sammmmpaiiiilah aku sendiri muak untuk meneruskan kisah-kisah ini. Dalam Kisah 1 ini, aku ingin berkongsi pengalaman aku sebelum aku mengandung dan juga keadaan terkini. Kisah ini lebih kepada kisah tidur aku.

Aku selalu mengeluh, kerana walau hampir 2 tahun berkahwin, aku dan Hubby masih belum dikurniakan zuriat. Sebelum ini (sebelum aku mengandung) kawan-kawan aku selalu cakap " Maity baik ko enjoy dulu waktu ko. Masa inilah ko nak tidur lebih. Tak ade suara anak nangis nak susu or salin diapers tengah malam. Masa inilah ko boleh bangun lewat. Tak ade sapa nak marah or ganggu ko". Ada lagi yang menyambung "Allah nak bagi ko rehat cukup2 dan Allah lebih tau kemampuan ko". Banyak lagilah pesanan, nasihat dan kata-kata semangat dari kawan-kawan aku. Tapi macam biasa aku ni kan jenis kurang penyabar. Tengok adik-adik aku mula mendapat zuriat masing-masing, buat aku sedih. Namun begitu, aku tak adalah tunjuk muka sedih aku depan mereka. Masih kontrol ayu beb...

Namun kini, setelah aku mula mengandung, aku rasa nikmat untuk aku tidur mula kurang. Dalam sehari cuma 3-4 jam sahaja aku lena, masa yang lain penuh dengan aku sakit belakang, mual2 (aku tak kena morning sickness, tp kena night sickness), keperluan ke tandas yang lebih kerap dan macam-macam lagi. Hmmm, nampaknya Allah mula memberi aku sedikit tugasan agar aku tidak terlalu mendahulukan masa tidur dan masa rehat aku yang panjang itu. Hubby pun begitu. Aku lihat lenanya pun akan terganggu sekiranya aku terjaga di tengah malam. Kesian Hubby.

Agaknya begini rasanya jika tidur terganggu kerana keperluan anak. Jadi Allah bagi sedikit amali bagi diri aku dan Hubby agar kami tidaklah culture-shock bila situasi sebenar berlaku. Namun aku ni, masih juga kurang syukurnya. Mana tidaknya, hari-hari aku mengeluh kepenatan kerana tidak cukup tidur, kepenatan travel ulang-alik ke pejabat, mengeluh untuk tidak memasak dengan alasan kurang sihat dan malas. Hmm nampak gayanya banyak lagi "amali" yang perlu aku hadapi sehingga masa sebenar sampai. Terbit rasa kagum dengan adik aku Mardiah @ Didi, dengan anak kecil (baru 4 bulan), dia masih memasak untuk suaminya setiap malam, menguruskan rumahtangga walaupun bekerja. Aku lihat dia begitu gembira. Setiap hari aku bertanya anak dia tak kacau ke waktu tidur malam. Dia kata bangun jugak untuk minum susu, tapi dah biasa. Huuuuuu~

Moga dalam masa lebih kurang 7-8 bulan ini, sebelum aku bersalin aku dapat menyediakan diri aku supaya dapat menjadi supermommy dan superwife buat Hubby dan anak yang bakal aku lahirkan. Aminn. Ya Allah, ampunilah dosaku kerana masih kerap mengeluh walau Kau telah menghadiahkan aku anugerah terindah ini. Buat Hubby, lepas ini kita belajar azan dan iqamat supaya bila anak kita lahir nanti, u dapat melaungkan kalimah suci itu kepada anak kita. Biar kalimah itu menjadi kalimah pertama yang didengar oleh anak kita tanda cinta kita berdua. Aminn.


Semalam aku sempat membaca beberapa artikel mengenai nausea @ loya3. Rupanya nausea ni bagus kepada perkembangan kandungan kerana ianya menandakan proses perkembangan kehamilan yang normal dan perkembangan bayi yang positif. Doaku agar kandungan ini sihat. Aminn.

7 comments:

Qimy said...

harap besabo ye mity..len3 pegnen len3 cabarannya..harap3 ko kuat.

aa aku tgk sejak3 pregnen ni kuatnya la napsu makan..jgn dilayan sgt..:)

Teja said...

Mity, esok2 pengalaman ni jd cerita yg paling manis dan indah dlm idup..

aku dulu paling tensen bila dah perut memboyot...x leh tido meniarap lagi...hua!!!!!!!! (masa tu rasa alangkah nikmatnya dpt meniarap!!!)keh3..

p/s : standby bantal banyak2...

Marriatyi Morsin said...

qim napsu nk mkn aku mmg bnyk, tp aku mkn ciput je sbb mcm kenyang bila nmpk mknan tu dpn mata. dlm 2-3 suap aku dh benti mkn, seterusnya somi aku la makan. so skrg ni untung, beli sebungkus je makanan, makan utk 3 org..hehhehe...aku suka makan buah je

teja: aku pon xleh tido meniarap...padahal tulah position yg paling syok sekali. aku nk cari bantal kekabu, kat mana ade jual? aku dan somi lebih suka bantal kekabu drpd isi kapak sintetik tu (wlwpun org kata anti-germ)

Teja said...

Mity, aku pun suka bantal kekabu...tp x dan le nak kutip, siat buat biji2 tu semua...aku beli kabu jahit sarung sendiri. Kekabu ni pun ada byk gred. Beli kat customer kosni. Tilam pun dia ada buat gak. Dulu2 aku beli bantal kat sorang pak cik ni. Dia dok bdr baru uda. Jumpa kat opis. Skang ni x tau le mana nak cari Pak Cik ni. Kena mintak tolong ngan sherin ni, may be dia tau cemana nak contact pak cik ni. org gomen katakan..hi3 (biasa org lelama sebut Pak Bob jual songkok jual bantal org kenal)

Marriatyi Morsin said...

ooo payah pulak nk beli bantal ni yek...dlu kwn aku (jiran sblh rumah) yg jual sbb nenek dia buat. klu nk beli jerit je dr pintu pago, sat lg dia kluo bw bantal rm15 je sebiji.
ko tlg buat utk aku bleh? ekekeke...

Teja said...

Mity, tepi jalan banyak jual...tp x capai stended kualiti tido aku le..hik3, RM15 kira murah sesangat...ngan pak bob tu RM50 sebiji....tp puas ati a....kalau beli yg lom siap pun 1kg dah RM20..

Mintak mahap, x menerima tempahan bantal...hua3...

Marriatyi Morsin said...

dh kat sana (kelate, ganu) pokok kabu tu banyak bebeno, tu yg murah tu...kat sini yg jual kat kedai3 biasa tu mmg x best, kejap je jadi keras bantal tu. yg aku beli dr kawan aku nih best, wlw 'peta dunia' dh keliling bantal tu tp ia tetap lembut n sedap utk dibuat tidur....bau pon wangi...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers