Monday, October 4, 2010

Besar...

Salam Syawal buat semua. Lama menghilang, bukan aku tak sudi utk menulis. Bukan juga tidak ada cerita utk dikongsi. Juga bukan kerana kekangan masa. Tapi lebih kepada mencari masa yang sesuai utk mencari mood menaip. (alasan)

Alif sedang nyenyak tidur. Papanya seperti biasa, malam isnin adalah temujanjinya dengan badminton. Aku baru sudah menggosok baju kerja. Hmmmm...selalunya aku turut 'hanyut' bersama Alif, tapi malam ni rasa macam mahu menaip. Menceritakan sedikit peristiwa mengenai Alif (nampak gayanya blog ini mula di'tawan' oleh cerita mengenai perkembangan Alif).

28/09/2010,aku bawa Alif pergi ke klinik utk pemeriksaan biasa. Seawal 7.30 pagi aku & Alif sudah memegang no. giliran ke-21 untuk diperiksa oleh misi. Lebih kurang pukul 8.45 pagi nama Alif dipanggil utk ke bilik 16. Duduk sebentar, misi melihat kad Alif. Belum apa-apa misi terus cakap "Besarnya baby". Aku terkedu bila misi ucap sedemikian, tapi aku balas "4 bulan, 7kg". Misi balas semula "Besarlah tu...". Malas untuk terus menjawab, aku senyap saja menunggu apa lg yg bakal misi tu cakap. "Dah campur susu tepung?" Tanya misi lg. Aku jawab pendek saja "Belum". Dan dengan nada kagum misi tadi balas "Bagusnya...teruskan bagi baby susu badan". Pemeriksaan singkat tetapi bagi kesan yang mendalam kepada aku.

Buat pengetahuan semua, aku masih lagi menyusukan Alif secara exclusive. Niatku paling tidak sehingga umur Alif 6 bulan, aku ingin menyusukan Alif tanpa 'bantuan' susu formula. Tapi sejak dari aku kena demam selesema ( minggu ke-2 raya) dan seterusnya dengan kehadiran 'rakan bulanan wanita' penghasilan susu aku makin berkurang :(
Stok BM aku hanya cukup-cukup dihantar keesokan harinya. (maksudnya, jika hari ini aku mengepam, maka susu itu adalah susu utk keesokan harinya, tiada susu simpanan di dalam peti sejuk). Malang sekali, Alif makin kerap menyusu, dan dia seakan marah sekiranya air susu aku kurang dan tidak 'deras' seperti dulu. Sedih bila mengenangkan perkara ini. Kesian Alif bila melihat dia seakan tidak puas mengempeng.

Nampaknya aku perlu lakukan sesuatu. Maaf ya, tiada istilah diet untuk masa terdekat ini. Apa yang penting keperluan Alif dijaga. Jika aku perlu berjaga malam utk mengepam, maka aku perlu lakukannya. Semuanya demi Alif. Amanah Allah yang perlu aku jaga.

Buat teman-teman, doakan agar aku berjaya dengan misi ini. Jika ada kelapangan aku akan masukkan gadget untuk projek ini (perkataan projek adalah istilah yang aku & rakan-rakan gunakan untuk menggantikan perkataan mengepam susu. Saja nak menunjukkan betapa pentingnya misi ini). Dan sekiranya anda ada tip-tip yang dapat membantu dalam masalah ini, aku amat berbesar hati untuk menerimanya.

3 comments:

Teja said...

Mity, date tu salah kot.. 28/10 belum lagi:p

Semoga Projek Besar ko sukses. Alif makin chubby mama plak makin slim... hu3, aku jeles tau!!!! aku setahun nyusukan aleeya pun x slim... maybe sebab aku pun kuat melantak nak bagi susu banyak... he3..

s.a.h said...

maity, pengalaman asmah dulu...time farouq nyusu kat sebelah, sebelah lg akan pump. tukar sebelah lak, pump kat yg dia br je nyusu tu. coz bila baby nyusu, susu yg keluar kat sebelah pon laju gak, so baik pump & simpan.jimat masa.

Marriatyi Morsin said...

teja salah date ek...nnt aku btulkan...aku dh gumuk balik la...makan x benti3 raya ni. tp berat bdn mmg kurang ckit je dr sblm mengandung.

asmah: huhuhuhuhu~ waaaa kdg3 je maity dpt buat mcm tu sbb maity bg susu sambil baring. alif baby yg tinggi dh x muat sgt kt peha ni nk riba dia. lg 1 maity guna pam letrik, so menyusu x dpt guna sbb pernah cuba, but alif seems x selesa. so maity guna tangan utk pam sblh, tp xdpt bnyk. x sampai 1oz.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers