Kawan-kawan, saya ingin menjemput kawan-kawan menjenguk ke blog Ayah kesayangan saya... http://dindingkacamorsin.blogspot.com/
Dalam blog ini, Ayah saya menceritakan kisah hidup dia, dan juga sedikit ilmu (sedikit?...) yang saya rasa sangat berguna. Dan terus terang saya nyatakan di sini, Ayah selalu menceritakan kisah hidup dia kepada kami adik-beradik, tetapi tidak selengkap ini. Dan saya sendiri malu pada diri kerana banyak nama cikgu sekolah saya yang sudah lupa (buat-buat lupa, atau memang tidak ambil pusing).
Moga dengan kehadiran kawan-kawan sekalian akan menggembirakan Ayah. Dan percayalah komen kawan-kawan sekalian amat Ayah hargai. Ini kerana pernah Ayah menelefon saya setelah membaca komen saya dari blog Ayah. Ayah amat gembira dan terharu. Dan lagi Ayah akan menelefon saya mengatakan bilangan pengunjung blog Ayah sudah bertambah. Gembira Ayah gembiralah saya. Dan lagi, setiap kali saya balik ke kampung Ayah seakan ceria menceritakan idea-idea dan cerita-cerita yang Ayah akan tulis di dalam blog Ayah. Ini kerana, dalam keluarga hanya saya seorang mempunyai blog (dan juga Hubby kesayangan.. :D ). Mungkin ini salah satu daripada cara untuk aku menggembirakan hati Ayah dengan menwar-warkan blog kesayangan dia. Saya tidak pandai menunjukkan kasih sayang kepada Ayah, tapi saya mahu kawan-kawan berkongsi segala kasih sayang Ayah kepada saya.
Buat Ayah, terima kasih banyak-banyak. Maity sayang Ayah...
7 comments:
sungguh emosi sekali entry pn mayti. letakla skit gambar ayahnya..
gua sudah follow itu blog hehe :D
Awa, ayah aku br lps call aku..dia ucap terima kasih atas komen aku dan dia baca sekali komen ko kat aku. aku dengar getar suara ayah aku.alamak sayu pulak aku...
aku rasa ayah aku rindu menulis dan mengajar lagi la...
alahai..tingat lak kat ayah aku huwaa...
Xpe qim..doakan ayah ko sihat sejahtera yek
Insaf baca kisah-kisah pengalaman yg tinggi nilainya dlm blog ayah ko, tu lah realiti hidup parent kita, dlm kepayahan diorg berjaya besarkn kita dgn baik.
chedin...tu la zaman dulu3 punya payah nk dapat ilmu, tp orang tua kita berusaha cari...
aku ni peluang dah terbuka tp masih kuat lg alasan malas...malu pada diri sendiri
dan orang dulu3 sungguh hormat pd guru mereka, kena pukul kena marah semua tak pe. zaman sekarang siaplah saman pihak sekolah..moga aku tak jadi macam tu...
byknya aku tertinggal.....
Post a Comment