Semasa menolak troley ke arah kereta comel aku, ada seorang bdk berumur dalam lingkungan 20-an memanggil aku. "Kak mari cabut cabutan bertuah. Kalau akak bertuah, mungkin akak dapat shopping kat tesco dgn diskaun yg lebih best sepanjang tahun ni". Aku yang dalam kebingungan (bengap ke????) pun mengambil kad yang dihulur oleh budak tadi. Tapi masih dalam keadaan berhati-hati, aku was-was untuk membuka kad tu. Budak tu cuba untuk meyakinkan aku tak perlu rasa takut. Dia siap menunjukkan kad-kad yang telah dibuka oleh pelanggan lain. "Kakak tak perlu takut la. Ni bukan peraduan gores dan menang la. Kakak tak pernah tengok/dengar ke peraduan 'Pulang ke kampung bersama Proton Persona'...dalam tv3 dalam hot fm semua dah cerita pasal ni". Masih dalam keadaan was-was aku buka jugak kad tu. Bila buka je kad tu, tertera di situ aku menang 'special gift'. Debaran yang kecil tadi makin membuak-buak. Aku jadi takut. Budak tadi macam tak percaya aku dapat kad tu. Dia kata "Kakak dapat hadiah utama ni". Dia terus kontek bos dia, kemudian dia kata untuk mengambil barang tu, kakak kena pergi ofis dia kat Taman Mount Austin. "Lima minit je dari sini. Saya tunjukkan jalan".
Aku masih ragu-ragu dengan semua ni. Budak tadi siap kata "Kakak jangan takut, ni semua bukan tipu. Kalau kakak tak percaya, ni ic saya. Kalau kakak rasa kena tipu, kakak bawa kad ni kat balai polis". Dari kesungguhan budak tadi, aku mula percaya. Walau bukan 100%, tp kepercayaan sebanyak 20% tu telah membawa aku ke ofis budak tadi; Starr Healthcare Sdn.Bhd. Di sana aku berjumpa dengan bos budak tadi. Dia menerangkan pelbagai cerita serta menunjukkan gambar pemenang (termasuk pelakon ezzany (betul ke ejaan macam ni), keratan akhbar tentang cabutan bertuah ni dan macam-macam lagi. Mereka turut menunjukkan lesen syarikat (yang mana tertera tulisan syarikat jualan langsung!!!!!). Dari situ rasa ragu-ragu dan was-was mula memuncak. Aku cakap dengan mereka aku nak call Hubby dulu. Mereka kata tak perlu dulu "Buat surprise la kakak". (kepala hotak hang buat surprise!!!!)
Allah Maha Besar lagi Maha Mendengar. Tak lama lepas tu, Hubby call aku, tanya aku kat mana. Aku pun cerita la pasal ni, dan mintak dia datang kat tempat tu. Tak sampai 10 minit, Hubby sampai. Mereka jemput Hubby masuk dan turut menerangkan maklumat yang sama kepada Hubby. Tapi cara mereka terangkan maklumat kepada Hubby agak berlainan. Selesai sahaja penerangan mereka, Hubby terus cakap "Kalau betul menang hadiah, bagi sahaja hadiah tu, kenapa perlu bayar-bayar lagi?" Mereka diam. Hubby terus pegang tangan aku dan mengajak aku balik. Tak banyak bicara, 2 minit sahaja Hubby dalam ofis tu semua selesai. Dalam kereta Hubby cakap ni semua tipu. Aku sendiri macam tak percaya aku boleh terkena macam ni. Alhamdulillah aku belum memberi duit sebagai "bayaran cukai kerajaan" sebagaimana kata mereka sebelum aku boleh mengambil 'hadiah' aku. Syukur padamu Allah.
Modus operandi mereka:
- Kita buka kad, kalau dapat perkataan " Terima kasih"- tak ada apa-apa hadiah. Kalau dapat perkataan "Special Gift"- mereka akan bawa kita ke head office.
- Mereka akan menunjukkan pelbagai info tentang peraduan ini. Contoh surat khabar (yang aku sempat baca BH, Utusan dan surat khabar cina). Tapi masa aku tengok keratan suratkhabar ni, aku pun dah macam was-was sebab tulisan dalam keratan tu tak macam tulisan biasa dalam suratkhabar. Gambar-gambar pemenang pun ada. Lesen syarikat pun ditunjukkan. Mereka kata hanya 117 pemenang sahaja seluruh malaysia, dan tarikh tutup untuk cabutan ini adalah akhir bulan ni. (What a coincidence!!!)
- Kita diminta untuk sign satu kertas tanda persetujuan untuk menjadi duta kepada produk mereka. Mereka kata dalam masa sebulan wartawan akan call untuk bertanya tentang produk ni.
- Kemudian kad yang tertulis special gift ni akan di'scan' untuk mengetahui hadiah apa yang kita menang. Contohnya kereta persona. Paling rendah nilai hadiah adalah rm6000. Tetapi semasa kita dapat hadiah tu, kita perlu bayar rm3798 sebagai "cukai kerajaan". Kalau dapat kereta atau hadiah-hadiah lain (home theatere set, set dapur masak dll), pemenang KENA BAYAR rm3798. Bagi yang dapat hadiah melancong ke Turkey atau Australia, nilai hadiah pelancongan akan ditukar ke wang tunai kerana kata mereka berikutan wabak H1N1 ni. Syarikat tak nak tanggung insurans. So nilainya sama ada rm12000, rm8000 atau rm6000. Nilai ni akan ditolak rm3798 sebagai tolak "cukai kerajaan". So kalau dapat barang kena bayar guna duit kita rm3798 semasa dapat barang. Kalau dapat duit, nilainya akan ditolak rm3798, hanya bakinya yang kita dapat.
- Oppss sebelum terlupa, mereka cakap hadiah ni adalah tajaan daripada syarikat Pioneer Aliance Enterprise. Kononnya syarikat ini di'rebrand' atas nama Kenko, Shinkawa dan apa lagi aku dah lupa. Dan syarikat yang aku pergi semalam adalah Star Healthcare Sdn. Bhd. wakil kepada syarikat Pioneer Aliance Enterprise bagi mengendalikan cabutan bertuah tu.
Aku turut mencari maklumat tentang syarikat ini. Dan ini yang aku dapat http://welleywatch.heritage-tech.net/17/glotron-marketing-latest-scam-subsidiary-of-welley-corporation/
So beringat-ingatlah kawan-kawan sekalian. Lepas ni kalau ada orang suruh buka kad apa-apa untuk menang cabutan bertuah jangan percaya. Dunia ni mana ada benda free. Semuanya berbayar. So orang guna taktik ni untuk mengaburi diri kita yang selalunya cuai dan leka. Untuk diri aku, syukur kerana tiada apa-apa yang terjadi. Aku benar-benar bersyukur. Dan untuk Hubby You Are My Superhero...
11 comments:
dapat persona dgn hanye rm3799 ???
sgt menarik tawaran dia...
nseb bek ade abg daniel...
aku pun dulu penah kena sekali kat PD.
lepas dia ucap.. tahniah!!! akak menang..! aku cakap.. 'tahniah!, saya bagi hadiah tu kat awak!'
nasib baik tak terkena maity..macam2 sekarang ni nak dapat duit cepat.
tu la...nasib baik x gelap mata dgn tawaran tu. lgpun mmg fikir dgn duit hampir 4k tu mcm3 boleh buat utk rmh sndr. esp nk raya ni...
ogy sbnrnya aku nk pass je kad tu kat org lain yg tgk aku dpt kad tu, tp xleh la pulak...
asmah, dunia skrg ni dh lain. mmg kena beringat..
mr.s ni sina kan? :P
tu la, nasib baik ade abg.danial
dan sbnrnya sepenuh kesyukuran kepada Allah sbb bg gerakan hati dan minda utk menolak semua ni
ooo mr. s ni sbnrnya opi hehhe...
Bahaya,
aku pernah kene masa study dlu..siap kate kalau dah menang hadiah tu, ade lagi satu cabutan bertuah, boleh dapat kereta waja(masa tu waja famous la).
kena bayar 1700++, tapi kalau tak dapat water filter RM2000..
penipu tu semua..
Kalau dah tau kedai lagi bagus, buat report je terus..
dulu masa kene, kene bayar 300 capat dvd palyer jenama zunichu..dia kata anak company sony..walaupun kat gores tu gambar sony..sia kata sony product dah habis, ganti zunichu..
Sampai sekarang bengang sebab dia dah amik duit dulu..
Kalau ada masa,report polis je..mokui
sina, mmg tau opis dia kat mana. pastu...masa abg.danial mintak kad yg aku berjaya dpt 'special gift' tu, dorang x kasi..nmpk sgt mmg penipu..yg aku nk baran tu sbb dorang kaitkan nk bulan puasa, xbaik menipu la...
tp malas nk buat report polis sbb xde bukti. nasib baik maity bg duit lg...dan alhamdulillah xde perkara buruk t;jadi...
nnt aku paskan no KPDNHED..
mmg nak kene dioarang ni..
sori mencelah..dah terkena pun ofis yg sama. rupenya masih beroperasi derang ni. Tapi tobe exact, hubby yg terkena. mmg terpkasalah mengamuk. duit byk tuh. tapi kami wat report ke kpdnhed, tribunal pengguna..company diarah pulang kan balik atau masuk mahkamah. Surat dr tribunal pengguna bounch balik (depa tak mau terima pos berdaftar tu-nnt alasan tak terima surat la) so, mlm tu kami datang bawak adik (yg gaya mcm polis) serahkan surat salinan yg ada pada kami, la2 tu jugak depa refund balik sume. Adik siap ckp ala2 gaya polis "nak meniaga betul2 tipu2 masuk balai"..depa kecut je..cinabeng tul..so sape2 terkena pegi tribunal pengguna. lagi cepat lagi bagus..
Ibu Aunis...alhamdulillah maity blum keluarkan or buat ape3 bayaran. nk report kat kpdnhed x boleh bcoz xde pape bukti....but klu terjadi ape3, mmg nk report la
"DUIT MASUK AKAUN KITA TAK BERHENTI..
Sertai Sistem Automatik Yang Akan Membolehkan RM10 Masuk Ke Dalam Akaun Maybank Anda Setiap Beberapa Minit Selepas Anda Menyertainya Buat Selama-lamanya!"
Daftar Sekarang Untuk RM10... Sila Klik Di Sini http://www.sumbanganbersama.com/?id=bahri Untuk Kelaman WEB Jana income RM10
5 Langkah Mudah Untuk Anda Berjaya... Jadi Jangan Tak Buat... Bayangkan Ia Hanya Sekadar Permainan Dari Mengharapkan Tanpa Ada Usaha Anda.. Cuma Ikut 5 Cara Ini Dan Anda Sudah Mula Dalam Langkah Pertama Menjana Curahan RM10 Ke Kedalam Akaun Anda.. Kejayaan Pasti Milik Bersama..
1). Klik Link Iklan Untuk Keruangan SumbanganBersama.Com.
2). Daftar Sebagai Ahli Percuma Dan Melihat Cara Pembayaran Dengan Teliti..
3). Melakukan Pembayaran RM10 Kepada Setiap Upline Seramai 5 Orang...
4). Download Langkah Mudah Dalam Promosi Yang Telah Disediakan.. Baca Dan Ikut Sepenuhnya Langkah Mudah Dalam Promosi Online... Anda Juga Boleh Hubungi Saya 019-2496906 Untuk Mendapatkan Tips2 Tambahan Dalam Mempromosikan Website Anda..
5.) Lakukan Sepenuhnya Langkah2 Yang Disediakan Dan Juga Tip2 Tambahan Dari Saya... Kita Pasti Akan Berjaya... InsyaALLAH..
Bukti Kenapa Cara Ini Mudah Ialah Orang Yang Membaca Iklan Ini Kerana Orang Yang Menghantar Sudah Menjadi Ahli Dan Melakukan 5 Langkah Mudah Untuk Berjaya Ini.. So.. Jangan Anda Risau.. Saya Yakin Dan Seyakin2nya Kejayaan Bagi Mereka Yang Dapat Dan Terus Mengikut 5 Langkah Mudah Untuk Berjaya Ini..
Klik Di Sini Sekarang!!!
Post a Comment