Wednesday, August 18, 2010
Comel...
Kisahnya bermula begini. Semalam sementara nk tunggu masuk isya' , aku yg masih bertelekung melipat kain yg menggunung tinggi. Mr. Hubby letak Alif depan aku di atas toto. Kedudukan toto tu agak jauh jugak (dlm 2 meter) dr aku. So sambil melipat kain aku 'berborak' dengan Alif. (Mr. Hubby turun ke bwh sbb nak ambil air utk Alif).
Dalam longgokan kain tu, ade tudung yg aku dh guna (alaaa tudung basahan aku tu, xtau mcmn boleh tercampur dgn kain3 lain tu). Dgn malasnya aku pon mencampak tudung tu ke tmpt sangkut yg terletak b'dekatan dengan tmpt melipat baju tu. Tp tudung tu jatuh. Tiba3 aku dgr suara ketawa melekek dr Alif, tp lepas tu dia terdiam mcm tergamam (agaknya dia pon terperanjat dia ketawa kuat mcm tu...hihi). Alamak.......dia dh pandai ketawa. Sooooooo cute. Aku ingat tu tindakan reflek dr Alif, so aku ulang perbuatan yg sama. Dan benar, Alif dh pandai ketawa melekek sbb dia keeps ketawa melekek bila aku ulang dan ulang dan ulang perbuatan mencampak tu (eventhough without tudung tu lg). Mr.Hubby yg melihat scene tu pon amazed dgn Alif new skills.
Ya Allah, sungguh aku bersyukur dengan perkembangan terbaru ni. Dan utk pengetahuan semua, Alif dh expert berborak dgn semua org yg menegurnya dan lg sudah pandai tersenyum bila nmpk aku. Aku jatuh cinta sekali lagi.....
Mama dan Papa sayang Alif dunia akhirat. Doaku agar Alif menjadi anak yg soleh, taat dan bijak. Amiin...
Monday, March 23, 2009
Terima Kasih Mak, Terima Kasih Ayah
Selamat petang yang panas...panas-panas ni aku jadi lebih bersemangat pulak untuk update blog aku. Sepatutnya lama dah aku update blog yang satu ni, tp tu la...aku pun tak tahu kenapa aku lambat benar update. Maafkan Maity ye mak ayah. Lama dah tertangguh. Tarikh gambar 27 Dec 2008, tapi tarikh anniversary mak dan ayah adalah pada 28 Dec. Dibuat lebih awal sebab anak-anak yang duduk jauh balik. So ayah dengan surprised nya telah menempah tempat di Restoren Mandela, Pontian. Sepatutnya kami anak-anak yang buat party untuk sambut Anniversary ke-33 tahun, tapi ini dah terbalik. Masa ini cuma keluarga kak Jaja je yang tak ade di tempat kejadian. Sambutan ini pun dibuat bersekali dengan sambutan hari jadi adik bongsu Mohd Iqbal Aqil (26 Dec). Sebab tu atas kek tu ade tulis nama adik sekali. Kek made from Secret Recipes (Chocolate Indulgence) sponsored by Sina and wife (Aina). Sambutan malam tu memang meriah. Dah la tempat makan tu memang meriah. Nampak je terletak kat dalam hutan kelapa sawit, tapi memang ramai yang datang.
Ni je gambar yang sempat aku snap. Gambar yang lain ade kat kamera Sina dan sape yek? Kamera adik-adik aku yang lain la kot. heheheh
(bukti dia tgh mengantuk...mata kuyu je)
**Buat mak dan ayah, terima kasih kerana melahirkan Maity dan membesarkan Maity dengan sempurna. Halalkan segalanya mak, ayah. Maity sayang mak ayah...







