Friday, December 5, 2008

Berjaya...


Selamat pagi semua...skrg aku kat johor. Sampai sini pukul 9 lebih malam. Penat driving x hilang lagi.Tp tgh bersemangat nk update blog aku ni. Lgpun ptg ni ade kerja sikit nak buat. Hihihi...korang mesti tertanya2 apa hal la gambar kek tu menjadi topik pagi ni.

Sbnrnya inilah kisah yg aku nk post hr tu tp xdpt. Aku berjaya memasak kek yang pertama sekali dalam hidup aku. Kek tu Julia yg ajar. Tp dia pun xtau nk bg kek tu nama ape. So aku bg la nama kat kek tu- Kek Cheese Coklat.


Nmpk dari gmbr tu mcm kek marble kan? hehehe jgn tertipu, sbnrnya yg kaler putih tu cheese dan yg coklat tu kek coklat la. Ni first time aku masak kek dan menjadi (masuk bakul angkat sendiri :D). Bahan nak buat kek tu senang je, tp agak mahal sbb cheese tu. Pastu cara nk buat tu agak payah la. Nasib baik ade Julia sebagai sifu dan Mala dan Fini sbg pembantu chef (aku la chef sebenar, wakakakakaka).

Pastu ade cerita di sebalik kek ni. Peristiwa2 ni pasti akan aku kenang bila aku masak kek lg lain kali (lol guling2).

  1. Peristiwa pertama, aku simpan cheese n butter utk kek ni kat dalam freezer...so masa nk start masak tu, cheese n butter tu masih keras kekong. Julia punya la marah kat aku. Dia kata inilah penyebab kek slalu x jadi sbb ade air dlm adunan. (Aku buat muka kesian la sbb mana aku tau xboleh letak cheese n butter kat tmpt paling sejuk tu). So kena la kitorng tunggu lama supaya cheese n butter tu ikut suhu bilik. Dan yg paling penting x keras kekong mcm batu bata.


  2. Peristiwa kedua, ni pasal cheese lg. Masa nk mix cheese dgn telur n gula, mixer yg aku guna boleh patah pulak. Adui...puas kitorg suma gelak guling3 sbb xpernah t'jadi mixer patah masa nk mix bahan. Dah la tu mixer Mala, hadiah kawin dia dlu. Tp Mala cool je...dia kata xpe- alaaaaa mixer cap ayam je. hehehe...at last aku pukul adunan tu guna alat yg aku pun xtau ape namanya ntah. penat weh nak mengacau adunan tu. Ok abis satu part.


  3. Peristiwa ketiga, oleh kerana aku dh patahkan mixer Mala, so aku kena pukul adunan bahagian B guna alat yg aku xtau nama tu sekali lagi. Dan ni mmg kes naya. Ye la nk pukul telur n gula sampai kembang. Tumbuh muscle lengan aku. Nasib baik Julia sekali lg membantu aku dlm hal ni. Dan akhirnya sekali lg adunan ni berjaya kembang dengan bantuan Julia.


  4. Peristiwa keempat, lepas aku combined semua adunan td, n dh masukkan dalam loyang (nak bakar kek tu la), oven yg diguna senget sebelah pulak api dia (lol guling5). Mana taknya, letak oven atas mesin basuh yg dh x boleh guna tu. Tu yg senget oven tu. Risau jugak kek masak sebelah je kang...tp xpe tawakal je la. Dengan suhu 140 darjah dan 1 jam masak (api bwh saje, Julia kata), kek tu pun dibiar masak.


Sejam tunggu dengan aroma kek yg kuat...alhamdulillah kek aku berjaya masak dengan sempurna sekali. Lepas siap masak n mengemas dapur Mala( peristiwa ini berlaku di rumah Mala sbb dia empunya semua peralatan memasak dan aku menyediakan bahan2 memasak), kek dibiar sejuk dulu. Keesokan harinya, aku bawa kek tu ke opis untuk santapan pagi. Alhamdulliah kek tu sedap. Kwn2 aku pun puji kek tu sedap. hehehe kembang semangkuk jugak la aku bila dipuji mcm tu.

Julia kata jgn pulak lps ni x masak dah kek tu. Resepi dah ade so aku kena masak lg biar expert betul2. Lps ni nk cuba masak kek yg lain pulak. Aku kena belajar masak kek sbb hubby kesayangan aku suka makan kek. Aku akan berusaha, ciayo q(^0^)p....buat Julia, Mala dan Fini thanks sbb membantu merealisasikan impian aku utk belajar masak kek *winks

p/s: Sayang, i akan cuba belajar masak makanan kegemaran u.









2 comments:

Qimy said...

aaaaaahhhhhh!! rasa cam nak pengsan...mmg kelaka...waah bangga aku ada kawan cam ko..apalagi dah puji ni, buat cheese cake satu utk aku time aku balik nanti..orait? hehe..

mmg bermuscle la lengan kalo nak pukul telo sampai kembang..huhu..

Marriatyi Morsin said...

Qim tu la...mencabar betul kelas masakan kek aku tu....xpe...aku tetap bersemangat....caiyo3
sbb somi aku mmg suka makan kek, so aku kena belajar bersungguh2...

nnt ko balik m'sia aku masak utk ko yek..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers