Wednesday, February 11, 2009

Indah...


Selamat petang semua...

Since dh lama aku tak update blog ni, so aku nk share sedikit perasaan indah yg aku rasa dgn korang semua. Perasaan ni selalu aku alami. Perasaan yang tak boleh aku gambarkan. Betapa indah dengan nikmat yang ALLAH hadiahkan pada aku. Perasaan indah ini adalah perasaan bila mana aku melihat hubby kesayangan aku mendirikan solat tanpa perlu bantuan buku panduan solat lagi. Indah sungguh perasaan tu sampai aku rasa betapa besarnya kekuasaan ALLAH dan betapa kerdilnya aku disisi-Nya.

Dengan berkain pelikat hubby mendirikan solat, aku lihat kusyu' sekali solatnya. Kadang-kadang aku lihat berkerut-kerut dahinya, mungkin cuba mengingati bacaan-bacaan dalam solat. Dan aku lihat hubby makin selesa berkain pelikat waima sesudah solat. Masih aku ingat dulu aku pernah menjadi 'cikgu' untuk memeriksa bacaan dalam solat hubby. Satu yang bagus tentang hubby ialah dia mudah menghafal. Dalam pelat-pelat cina hubby menghafal bacaan solat tu. Kagum aku dengan kesungguhan hubby sayang. Sesudah solat bersungguh aku mendengar hubby menyebut kalimah Astaghfirullah al-Azim, tenang jiwa aku mendengarnya. Hubby pernah bertanya kepada aku apakah maksud astaghfirullah itu, aku terkedu, masya-ALLAH selama ini aku menyebut perkataan suci itu tapi aku sendiri terlupa dengan maksud kalimah itu. Tapi dengan pertanyaan itu membuatkan aku makin cuba untuk mendalami ilmu Tuhan ini.
Astaghfirullah bermaksud aku memohon ampun padamu ALLAH...

Indah sungguh perasaan ini bila mana melihat hubby solat subuh dengan membuka buku panduan solat. Kata hubby bacaan qunut agak payah untuk dihafal. Tanya hubby boleh tak dia nak skip saja bacaan qunut tu. Untuk pertanyaan di atas aku memberitahu hubby bacaan qunut tak boleh ditinggalkan kerana kalau ditinggalkan kena ganti dengan sujud sahwi. Aku terangkan dengan perkataan paling mudah "macam orang berhutang kita kena bayar balik hutang tersebut, macam tu jugak dalam solat. Kalau tertinggal perkara rukun maka perlu digantikan dengan sujud sahwi". Hubby cakap "oooo..." tak tahu la aku oooo tu bermaksud faham atau sekadar oooo...Cuma dalam hati aku berdoa agar hubby faham dengan solat ini.

Mungkin bagi kawan-kawan di luar sana ini cuma satu pemandangan biasa, rutin harian dalam kehidupan seorang makhluk ALLAH yang digelar manusia. Tapi bagi aku ini adalah satu nikmat yang ALLAH berikan pada aku dan juga segelintir umat manusia yang lain. Banyak yang perlu aku korbankan tapi lebih banyak ALLAH berikan nikmat dan ganjaran yang dalam tak sedar aku mendapatnya. Aku tahu tanggungjawabku amat besar tapi aku sedar ALLAH hanya akan memberi dugaan ini kepada makhluknya yang benar-benar layak sahaja. Dan aku terpilih untuk dugaan dan tanggungjawab ini. Dan aku berdoa agar aku terus bersabar melayan karenah hubby aku.

"Untuk hubby tersayang, kita usaha sama2 ye menuju alam di sana. Aku tahu aku bukan seorang guru yang baik. Kita belajar sama-sama ye. Saya belajar dan sayang pun belajar. Sayang adalah harta terbaik buat saya yang mengajar erti kesabaran dalam diri. Saya tidak akan memaksa kerana saya tak mahu sayang merasa terpaksa dan akhirnya merasa bosan. Cuma saya mahu sayang terus belajar dan mendalami Islam ini. Kerana Islam itu indah".

11 comments:

s.a.h said...

seronoknya! semoga korang berkekalan bahagia sampai bila2 :D

Marriatyi Morsin said...

asmah...terima kasih banyak3...doakan maity dan hubby ye.
sungguh berat tanggungjawab ni tp maity kena kuat

Qimy said...

mity...sedih lak aku baca entry ko kali ni..mmg betol..ko terpilih utk bimbing suami ko..and darjat ko pd mata Allah tinggi tau..x semua leh bimbing org..ko bukan setakat bimbing suami, bimbing anak3 murid lagi..uish..belipat ganda pahala tu..mati nanti byk amal jariah..uwaaa..jelesnyyyyaaaa..

Marriatyi Morsin said...

Qim...ko jgn la sedih. aku ni poyo je lebih. bimbing org mmg dpt pahala tp aku paling takut kalau aku tersalah bimbing

dhan said...

beshnye maity... beso ganjarannye... aku nih diri sendripun byk lom betul lg... malunye aku ngan Allah... :(

Marriatyi Morsin said...

takpe rehan..masih blum terlambat...

Anonymous said...

salam...emm semoga berkat ramadan ini dpt membantu puan bimbing suami..

ade 1 yg sy tergerak utk diberitahu...

qunut boleh ditinggalkan dan tak perlu sujud sahwi...kita mengikut imam syafiee yg menggalakkan membaca doa qunut...tp membace doa qunut bukanla rukun dalam solat....

=)

-shah-

Anonymous said...

wah! saya menangis baca entri ni
^^
walaupun saya org islam tapi sy akui sy sendiri masih mentah dgn hukum2 dalam islam.
bab solat? subhanallah.
saya pilih untuk berubah.
bila baca entri ni, baru sy sedar, sy dah lama biarkan sesuatu ketenangan dalam hidup ni hilang.
huhu~

p/s : terima kasih untuk entri ini. =D

Anonymous said...

subhanallah....
maha suci Allah...
;)

Anonymous said...

manusia insan yg lemah dan mudah terlupa. tertinggal rukun bukan ganti dgn sujud sahwi.tapi kene ganti dengan rukun yang ditinggalkan tersebut.cth tertinggal sujud diganti dgn sujud juga
kalau terlupa sunat ab'ad(sunat yang dituntut) barulah diganti dgn sujud sahwi.
wallahu'alam.rujuk balik pada ustaz yg lebih alim

Anonymous said...

as salam..qunut bkn rukun.. hanya sunat. sah smbhg jika tggl qunut.

rujuk sini:
http://www.youtube.com/watch?v=lQQwA1sIWeI

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers