Monday, March 30, 2009

**Kaum kerabat

Hujung minggu adalah hari aku balik berjumpa mak dan ayah dan adik-adik. Kekerapan balik ke kampung selalunya bergantung kepada Hubby. Dan setiap kali balik aku memang tak lupa untuk melawat seluruh kawasan rumah mak ayah ni. Ye la, walaupun balik seminggu atau 2 minggu sekali, aku pasti ade perubahan pada rumah atau kaum kerabat di rumah ini. Untuk hari ini aku mahu kongsi tentang kaum kerabat berbulu aka haiwan perliharaan Ayah.



Arnab. Bilangan ahli keluarga berbulu yang comel ni makin bertambah. Kalau tak silap lebih 30 puluh ekor. Semuanya comel-comel belaka. 2 ekor anak arnab ini pulak mewakili 8 lagi adik-beradik dia untuk bergambar.


Anak-anak ayam. Dapat tangkap gambar anak ayam je sebab mak dan bapak ayam lari masa adegan kejar-mengejar mengambil gambar berlangsung.

Ang-ang aka Angsa. Angsa ni sebenarnya ada dalam 4 ekor tapi 3 ekor lagi telah menjadi arwah. (2 ekor dibaham anjing liar dan seekor mati beragan). Tinggallah seekor ni je. Tapi Ang-ang ni memang manja. Kalau masuk tempat dia, dia mesti suruh belai dia. Dan dia paling manja dengan Ayah. Aku? Tak berani la nak belai dia. Takut kena sudu je...




Ahli keluarga dalam air pula terdiri daripada;

  1. ikan puyu (adik kata tak tahu macamana ikan ini ada dalam kolam)
  2. ikan batu (ikan ni kulit dia keras. Muka hodoh macam buaya pun ade)
  3. ikan keli (kalau Ulum balik, pasti ikan ni jadi lauk sebab dia je yang berani tangkap dan siang ikan ni hidup-hidup).
  4. udang popeye (tak tahu nama sebenar udang ni). Selalunya Ayah beli banyak. Bela. Tapi kalau nampak udang-udang tu macam tak ada semangat nak hidup, maka jadilah lauk. Goreng pun sodap.
  5. Ikan koi. Ikan ni ada dalam kolam bawah pondok. Tapi minggu ni, adalah dalam 6 ekor ikan ini yang mati. Tak tahu punca. Mati beramai-ramai.
  6. Tidak ada dalam gambar; ikan laga, ikan putih, udang, ikan-ikan lain yang aku tak tahu nama serta kura-kura.

Sebenarnya banyak lagi haiwan peliharaan Ayah. Contohnya burung kenyalang (bukan dipelihara tapi burung ni memang ade di sini sejak kami pindah ke sini), ayam rintik, itik, kambing, burung puyuh, kucing dan macam-macam lagi. Tapi kecuali burung kenyalang, haiwan-haiwan lain semua dah tak ade. Ayam rintik, dan itik mati dibaham anjing (jahat betul anjing itu...). Kambing ayah aku bagi pada kawan dia sebab Ayah kata bela kambing sangat leceh. Burung puyuh adalah haiwan peliharaan bermusim. Selalunya masa nak raya baru bela sebab nanti boleh jadi rendang. Burung kenyalang tak datang pulak masa ni. Selalunya ada. 2 ekor. paruh warna putih. Nanti kalau aku dapat ambil gambar aku tepek lagi dalam blog ini. Kucing pulak, banyak yang dah jadi ahli UTM (hantar ke UTM sebab nakal). Kucing terakhir Tompok. Tapi dah mati. Mak kata dah tak payah bela kucing sebab setiap kali proses menghantar kucing ke asrama (UTM) atau kucing mati, mak sedih.

Akan datang aku nak update tentang pokok-pokok Ayah pulak. Terlalu banyak untuk disenaraikan . Kena ambil masa untuk bercerita tentang pokok Ayah. Ok sampai sini saja.

14 comments:

Teja said...

Mity : bestnya........teringin aku nk pegi umah ayah ko...paling aku suka haiwan dlm air tu...bestnya..

X tahan part...goreng pon sodap...hua...nak udang gak!!!!


Psssstt : kalah umah bapak aku...

Marriatyi Morsin said...

Teja ni pun dah kira sikit la haiwan peliharaan ayah aku tu. dlu mcm mini zoo...

ala rmh ayah ko mesti lg bnyk haiwan peliharaan...

dhan said...

maity suka rabbit tuh.. tingat rabbit aku masa kcik kena makan anjing .. bln posa plak tuh.. aku siap mogok xmo g sekolah n xposa hehehehe alasan je tuh :p

Marriatyi Morsin said...

tu la..comelkan rabbit tu? Rabbit ni pun dah macam kucing. Kalau kita bagi makan, dorng mesti gesel3 kat kaki suruh belai kepala...

Rehan xtahan dgn alasan ko tu. apa kaitan xmo pose n xmo sekolah heheheh..harap3 tia x ikut ko bab yg satu nih....tia baik kan...:D

Teja said...

Mity : Umah ayah ko dah macam mini zoo..kalah le umah abah aku...

Umah abah aku bela ayam pun orang marah, ada burung jek, anak ikan adalah dalam akuarium kecik..

Sekrg tgh mencuba bela ikan keli plak.....

Qimy said...

xyah bawak anis gi zoo la..gi umah ko aje..

mati beragan tu hape? bukan mati berangan kan? hikhikhik..

sayu lak baca entry ko mity, tingat kat ayah aku..:( ayah aku pon ada project kolam ikan.

Marriatyi Morsin said...

Teja xde sape nk marah kitorang bela mcm3 sbb xde jiran pon kat sblh3 ni...ayam pon pusing kat kwsn rmh je....dlu ayam tu dibiar bebas...tp kitorg xtahan nk kena cuci "taek" tu...la ni suma ade dlm kandang or reban...so ok la...
Ayam kampung best klu buat kari or sup..perggghhhh sedapnya...rendang pon sodap

Marriatyi Morsin said...

Qim boleh3...datanglah..Anis sure suka tgk arnab. banyak n boleh dipegang n dibelai3.

mati beragan tu mati dlm keadaan mengeram telur. sedih la klu cerita. angsa tu asik bertelur tp telur dia xjd anak. so last sekali dia bertelur juga pastu mengeram..keesokan harinya adik aku tgk angsa tu dh 'keras' dlm keadaan mengeram...

ko ade call ayah ko x? klu xde call, pi call skrg.. xpe blk malaysia nnt ko korek pusat ayah ko pulak yek...

sherin said...

mity aku suke mkn udang popeye wat jmput2..humm lazat..;)

byk rabbit..cutenye..i like..;)

aku pon cam qim ingat sape mati berangan..ahaks! br ku tau..;)

Marriatyi Morsin said...

yg buat jemput3 tu bukan udang ug kecik3 tu ke? yg halus? yg aku maksudkan udang popeye kat cni udang yg macam udang galah tp bukan...(kitorg panggil udang popeye sbb sepit dia mcm muscle popeye kartun tu...heheheh)

ko nk ke arnab tu sherin? bg anak ko main...so xde la dia kaco ko bertingkap :p

dhan said...

pandai je korang ni ckp udang popeye.. udang pepailah... hahahaha penat pk apelah udang popeye,, pengaruh katun betullah... hahahahaa

Marriatyi Morsin said...

pepai, popeye bunyi dia sama je rehan hikhikhik

sherin said...

ye ke salah..ingat udang kecik tu..
pepai nm kat kg..popeye nk glamer..he he
maity nk kasik aku arnab?...yea..;)
aku dulu suke main arnab kat petshop tp somi x kasi beli...;(

Marriatyi Morsin said...

sherin somi ko x bagi so ko jgn berangan..mati beragan kang...hahahah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers