Wednesday, April 1, 2009

Lipas


Kisah bermula.... Hubby di sebelah leka menonton cerita 'Heroes'. Cerita kegemaran Hubby. Hubby download banyak siri. Jadi tidak menjadi kesalahan bg diri aku sekiranya aku leka 'menggodeh jaringan maya' kerana Hubby turut sibuk dengan ceritanya. 10.30 malam aku baru siap mengambil wudhu'. Hendak solat isya'. Usai mengambil wudhu' aku masuk bilik. Menjengah ke bilik, aku ternampak kelibat lipas. "Sayang 'kawan baik' u dah datang." Hubby memang pantang dengan segala macam serangga merayap ni. Tak kira la lipas, semut, kumbang, namakan apa sahaja serangga merayap. Semua adalah musuh Hubby. Shieldtox memang tersedia di dalam bilik. Jadi bila aku beritahu saja Hubby pasal lipas, segara Hubby bertindak. Mati seekor. Aku suruh Hubby flush saja lipas dalam tandas. Hubby keluar ke tandas tetiba dia masuk semula. "Sayang ade 4 ekor lipas lagi kat luar." Maka peperangan lipas dan Hubby bermula. Solat aku tergendala. Sedang aku cuba betulkan niat semula, ada 2 ekor lipas muncul di tingkap bilik. Pelik. Malam ini ada perjumpaan lipas ke? Banyak betul. Terlompat-lompat dan terjerit-jerit aku panggil Hubby. Lipas ni saja menguji aku. Mereka tahu aku takut gamaknya. 3 kali takbiratul ihram aku terbatal. Semua gara-gara lipas terbang mendekati aku. Seram bulu roma. Hubby berlagak seperti hero menyelamatkan puteri. Habis semua lipas yang muncul dibunuhnya. Akhir sekali tak ada lipas lagi. Aku meneruskan solat aku. Hubby pula terus mengadap pc dia. Hiro Nakamura dan Sylar menunggu. Mata Hubby terus terpaku depan pc. Selepas aku mencium tangan Hubby sesudah solat Hubby cakap " Sayang lepas ni kita kena beli Shieldtox untuk lipas. Khas untuk lipas..."


Doa dalam hati: Minta-minta Hubby tak jadi tidur di Pontian esok. Kalau Hubby tidur di Pontian siapa nak tolong aku kalau tiba-tiba lipas tu muncul macam tadi? Harus aku tidak tidur nyenyak macam hari-hari lain Hubby tidur di Pontian.

3 comments:

Qimy said...

aku pon takut lipas..SANGAT takut. mmg benasib baik la kita ada suami yg bleh diharap :p

Teja said...

Keh keh keh.....lipas pun takut..:p

Kene pasang perangkap lipas le ko mity, lelagi time hasben ko x de...

Aku ada beli satu brand racun serangga ni, mmg berkesan tuk lipas, (setakat ni mmg berjaya) ko sembur je x lama sume bala tentera lipas yg ada sume lari kuar. sebulan sekali sembur pun dah ok. Tapi ko kene pastikan husben ko adalah sebelum sembur..:p

Marriatyi Morsin said...

qim kita geng *klepek*..geli betul aku...somi aku siap kata shhhhhh...nanti jiran pelik dgr aku jerit kuat sangat..

teja bgtau aku apa nama ubat lipas tu. ubat semut ade x? klu ade nk dua-dua sekali..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers