Dalam setiap kuliah Jumaat ini, kami dibekalkan risalah tarbiyyah. Dan hari ini bertambah istimewa kerana ada seorang staf yang bermurah hati menderma Ma'thurat. Bukunya kecil, hanya sebesar kad nama, boleh dibawa ke mana sahaja. Penuh bermakna. Aku suka.
Perbandingan saiz Ma'thurat dengan kad nama. Sama besar kan?
Berbalik kepada risalah tarbiyyah bagi minggu ini, aku ingin kongsi maklumat mengenai Petua Orang2 Tua. Petuanya tertulis begini:
- Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.
- Membaca surah al-Fatihah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali
- Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan bercerita tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.
- Apabila kita berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur, kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
- Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada, misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.
Cubalah petua itu dan insyaAllah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.
Buat rakan-rakan di luar sana, moga perkongsian ini dapat diamalkan bersama. Buat diri ini, anggaplah ia sebagai bekalan. Manalah tahu, rezeki Allah tiada siapa menjangka.
8 comments:
aku pun pernah dengar / baca... bila anak dalam keadaan mamai nak tido tu, minda dibawah sedar dia masih on...so apa2 komunikasi, nasihat, pujian meresap dalam dan hidup dalam minda dia...klu kita termarah dia pun kita boleh minta maaf & bgtau yg kita marah sbb sayang...
aku sebelum tido, asyik cerita badang ajer...hihihi
chedin: slalu buat macam tu ke? rasanya kita yang dh ber"umur" pon masih layak dilakukan sedemikian. manalah tau termerajuk dengan pasangan, mlm3 masa kekasih tidur ckp dgn dia minta maaf :D...
mai: badang pun cerita nasihat jugak.mesti ade moral of story dlm cerita tu (psssttt aku dah tak ingat pasal cerita badang. acu cerita sket..)
Thank mity kongsi petua ini. Sebenarnya aku x suka bercerita ngan anak aku time dia nak tido...bkn dia nak tido. makin dia banyak tanya adalah............selalu aku suruh baca doa, ingatkan apa nak buat esok pagi dan sayang aje.....
aa petua bekomunikasi ngan anak time tido ni aku ada cerita kat blog aku dulu..lepas baca artikel yg cam ko ckp ni la, aku buat. n slalunya mood anak sblm tido tu mmg dibawak sampai pagi. so doa3 tu jdkan anak beminda positip utk ari esoknya..
tp cam mai gak, sblm tido mmg kena bercerita..pergh slagi x cita mmg x tido la jawabnya.
thanks maity for sharing...
Mai: akupun asik bacakan citer gingerbreadman jer hehehehe.. setiap x aku ckp" run!run! as fast as you can.. I'm gingerbreadman.." tia akan jerit.. "yea.... hahahaha..
kalau aku bacakan doa.. dia trus tutup mata..:)
aku pon dh penah bace bende ni siap print lg..tp bagus la mity dh tau awl..aku dh ade ank br tau..err mity ko ade bace doa yg aku bg aritu? aku doakn ko cpt dimurhkn rzki k..;)
Teja: ko buat la mana yg terbaik utk anak ko.klu anak ko xmo tdo lg haru
qim:klu ko bz bertingkap pkl 1-2 pagi so ko pass batton kat paie la yek sruh cite kat anis?
rehan:u r welcome
sherin:hehehe aku kumpul dlu sources ni..mana la tau rezeki...doa yg ko bg tu kengkadang aku bc kengkadang aku xbaca...lazy girl...:p
Post a Comment