Memalukan betul la...hari ni aku telah melakukan perkara yang memalukan diri aku. 17 April 2009, hari ini jabatan aku menjadi penganjur bagi Program Perhimpunan Bulanan Staf. Bagi program ini aku ditugaskan untuk menyediakan "goodie bag" bagi VIP (Pengarah, Timb. Pengarah dan semua Ketua Jabatan). Maklumlah, aku pemegang amanah bagi duit jabatan. Masa diberi untuk menyediakan semua ini hanya 2 hari sahaja. Ketua jabatan aku mahukan mug sebagai salah satu barang di dalam beg comel itu nanti, selain daripada air mineral dan muffin.
Kisah bermula dengan pencarian mug. Kebetulan aku dan hubby pergi ke JJ Tebrau, maka aku pun membeli mug di sana. Pilih punya pilih, dari harga yang murah hingga harga yang mahal. Macam-macam bentuk mug ada. Tapi akhirnya aku memilih mug berharga rm1.50. Murah. Tapi aku suka dengan kaler mug tu. Simple. Selesai bab mug. Muffin pula aku tempah dari Teja. Sebiji rm1.50 (sama dengan harga mug). Air mineral aku beli di Kipmart. Rm 1 sebotol, bag kertas rm0.40 satu, bekas muffin rm0.35 satu. Hmmm lega selesai membeli semua barang.
Sebelum balik dari ofis, aku berjanji dengan seorang kawan aku untuk datang awal kerana belum menggantung tag pada mug. 7.30pagi seperti dijanjikan aku dah sampai di ofis. Aku call kawan aku tu, rupanya dia belum keluar rumah lg. Tengah bersiap. Dah sudah, maka aku perlu cepat membawa turun semua barang di ofis dan membuat kerja-kerja penggantungan tag di dalam kereta. Menggeletar tangan aku sebab acara bermula pukul 8 pagi. Selesai aku gantung tag pada mug, dan memasukkan semua barang dalam beg kertas, kawan aku baru sampai. 7.50pagi bertolak ke dewan. Ramai orang dah sampai. Ketua Jabatan aku dah tercongok depan dewan bersama-sama TP. Hmmm...cepat-cepat aku masuk dan letakkan "goodie bag" di meja VIP.
Huh...lega, semua selesai. Aku boleh rileks...
Selesai majlis, aku pergi sarapan. Pulang ke ofis dengan rasa lapang, tiba-tiba pengerusi Kelab jabatan aku panggil. Tanpa rasa bersalah aku pergi ke tempat dia. Dengan senyuman dia berkata, "Dalam 'goodie bag" tu semua ok kecuali 1". Aku tanya balik "Apa dia?" Dia jawab sambil tersenyum, "Harga mug tak dibuang". Hah......malunya aku. Nak buat macam mana. Perkara dah berlaku. Aku berdoa agar Tuan Pengarah tersenyum bila nampak tanda harga mug yang murah ini.
Ini lah mug tu. Comel tak? RM1.50
Harga dia aku tak buang!!!! ( Dapat tahu pun dari lebihan "goodie bag" yang dibawa balik oleh Pengerusi Kelab Jabatan.
10 comments:
seb baik tag jusco..stended la gak..kang ko bli kat pasar mlm shah alam tmpt awa becuti3 tu..lagiii haru..
tp aku nak gelak gak..HAHAHHAHA!!!
ingat aku first..ade gak budak qim. g psr mlm xpe jgn buang duit byr tol n g r & r jek..kuikuikui..
lawa gak mug ko tu la..klu buang harge dia mesti org xtau..
Aku setuju ngan qim, Tag Jusco...branded gak le..he he he...
p/s : aku gelak sopan, x cam qim tau mity..:)
u r firedddddddddd!!!!!!!!!!!!
qim kalo beli kat pasar mlm agi sleamat, sbb biasanya tak de sticker harga hahaha..
mayti kan ke suka pi pasar malam, tu pasal dia nak lupa bukak stiker rega tu :P
koranggggg.....waaaa...aku betul3 lupa nak tanggalkan rege tu. sbb ade mug yg xde rege...tu la kalut...malu aku tau...aku betul3 berdoa agar Tuan Pengarah aku tersenyum bila tgk rege mug tu...tp aku rasa dia cool..cuma KJ aku xtau la...kena mandi tolak bala ni
hahaha.. oklah tuh..
g lain2 aku xteruja sgt.. tp muffin teja tuh... sukeee banget... :)
rehan..kejap3 aku sengih sorng3...poyo betul la
lawak maity.....mujur teja tak letak tag harga kat muffin dia
mai...tolong la gelakkan aku. puas aku sengih sorang3...
Post a Comment