Hari ini aku ada kelas seperti biasa. Kelas pukul 10.15-12.15. Kelas budak sem 2, diploma. Pelajar dalam kelas 40 orang. Semua pelajar melayu. Dalam 40 orang pelajar ini, ada terselit seorang pelajar OKU. Aku sendiri tidak tahu boleh atau tak aku kategorikan pelajar ini pelajar OKU. Sebabnya pelajar ini cacat bahagian lengan kirinya. Lengan kiri membengkak. Bengkak sangat macam orang ke untut. Tapi untut di kaki. Pelajar ini kena di lengan. Kesian sangat bila melihat pelajar ini menulis. Dia tulis perlahan-lahan. Tulisan dia sangat cantik. Kemas dan teratur. Pelajar lelaki ini kecil saja tubuhnya. Pernah aku tanya dia, bila dia kena sakit tu. Dia kata sejak kecil. Doktor kata sakit saraf lengan. Aku tanya lagi, "tak sakit ke tangan awak tu?"
Dia jawab kadang-kadang sakit. Berdenyut-denyut. Payah sangat aku tengok dia "papah/kendong" lengan dia yang besar tu. Kadang-kadang aku lihat dia tutup lengannya yang membengkak itu dengan tuala kecil. Mungkin masa itu tangan dia sakit sangat. Kasihan sangat.
Tapi apa yang mampu aku lakukan? Untuk membantu memberi markah "kasihan" itu amatlah tidak wajar. Jadi yang mampu aku lakukan ialah aku mengajar "slow" untuk kelas ini. Dan sebolehnya aku cuba untuk memberi latihan tambahan untuk menambah markah pelajar ini. Itu sahaja yang mampu aku lakukan. Pernah juga aku bertanya pada kawan-kawan aku yang lain yang turut mengajar kelas yang sama. Mereka kata pelajar ini tak ada masalah. Cuma bila tiba untuk melakukan "wiring" memang pelajar ini tak mampu untuk melakukannya. Tetapi dalam kelas biasa seboleh-bolehnya pelajar ini cuba untuk melakukan sendiri. Kagum aku dengan pelajar ini.
Namun bukan itu cerita yang aku mahu kongsikan di sini. Apa yang mahu aku kongsikan adalah rakan-rakan yang berada di sekeliling pelajar ini. Aku lihat ada 3 orang pelajar yang rapat dengan pelajar ini. 3 orang pelajar ini sangat prihatin dengan kekurangan rakan mereka ini. Aku lihat rakan-rakannya akan membantu mengemas barang-barang pelajar ini dan memasukkan dalam beg dia. Dalam kelas, mesti ada seorang di antara rakan ber-3 itu menemani pelajar OKU tersebut. Dan hari ini sekali lagi hati aku terusik melihat gelagat mereka.
Hari ini hujan lebat, angin bertiup kencang. Suasana di dalam kelas agak suram sama seperti cuaca di luar. Sedang aku sibuk mengajar, kertas pelajar OKU jatuh ditiup angin. Dia tertunduk-tunduk untuk mengambil kertasnya semula. Rakannya di sebelah cuba mencapai kertas tersebut tapi tidak berjaya. Maka yang mampu dilakukan oleh rakan tersebut hanyalah menekan kerusi pelajar OKU tersebut agar pelajar itu tidak jatuh tersungkur. Rakan tersebut melakukan aksi tersebut sehingga pelajar OKU itu berjaya mengambil kertasnya semula. Peristiwa yang berlaku dalam 2 minit itu betul-betul membuatkan hati aku begitu terusik. Memang benar perbuatan rakannya sungguh mudah, cuma menekan kerusi yang terjungkit itu daripada terbalik. Tapi sekiranya rakannya itu tidak melakukan perbuatan berkenaan, aku sendiri seriau untuk membayangkan apa yang bakal berlaku. Dalam keadaa dhaif, pelajar OKU cuba untuk tidak menyusahkan rakannya, cuba untuk berdikari. Tetapi benar Allah telah hadiahkan dia rakan-rakan yang amat memahami. Kagum aku dengan keakraban mereka. Kalau aku di tempat rakan-rakan pelajar OKU ini, belum tentu aku mampu melakukan semua ini. Dan kalau aku di tempat pelajar OKU ini, belum tentu aku punya semangat yang kental untuk belajar.
Sekali lagi aku menyoal diri sendiri, apa yang mampu aku lakukan untuk pelajar OKU ini. Untuk memberi markah "free' atau meluluskan pelajar ini dengan sewenangnya, itu bukan aku. Dan aku rasa tidak adil untuk aku melakukan perkara sedemikian kepada pelajar tersebut dan rakan-rakan sekelas yang lain. Yang mampu aku lakukan hanyalah aku berdoa agar pelajar ini berjaya. Walau terselit rasa risau melihatkan kemampuan pelajar OKU ini yang agak lemah. Tuhan berilah aku kekuatan dalam mencari rezeki yang halal ini.
8 comments:
betullah maity...
kengkadang kita rasa cam kita ni malang.. tp ade lagi yg malang dari kita..
biasanye orang yg camtuh lebih kuat semangat dr orang yg sihat dan lebih menghargai kehidupannya..
Moga dia beroleh kejayaan..Amin..
sedih lak bace cite ko..tp nape dia x amik course yg xyah wiring2..
sbb dia cabar diri dia sendiri la agaknya sherin..semangat org3 OKU ni slalunya kuat. tu yg adik aku leh jatuh chenta ngan org OKU tu..sbb bersungguh dorang ni.
doa cikgu itu berkat mity, teruskan bedoa..
kalau org mentutuk2 org gemuk, aku selalu terfikir (bukan sebab aku sensitif haha). aku pk org gemuk ni, cukup sifat malah berlebih lagi :P dah dipandang mcm jijik (oleh sesetengah orglah). agaknya mcmmana org2 tu memandang dan menerima org cacat?
aa...aku mmg doakan yg terbaik je utk stdnt aku.
sherin: mmg KJ tmpt aku nk sruh dia tukar course tp dia kata dia boleh buat
rehan: betul ckp ko...tp kita ni kurang bersyukur
qim:aku pon rasa dia nk cabar diri dia..xmo org kesian pd dia
awa: akuslalu pndng rendah pd org lain...teruk betul aku
rasanye apa yg ko dah buat tu betul la maity...bagi extra attention utk dia utk pastikan dia dpt catch-up the lecture. Dunia nie belum sunyi dari makhluk2 berhati mulia. Tahniah untuk kau, dia & kengkawan dia...
Mity, kalau aku pun nak kena ngadap muka budak tu hari2, rasa cam x sampai hati lak....kuat tul semangat ko...
seb baik aku x jd cikgu..he he he..
Kalau korang pegi pasar mlm kan, pernah jumpa x peminta sedekah yg cacat anggota? korang bg sedekah x? Ada yg kata jgn bg sebab dorang kata tu sume ada ejen, wayang jek...tp aku dah biasakan anak2 aku klu nampak jek letak le duit x kiralah walau seposen...korang cemana?
chedin...usaha aku tu terlalu kecik sangat klu nk dibandingkan dgn kawan3 dia.
teja...aku bagi jugak, tp klu yg minta sedekah dr meja ke meja klu kat restoren/kedai makan aku tak bagi sbb aku xtau la sama ada betul atau tidak.
sbnrnya klu diikutkan, mmg tak sampai hati. dah la aku ni x boleh tgk orang mcm tu. tp kena la jugak mengajar sbb tu tanggungjawab aku.
Post a Comment