Monday, April 27, 2009

Tak malu...

Dalam perjalanan pulang ke PG semalam, aku sempat berfikir. Berfikir? Muhasabah diri?
Hubby di sebelah tekun memandu. Aku di sebelah tekun berangan. Dalam pada berangan-angan, terselinap satu perasaan. Bersyukurkah aku? Semuanya bermula dari sembang-sembang aku dan mak serta adik-adik aku pada hujung minggu lepas. Antara perbualan yang aku masih ingat:


Ulum: Mak, tahun ni kak jaja balik raya dengan kita kan?
Mak: Aa...tahun ni iting, didi dan sina beraya rumah mertua. Tinggal maity n kak jaja je ade.
Aku: Tahun ni aku n kak jaja je ada. Tahun depan aku, iting, didi dan sina je ada. Tahun lagi satu, aku dan kak jaja je ada. So setiap tahun aku adalah penunggu tetap rumah mak. (dengan nada bangga...)

Mak: (senyum je..)

Sepanjang perjalanan ke PG, rangkap perbualan itu yang bermain di dalam minda. Syukur aku dapat meraikan hari raya bersama keluarga. Tak perlu berebut atau bermasam muka dalam menentukan di mana tempat hendak beraya. Sedari kecil lagi, aku memasang angan-angan dan berdoa agar bila aku besar nanti setiap kali raya aku hendak balik ke rumah mak dan ayah. Menyambut raya bersama mereka. Sedari kecil lagi aku berangan-angan untuk mempunyai suami berbangsa cina (kecil lagi sudah pandai menggatal). Sedari kecil lagi aku berangan-angan untuk mempunyai rumah yang besar. Dan insyaAllah aku akan punya rumah besar (besar -dalam konteks aku) tidak lama lagi. Sedari kecil lagi aku berangan-angan untuk punya kereta sendiri, supaya aku boleh bebas ke sana ke mari. Sedari kecil lagi aku berangan-angan untuk menjadi seorang pensyarah. Walaupun ia pilihan ke-2 selepas doktor, tapi aku berjaya mencapai cita-cita tersebut. Dan berbagai-bagai angan-angan lagi...

Jika dihitung segala angan-angan aku itu, alhamdulillah aku memperolehi hampir kesemuanya. Cuma lambat atau cepat sahaja. Tapi jika aku hitung amal ibadat aku kepada-Nya, sungguh aku malu. Aku tak malu meminta segala macam angan-angan kepada-Nya. Tapi aku dengan tak malunya masih mengabaikan segala suruhanNya. Allah...
Saat telinga mendengar azan, mata pula masih tercantap di depan tv. Saat tangan mengangkat takbir, otak mula ligat memikirkan apa yang hendak dibuat selepas itu. Saat hati rasa gelisah dengan masalah, pandai pula aku mengadah tangan memohon pertolongan dari-Nya. Tak malu sungguh aku...

"Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah al-Rahman, ayat 36)

7 comments:

Qimy said...

takpe mity..Allah suka hambanya mintak byk3..

sama3 la kita igt mengingati..aku punya kes lagi teruk dr ko..huwaaaa....

Marriatyi Morsin said...

Qim, aku meminta tapi aku sendiri lupa pada-Nya...aku takut tp dlm masa yang sama aku masih abaikan-Nya...

sitinurulhawa said...

wah.. mayti, semakin pandai menulislah :)

kadang2 rasa malu nak minta lebih2 padahal kita selalu lupa bila senang. tapi kakak aku selalu pesan, meminta dan merayu tu mmg nya sifat hamba. jgn pulka jadi hamba yg sombong, tak mahu meminta

Sam Adam said...

terima kasih maity sebab tolong sama mengingatkan aku jugak.

Marriatyi Morsin said...

Awa: thanks for the compliment. terasa malu pulak. betul la tu kita kena meminta, masalahnya mcm ko ckp la, bila dh senang aku slalu lupa.

Sam: Sama2 la kita tlg ingat-mengingatkan.

Haikaliium said...

Salam...thanks for the reminder, muhasabah yg baik utk aku...
Maksud firman Allah SWT "Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmat Ku kepada kamu, tapi sekiranya kamu ingkar, sesungguhnya azab Ku amat pedih."

Marriatyi Morsin said...

chedin: terima kasih for the sharing too

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers